Cari:
• Zaidah: Selera Malaysia Merentas Sempadan 2016-01-18
Pesan orang-orang tua dahulu, kalau mahu menambat hati bakal ibu mentua, kena pandai memasak dan kalau mahu memikat hati suami antara caranya kena jaga perutnya. Itulah antara nasihat yang sering diberikan kepada para wanita yang bakal menempuhi alam berumah tangga yang secara tidak langsung mengingatkan kaum wanita bahawasanya anda perlu tahu memasak.
• Catatan Kampung Manzhang, Xishuangbanna: Anak Kota Masuk Kampung 2015-12-29
Kalau namanya anak kota, pastilah seumur hidupnya tinggal di rumah batu. Pasti juga kehidupan hariannya tidak pisah dengan kesibukan hutan konkrit. Anak kota yang sudah lesu dengan hiruk-pikuk dunia moden, dan ingin merasa hidup di tempat sunyi walau untuk sehari dua sahaja, memang patut ke Xishuangbanna, provinsi Yunnan.
• Farah: Catatan Kampung Manluanhui, Xishuangbanna: Menjejak Saudara di Xishuangbanna 2015-12-28
Xishuangbanna mungkin nama yang sukar sekali disebut oleh lidah orang asing. Namun sesiapa yang teringin menghayati kepelbagaian budaya, menikmati cuaca nyaman daerah autonomi di provinsi Yunnan ini dan melihat langit membiru dengan kepulan awan umpama gula-gula kapas, perlulah menyebut namanya dengan betul.
• Zaidah: Kuasa Muzik dan Sentuhan Tangan-Tangan Ajaib 2015-12-28
Walaupun sudah hampir dua minggu Konsert Persahabatan China-ASEAN melabuhkan tirainya, namun kenangan pada malam konsert tersebut masih terasa hangat hingga kini. Sekiranya hendak bercakap tentang penyanyi yang membuat persembahan pada malam itu, ternyata sudah heboh diperkatakan.
• Zaidah: Tangan Yang Mengukir, Jiwa Yang Menyempurnakan 2015-10-12
Pada 9 Oktober lalu, saya berkesempatan untuk menyaksikan pameran kraf tangan Beijing, iaitu "The Beijing Eight Palace Handicraft" di Kuil Long'an. Semua hasil kraf tangan yang telah dihasilkan sangat unik dan menakjubkan.
• Pengembara Moden di Laluan Purba 2015-06-19
Ada beberapa tempat di China (dan di dunia ini) yang mesti dilawati sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Begitulah Dunhuang di mataku, lebih-lebih lagi setelah melihat Groto Mogao dan Taman Geologi Dunhuang, tempat letaknya bukit pasir Mingshashan dan kolam Yueya yang berbentuk bulan sabit.
• Belajarlah daripada Alam 2015-06-18
Baru sebentar tadi saya melihat satu slogan di CNN yang menyatakan, alam tidak memerlukan manusia, tetapi manusia memerlukan alam. Sejak beribu-ribu tahun yang lalu, manusia telah menggunakan sumber alam untuk meneruskan kehidupan. Bermula daripada keperluan makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal sehinggalah kubu pertahanan.
• Kesan Tapak Kaki di Pasir 2015-06-18
Tarikh hari ini akan tercatat sebagai tarikh yang penting dalam riwayat hidupku, kerana pada hari ini hajat untuk memijak pasir di Jalan Sutera seperti pedagang-pedagang pada zaman dahulu kala akhirnya terkabul. Mungkin aku terpengaruh dengan filem-filem klasik yang mengisahkan pengembaraan atau hidup manusia di padang pasir, kerana selama ini aku membayangkan padang pasir itu tandus, hanya ada pasir dan tiada tumbuh-tumbuhan langsung.
• Dari Dalam Melihat Ke Luar 2015-06-17
Seingat aku, kalau menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke arah selatan melalui Lebuh Raya Utara-Selatan, selepas perjalanan hampir 400 kilometer, barangkali sudah sampai ke Singapura. Begitulah luasnya wilayah China, hari ini kami menaiki bas sejauh itu dan masih lagi berada di provinsi yang sama. Aneh sekali perasaannya.
• Jalan Kehidupan 2015-06-17
Sukanya tercatat di bulan, bintang dan matahari. Dukanya terukir di tanah, batu dan debu. Hatinya tergantung di tirai langit. Jiwanya terpahat di celahan gunung. Senyumnya tersimpan di sudut alam. Bahunya memikul amanah. Tangannya menggengam keyakinan. Kakinya luka tersadung pengalaman. Langkahnya perlahan, diam, tidak bersuara. Namun, jejaknya lantang di seluruh dunia. Jalan itu bukan jalan yang sunyi. Jalan itu adalah sepanjang jalan kehiudpan.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China