Cari:
• Aneka Ragam Panorama Wangfujing Street 2014-10-08
Wangfujing Street amat terkenal di Bandaraya Beijing sebagai pusat membeli belah yang menggamit ramai pelancong dari dalam dan luar negara China. Ianya terletak di pusat bandaraya Beijing bersebelahan dengan Kota Larangan (Forbidden City) dan tidak jauh dari medan Tian Ann Men.
• Keindahan Seni Bina Islam yang Mempesonakan di Ningxia 2014-06-11
Islam tersebar luas di Negara China melalui pedagang-pedagang dari Negara-negara Arab Asia Tengah yang datang menerusi `laluan Sutera Darat' dan `laluan Sutera Laut'. Pedagang-pedagang ini berkahwin dengan wanita atau rakyat tempatan dan menetap di China. Keturunan mereka inilah yang dikenali sebagai `Etnik Hui' yang beragama Islam.
• Asimilasi Budaya terhadap Permakaman Orang Islam China 2014-02-11
Di China, komuniti Islam merupakan salah satu daripada 55 etnik minoriti. Sebahagian besar etnik minoriti di negara Tembok Besar ini iaitu sebanyak 25 daripadanya berada di Wilayah Yunnan. Dalam kalangan komuniti Islam ini terdapatnya etnik Hui, Uighur, Kazak, Khalkha, Uzbek, Tajik, Tatar, Salar, Dongxiang dan Bao'an.
• Melakar Impian Pejuang Bahasa Melayu China - Profesor Wu Zong Yu 2013-10-08
Jarang kedengaran perjuangan memartabatkan bahasa suatu bangsa diusahakan dengan gigihnya oleh orang yang bukannya dari kalangan bangsa itu sendiri. Lebih-lebih lagi oleh orang asing yang hanya mengenali bahasa itu dari kejauhan.
• Lawatan ke Perusahaan Seramik di Bandar Tangshan, Hebei 2013-07-09
Di cuti hujung minggu pada 30 Jun 2013, saya berkesempatan menghubungi seorang kawan usahawan berjaya dalam bidang seramik di Bandar Tangshan, Provinsi Hebei.
• Kehidupan Golongan Miskin Bandar di Beijing 2013-04-17
Memang sukar untuk menemui pemandangan jelek di kota Beijing yang mempunyai penduduk mencecah 28 juta orang, iaitu hampir menyamai keseluruhan penduduk Malaysia. Rata-rata penduduknya tinggal di kawasan perumahan moden yang bersih dan terjaga. Mereka juga dibekalkan dengan kemudahan prasarana yang baik.
• Mengenal Diri di Sebalik Temobk Besar China 2013-03-15
Pelajar Malaysia Jurusan Bahasa Mandarin di Beijing Foreign Studies Universiti (BFSU) masakini berjumlah seramai 208 orang. Mereka merupakan pelajar tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia, MARA dan juga persendirian.
• Persamaan Rumah Tradisional Melayu dan China 2013-03-15
Satu keunikan yang memperlihatkan persamaan budaya Melayu dan China adalah dalam aspek pembinaan rumah tradisional. Bentuk dan ciri pembinaan rumah tradisional Melayu dikatakan mempunyai banyak persamaan dengan rumah tradisional China yang dikenali sebagai `Diaojiaolou'.
• Armada Cheng Ho Membentuk Masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka 2013-01-04
Pada ketika Kerajaan Melayu Melaka memulakan empayernya pada awal kurun ke-15, keadaan politik di rantau Asia Tenggara ketika itu tidaklah begitu stabil. Dua buah kuasa besar yang terdiri daripada Kerajaan Majapahit (Indonesia) dan Kerajaan Siam (Thailand) sedang bersaing hebat bagi merebut kuasa dan jajahan takluk masing-masing di kawasan ini.
• Kesan Awal Islam di Guangzhou 2013-01-04
Bandaraya Guangzhou merupakan kota bersejarah China sejak 2200 tahun lalu dan ianya adalah salah satu daripada tiga kota terpenting di China. Sejarah awal kota ini merupakan pusat perdagangan antarabangsa dan Jalan Sutera Laut. Pernah menjadi tuan rumah Sukan Asia ke-16 tahun 2010. Ianya menjadi tumpuan pedagang daripada Asia Barat dan Eropah yang menjadikan Guangzhou sebagai pangkalan perdagangan terpenting di Timur Jauh.
• Lawatan Pak Lah dalam Konteks Kepentingan Global Dunia Melayu Masa Kini 2012-12-24
Pada 14 Mei 2012, Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (Pak Lah) telah datang melawat ke Beijing Foreign Studies University (BFSU) untuk menyampaikan Ucap Utama bertajuk `Hubungan Malaysia-China'. Lawatan ini merupakan kunjungan beliau yang kedua ke BFSU sejak pertama kalinya Tun datang ke sini pada tahun 2004.
• Ceramah Hubungan Diplomatik Malaysia-China Oleh TYT Duta Besar Malaysia di China 2012-12-24
Tahun 2014 genap 40 tahun terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia-China. Hubungan yang begitu signifikan bagi kedua-dua negara ini akan disambut oleh pihak Pusat Pengajian Melayu, Beijing Foreign Studies University (BFSU) pada tahun 2014 nanti dengan bakal menganjurkan satu Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu secara besar-besaran.
• Islam dan Masjid di Zaman Dinasti Ming 2012-12-24
Mengikut catatan sejarah, Agama Islam dikatakan telah mula muncul di negara China pada zaman Dinasti Tang (618-907), iaitu lebih kurang tahun 651 Masehi. Pada ketika itu, utusan daripada negara Dashi (Iran sekarang) telah datang menghadap Maharaja Tang untuk menjalin hubungan persahabatan. Dalam jangkamasa 651-798, utusan Dashi telah datang melawat China sebanyak 39 kali.
• Estetika Bunga Orkid dalam Budaya Melayu 2012-12-24
Bunga Raya merupakan bunga kebanggaan utama bagi orang Melayu dan juga sebagai bunga kebangsaan Malaysia. Namun, bunga orkid tidak kurang pentingnya dalam budaya dan masyarakat Melayu. Bunga orkid adalah bunga kesenian dan bunga yang mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Dengan itu tidak heranlah sekiranya bunga orkid juga adalah bunga yang sering dikaitkan dengan nilai-nilai budaya orang Melayu.
• Memperkasa Pengajian Bahasa Melayu di China 2012-12-24
Bak kata pepatah Melayu, `tak kenal maka tak cinta'. Begitulah besar ertinya pepatah tersebut kepada Prof. Wu Zong Yu yang merupakan pengasas penubuhan Pengajian Bahasa Melayu di Beijing, China. Beliau telah menubuhkan Program pengajaran bahasa Melayu di Beijing Foreign Studies University (BFSU) sejak tahun 1961 dan memulakan pengambilan pelajar bahasa Melayu kumpulan pertama China pada tahun 1962.
• Gamitan Aidil Adha di Mongolia Dalam 2012-12-24
Tahun ini merupakan tahun kedua saya menyambut perayaan Hari Raya Aidil Adha di bumi negara China. Perayaan yang kedua terpenting bagi umat Islam ini digalakkan mengerjakan ibadah qurban binatang ternakan seperti lembu, unta, kambing dan sebagainya. Ianya suatu tuntutan agama yang amat mulia dan dijanjikan dengan ganjaran yang besar oleh Allah. Justeru, umat Islam amat digalakkan melakukan ibadah ini walau di mana jua mereka berada.
• Panorama Hutong sebagai Petempatan Sosio Budaya Beijing 2012-12-20
Satu pemandangan yang cukup unik dan mempesonakan apabila saya melawat kawasan `hutong' di sekitar Beijing terutamanya di Houhai. Ianya merupakan salah satu peninggalan budaya terkenal di Beijing. Hutong adalah kompleks petempatan tradisi yang masih dapat mempertahankan nilai-nilai dan ciri-ciri tradisional masyarakat penghijrah yang berasal dari luar Beijing.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China