Cari:
• Basikal Mudah Sewa di Beijing 2017-08-22
Basikal pernah menjadi lambang kepada rakyat China pada suatu ketika dahulu, namun dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan pembangunan bandar yang maju telah mengubah cara hidup dan mendorong pengguna terhadap permintaan kereta. Namun, kini kerajaan China telah menyediakan jalan alternatif bagi mengalakkan rakyatnya untuk menggunakan basikal bagi mengelakkan pencemaran udara dan juga kesesakan lalu lintas.
• Baoji Yang "Berharga" 2017-04-28
Bandar Baoji terletak di bahagian barat provinsi Shaanxi, kira-kira 2 jam perjalanan dengan bas dari kota Xian. Bandar yang tenang dan serba sederhana itu dikelilingi oleh gunung-ganang di bahagian selatan, barat dan utara, manakala sungai yang terkenal di Baoji, iaitu Sungai Weihe terletak di tengah-tengah. Gunung dan bukit dianggarkan meliputi 83 peratus daripada keseluruhan kawasan. Oleh itu, keunikan landskap Baoji terletak pada keindahan kawasan sungainya, di samping kawasan pergunungan yang mengagumkan.
• INNO Park, Perintis Inovasi Provinsi Shaanxi 2017-04-27
Pada era globalisasi ini kreativiti dan inovasi semakin memainkan peranan yang penting dalam usaha memajukan sesuatu bidang. Tanpa inovasi, bidang-bidang tersebut boleh dikatakan sudah ketinggalan dan lapuk ditelan zaman. Seiring dengan ledakan perubahan tersebut, sebuah platform yang berorientasikan kreativiti dan inovasi telah ditubuhkan di kota Xi'an.
• Terra-Cota dan Chan-Ba Nadi Kota Xi'an 2017-04-26
Muzium Terrra-Cota dikategorikan sebagai destinasi pelancongan "wajib dikunjungi" jika melawat ke Xi'an. Di muzium tersebut tersimpan tentera Maharaja Qin Shi Huang, bukan tentera sebenar, tetapi patung tentera yang dihasilkan daripada tanah. Tentera-tentera tersebut berperanan untuk melindungi Maharaja Qin sebagai persediaan mereka untuk menghadapi kehidupan selepas kematian.
• Beilin, Hutan Batu Yang Menyimpan Kata-kata 2017-04-25
Kalau sudah tiba di Xi'an, rugi besar rasanya kalau tidak singgah di Muzium Beilin. Mungkin mendengar nama "muzium" tidak menimbulkan keghairahan seperti mendengar perkataan "membeli-belah", namun jika anda memberi peluang kepada diri sendiri untuk melihat khazanah yang tersimpan di Muzium Beilin, anda pasti tersenyum bahagia, tatkala melalui pintu keluar muzium tersebut.
• Qujiang, Melakar Xian di Pentas Dunia 2017-04-24
Syarikat Qujiang Film & TV yang ditubuhkan pada bulan April 2006 telah pun genap 11 tahun pada tahun ini. Setelah 11 tahun berlalu, "jenama" syarikat tersebut semakin dikenali ramai. Setakat ini, syarikat tersebut telah menghasilkan 20 opera, filem dan dokumentari yang disiarkan di 40 buah negara dan kawasan di seluruh dunia.
• Nikmati Warna-warni Alam di Kaunti Pan 2016-11-21
Bagi sesiapa yang suka akan kawasan dataran tinggi yang tenang dan masih belum diteroka, kaunti Pan adalah tempatnya. Tatkala menaiki bas untuk ke kawasan pergunungan, tangan seolah-olah ingin mengapai matahari yang terik bersinar dan kepulan awan bak kapas yang lembut. Ketika matahari mulai terbenam, lapisan langit yang berwarna-warni mewujudkan pemandangan yang sungguh menawan.
• Makanan Halal dan Masjid di Kaunti Pan 2016-11-21
Alangkah seronoknya jika sambil melancong dapat menjamu selera di destinasi yang dilawati, lebih-lebih lagi dapat menikmati makanan halal, khususnya kepada penganut agama Islam. Oleh itu, sekiranya berkunjung ke kaunti Pan, yang terletak nun di bahagian paling barat provinsi Guizhou, jangan risau tentang makanan halal.
• Tidak Sukar untuk Bahagia! 2016-11-17
Kanak-kanak lelaki dalam gambar tersebut menetap di sebuah kampung yang terpencil di kaunti Pan. Walaupun dibesarkan dalam keluarga yang susah, namun kanak-kanak kecil tersebut tetap mempunyai cara tersendiri untuk menikmati keseronokan bermain. Memang fitrah kanak-kanak sebaya itu hanya tahu dan mahu bermain sepuas-puasnya.
• Nantikan Imej Baharu Kaunti Pan 2016-11-16
Kaunti Pan yang terletak paling barat di provinsi Guizhou mungkin masih belum heboh diperkatakan di sana di sini. Rata-rata, apabila menyebut kaunti tersebut, perkara pertama yang akan timbul ialah kawasan mundur dan penduduk miskin. Kini, sama ada anda percaya atau tidak, kaunti Pan sudah berwajah baharu dengan imej yang lebih moden dan terkini.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China