Cari:
• Ingin Kutelusuri Dari Hujung Ke Hujung 2015-06-16
Di Jiayuguan, bandar yang membangun pesat berikutan kejayaan industri keluli dan besinya, terdapat sebelas destinasi pelancongan terkenal, dan pada waktu siang hari ini, rombongan Kembara Laluan Sutera dibawa melawat ke beberapa buah destinasi tersebut.
• Salam Perkenalan dari Jiayuguan 2015-06-16
Hari ini saya menghabiskan masa satu hari bersiar-siar di Jiayuguan. Bermula dari pusat bandar ke beberapa destinasi pelancongan utama di daerah tersebut. Antara destinasi pelancongan tersebut termasuklah Taman Burung Merak, Estet Arak Zixuan, Tembok Besar Ming dan Taman Tema Fantawild.
• Kesederhanaan Taman Tasik Timur Jiayuguan Yang Memikat Hati 2015-06-15
Tanggal 14 Jun 2015, saya tiba di Jiayuguan. Keluar dari bandar yang sedang pesat membangun ke bandar kecil sedikit menyedihkan hati saya pada mulanya. Beberapa hari dikelilingi bangunan-bangunan tinggi di Xi'an dan pesta makanan yang meriah membuatkan saya terkenang akan Xi'an dalam diam. Suasana di Hotel Antarabangsa Jiayuguan juga begitu sunyi. Tiba-tiba, saya menjadi muram.
• Ayuh Ke Destinasi Baharu, Jiayuguan! 2015-06-15
Hari ini rombongan wartawan Kembara Laluan Sutera tiba di Jiayuguan, provinsi Gansu. Antara kami sebelas orang, belum ada seorang pun yang pernah sampai ke sini sebelum ini, jadi sudah tentulah kami semua cukup teruja dan ternanti-nanti untuk melihat apa yang ada di bandar ini sehingga dipilih menjadi destinasi kedua dalam laluan kembara kami.
• Kalau Tanah Liat Boleh Berbicara 2015-06-14
Kalau patung tanah liat boleh berbicara, barangkali kedatanganku ke Muzium Patung Tanah Liat Perwira dan Kuda Maharaja Qinshihuang pada hari ini akan disambut dengan kata-kata seperti "Hai, datang lagi kau ini?" dan "Kali ini kau bawa kawan-kawan baharu?" Atau mungkin para perwira terracotta ini akan mengeluh keletihan setelah berdiri dalam kesiagaan selama 2,200 tahun, menyaksikan segala macam perubahan yang berlaku dalam dunia manusia?
• Terracotta, Ciptaan Yang Mengagumkan 2015-06-14
Satu lagi impian saya, akhirnya terlaksana. Sudah lama rasanya saya menyimpan hasrat untuk menziarahi pahlawan tanah liat ini. Tidak puas rasanya kalau sekadar melihat gambar dan membaca rencana mengenainya. Oleh sebab hari lawatan saya ke Muzium Terracotta tersebut adalah hari minggu, saya dapat melihat begitu ramai sekali orang yang berkunjung ke sana. Bukan setakat pelancong asing, pelancong tempatan juga turut berpusu-pusu ke muzium bersejarah tersebut.
• Xi'an, Manisnya Pertemuan Yang Pertama 2015-06-13
"Kalau dahulu hanya mendengar nama, maka hari ini sudah bertentang mata", begitulah diibaratkan pertemuan saya dengan Xi'an. Inilah pertama kali saya menjejakkan kaki di bumi Xi'an, walaupun sudah lama mendengar nama Xi'an. Hasrat untuk melawat ke Xi'an juga sudah lama tersimpan, lebih-lebih lagi setelah mengetahui Xi'an adalah tempat bermulanya laluan darat Jalan Sutera.
• Makanan Menjadikan Kita Keluarga 2015-06-13
Hari ini rombongan wartawan Malaysia dan CRI menghabiskan masa hampir sehari suntuk di salah satu tempat yang paling aku suka di Xi'an, iaitu daerah Lianhu, tempat letaknya kediaman orang Islam dan juga Jalan Makanan Halal yang cukup terkenal. Kami berjumpa pegawai-pegawai kerajaan daerah Lianhu, makan tengah hari di restoran Pau Bersup Jiasun, melawat Masjid Besar Xi'an dan membeli sedikit oleh-oleh untuk dibawa pulang. Kawasan ini memang sentiasa sibuk.
• Kereta Api Laju China, Teknologi yang Boleh Diyakini 2015-06-12
Apabila diberi peluang untuk menaiki kereta api laju dari Beijing ke Xi'an, sudah tentu peluang tersebut tidak akan ditolak, sementelah inilah pengalaman pertama menaiki kereta api laju. Dari hari ke hari perasaan teruja itu seperti sudah tidak dapat dibendung lagi. Hati sering berbisik sendiri, "Bagaimanakah rasanya menaiki kereta api laju di China?"
• Ke Kota Lama Dengan Cara Baharu 2015-06-12
Ini kali kelima aku ke Xi'an, kali kedua ke Xi'an menaiki kereta api, entah kali ke berapa menaiki kereta api laju di China, tetapi baru kali pertama menaiki kereta api laju ke Xi'an. Memanglah seronok dapat merasa duduk di dalam kereta api laju, meninggalkan Beijing meluncur ke kota purba yang sudah kuanggap rumah kedua di China. Mana tidaknya, kereta api moden, tempat duduk selesa, ada pula gerabak kantin menyediakan makanan ringan dan berat termasuk set makanan halal... Tapi yang benar-benar mencuri perhatianku, panorama di luar tingkap.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China