Delegasi yang terdiri daripada pegawai eksekutif kanan perusahaan Amerika Syarikat (AS) antaranya FedEx, Goldman Sachs, Apple, Boeing dan Micron Technology Inc dilaporkan melawat ke China akhir-akhir ini, hanya beberapa hari selepas sidang pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) menutup tirai.
Wakil kanan dari 14 puak Palestin menandatangani 'Deklarasi Beijing' untuk menamatkan perpecahan dan mengukuhkan perpaduan nasional selepas mengadakan dialog perdamaian di Beijing bermula 21 hingga 23 Julai. Pelbagai puak menerusi deklarasi itu mengesahkan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) adalah wakil sah tunggal rakyat Palestin.
Sidang pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang berlangsung baru-baru ini meluluskan keputusan mengenai usaha memperkasa pembaharuan secara komprehensif dan memacu modenisasi ala China. Keputusan itu telah membuat aturan khusus tentang keterbukaan.