v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

• Diplomat Etnik Tibet China Jelaskan Isu Tibet 2008-05-09
Baru-baru ini, Konsulat China ke New York telah mengadakan sidang akhbar beberapa kali untuk memaklumkan fakta rusuhan yang berlaku di Lhasa pada 14 haribulan Mac lalu serta memperkenalkan situasi Tibet sebenar kepada media China dan negara asing. Kehadiran diplomat etnik Tibet China, Renzhenluosedalam sidang akhbar tersebut telah menarik perhatian pelbagai pihak.
• Wakil-Wakil ANOC Puji China Kerana Tunaikan Janji 2008-04-10
Persidangan Agung Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (ANOC) ke-16 telah ditutup di Beijing semalam. Menurut agenda persidangan itu, ANOC dan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengadakan sidang bersama hari ini. Para peserta telah memberikan pujian kepada usaha persiapan China untuk menganjurkan Sukan Olimpik Beijing serta menganggap bahawa China telah menunaikan janjinya ketika memohon untuk menganjurkan temasya sukan terbesar itu.
• Jaminan yang Cukup Baik untuk Menjayakan Larian Obor Sukan Olimpik di Tibet 2008-04-09
Pengerusi kerajaan Wilayah Autonomi Tibet China, Encik Qiangba Puncog dan Naib Ketua Pengarah Jabatan Penyatuan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Sita telah menerima wawancara wartawan dalam dan luar China di Beijing hari ini. Mereka menyatakan bahawa kerajaan Tibet telah menjalankan persiapan yang mencukupi untuk memastikan larian obor Sukan Olimpik berjalan dengan lancar di sana.
• Respons Pendengar dan Pengguna Internet dari Pelbagai Negara tentang Rusuhan Lhasa "14 Mac" 2008-04-08
Kebelakangan ini, selepas liputan tentang rusuhan di Lhasa pada 14 Mac disiarkan dan diterbitkan dalam laman web CRI Online dalam pelbagai jenis bahasa asing, ramai pendengar dan pengguna internet dari negara-negara di dunia memberi respons mereka melalui internet, surat dan telefon. Mereka mengutuk keganasan itu dan menyatakan sokongan terhadap tindakan yang diambil oleh kerajaan China untuk memulihkan keamanan di Lhasa.
• Suspek Dalang Utama Rusuhan 14 Mac Lhasa Mengaku Kegiatannya Dilakukan Mengikut Arahan Kumpulan Dalai 2008-04-02
Kementerian Keselamatan Awam China dalam sidang akhbar yang diadakan di Beijing semalam menyatakan bahawa pihak polis Lhasa telah menangkap seorang suspek dalang utama yang terlibat dalam rusuhan 14 Mac di Lhasa. Suspek itu mengaku bahawa kesalahan yang dilakukannya itu adalah mengikut arahan seorang pegawai kumpulan Dalai dengan komplotan untuk mencelahbelahkan negara.
• Pakar Thailand Menyatakan, Laporan Media Massa Dunia Barat tentang Rusuhan di Tibet Tidak Mematuhi Etika Profesional 2008-03-28
Rusuhan yang berlaku di Tibet dan kawasan sekitarnya telah menarik perhatian masyarakat antarabangsa. Pakar Thailand mengenai masalah China, Encik Qian Feng menyatakan bahawa laporan media massa dunia barat mengenai rusuhan tersebut tidak mematuhi etika profesional.
• Totoh-tokoh Pelbagai Lapisan Masyarakat Tibet Mengutuk Keganasan yang Berlaku di Lhasa pada 14 Mac 2008-03-27
Suruhan yang berlaku di Lhasa, ibu kota Wilayah Autonomi Tibet pada pertengahan bulan Mac lalu telah menerima kutukan yang keras daripada golongan agama, penduduk bandar dan sarjana di Tibet. Mereka menyatakan bahawa rusuhan  tersebut telah melanggar hak asasi manusia dan menjejaskan kejayaan pembangunan Lhasa yang sememangnya sukar dicapai. Mereka menyeru agar peristiwa serupa itu tidak berlaku lagi bagi demi menjaga keamanan rakyat.
• Polis China Menangkap Suspek yang Terlibat dalam Kes Membakar Bangunan dalam Rusuhan 14 March di Lhasa 2008-03-25
Kementerian Keselamatan Awam China telah mengadakan sidang akhbar di Beijing semalam untuk memaklumkan kedudukan siasatan mengenai dua kes membakar bangunan di Lhasa yang mengakibatkan beberapa orang terkorban. Jurucakap kementerian itu, Shan Huimin menyatakan bahawa 5 orang suspek yang terlibat dalam dua buah kes tersebut telah ditangkap, dan situasi di Lhasa telah pulih seperti biasa. Polis China telah bersikap sabar dan tidak menggunakan sebarang senjata pembunuhan beramai-ramai semasa mengawal situasi di bandar itu.
• Situasi di Lhasa Kian Tenteram 2008-03-24
Sekumpulan kecil sami di Lhasa, ibu kota Wilayah Autonomi Tibet China dengan hasutan kumpulan Dalai Lama telah melakukan rusuhan yang menjejaskan ketenteraman masyarakat di bandar itu pada pertengahan March lalu. Kerajaan Wilayah Autonomi Tibet segera mengambil tindakan untuk membanteras rusuhan tersebut. Kini, kedai, sekolah dan pasar raya di Lhasa telah dibuka kembali seperti biasa dan keadaan masyarakat di bandar itu juga kian tenteram.
• Keadaan Sebenar Peristiwa Rusuhan "14 Mac" di Lhasa 2008-03-21
Televisyen Pusat China (CCTV) telah menyiarkan dokumentari tentang rusuhan yang berlaku di Lhasa, Tibet pada 14 Mac lalu. Dalam dokumentari tersebut, penonton dapat menyaksikan ramai orang awam yang tidak berdosa diserang oleh perusuh-perusuh, manakala banyak kedai dan bangunan di tepi jalan musnah dibakar.
• Saksi dan Mangsa Ceritakan Peristiwa Rusuhan di Lhasa 2008-03-20
Baru-baru ini, rusuhan yang didalangi oleh kumpulan pemisah Dalai Lama berlaku di Lhasa, Tibet China. Peristiwa tersebut telah menjejaskan ketenteraman awam di Lhasa, dan mengakibatkan kemalangan jiwa serta kerugian harta awam yang serius. Selepas perisitiwa itu berlaku, kerajaan Wilayah Autonomi Tibet segera mengambil tindakan untuk membanteras kegiatan jenayah berkenaan. Kini, situasi di Lhasa telah kembali tenteram.
• Pengerusi Kehormat Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Wilayah Autonomi Tibet Mengutuk Keras Insiden Keganasan di Lhasa 2008-03-19
Tokoh terkenal etnik Tibet yang juga Pengerusi Kehormat Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Wilayah Autonomi Tibet, Encik Raidi hari ini di Beijing mengutuk keras insiden keganasan yang berlaku di Lhasa, ibu kota Wilayah Autonomi Tibet. Beliau menyatakan, peristiwa tersebut sekali lagi membuktikan bahawa kegiatan kumpulan pemisah Dalai Lama tidak pernah berhenti untuk memecahbelahkan China.
• Situasi Lhasa Kembali Stabil 2008-03-18
Rusuhan telah berlaku di Lhasa, ibu bandar Wilayah Autonomi Tibet China baru-baru ini dan ketenteraman awam telah terancam. Pengerusi kerajaan Wilayah Autonomi Tibet, Qiangba Puncog menyatakan di Beijing, pada hari Isnin, bahawa rusuhan tersebut didalangi oleh kumpulan pemisah Dalai Lama dari dalam dan luar negara China. Namun, kini, ketenteraman di bandar Lhasa telah pulih kembali.
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
           
    |  Hubungi Kami  |