Cari:
• Penggantian Pemimpin China Selesai dengan Lancar 2013-03-18
Persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) berakhir semalam. Para pemimpin kerajaan baharu termasuk Presiden, Perdana Menteri, Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC serta pemimpin CPPCC telah dipilih.
• China Kekalkan Dasar Kewangan Berhemat untuk Jamin Pertumbuhan Ekonomi 2013-03-14
China akan terus mengamalkan dasar kewangan yang berhemat, di samping mengambil tindakan proaktif untuk menstabilkan harga barangan dan mengekang inflasi serta mengawal harga hartanah melalui langkah memperhebat dasar kredit berstruktur.
• Banteras Rasuah Perlu Sistem yang Sempurna 2013-03-12
Persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) sedang berlangsung di Beijing. Menurut tinjauan yang dijalankan oleh media, usaha membanteras rasuah tetap menjadi tumpuan masyarakat.
• China Lancar Pembaharuan Institusi Kerajaan Besar-besaran 2013-03-11
Pelan pembaharuan institusi dan transformasi fungsi Dewan Negara telah menarik perhatian ramai sebaik sahaja ia diumumkan semalam. Ini menandakan pembaharuan institusi kerajaan secara besar-besaran kali ketujuh di China sudah bermula.
• Cadangan dan Usul Wakil NPC Meningkatkan Perlindungan Hak Wanita di China 2013-03-08
Antara wakil-wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-12 kali ini terdapat 699 orang wakil wanita, menduduki 23.4% dalam jumlah wakil. Angka ini meningkat 2% berbanding NPC ke-11. Menjelang Hari Wanita Antarabangsa pada hari ini, laporan dari wakil NPC yang juga profesor dari Universiti Wanita China, Sun Xiaomei telah menarik tumpuan masyarakat.
• Sasaran Pertumbuhan Ekonomi China Munasabah 2013-03-07
Laporan kerja kerajaan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Wen Jiabao terus menarik perhatian antarabangsa. Beberapa media luar negara berpendapat, sasaran pertumbuhan ekonomi China pada tahun ini adalah munasabah. Pembangunan ekonomi China secara sihat dan mampan bukan hanya bermanfaat bagi kerjasama ekonomi China dengan pelbagai negara lain, malah juga akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara-negara terlibat.
• Topik Hangat Sidang NPC Jadi Perhatian Media Asing 2013-03-06
Sidang tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) sedang diadakan di Beijing. Kumpulan pemimpin negara yang baharu akan dipilih. Di samping itu, China sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar, sasaran pertumbuhan ekonomi dan strategi pembangunan ekonomi yang akan diambil ketika menghadapi krisis kewangan global telah menarik tumpuan media antarabangsa.
• NPC: Kehidupan Rakyat Diutamakan dalam Pembaharuan Negara 2013-03-05
Persidangan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan China Ke-12 telah dirasmikan di Beijing pagi tadi. Ketika menyampaikan laporan kerja kerajaan, Perdana Menteri Wen Jiabao menegaskan, pembaharuan dan dasar pintu terbuka merupakan daya penggerak yang penting bagi pembangunan China dan perlu terus dikekalkan dengan keberanian dan kebijaksanaan politik yang lebih besar.
• Media ASEAN Fokuskan Sidang Tahunan CPPCC dan NPC 2013-03-05
Sempena perasmian Persidangan Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Ke-12 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dan Persidangan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-12, pakar dan sarjana, media serta pegawai dari ASEAN telah memberikan fokus terhadap kedua-dua persidangan tahunan tersebut. Menurut mereka, dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kekuatan negara China kian meningkat manakala status dan pengaruhnya di arena antarabangsa bertambah baik.
• Tumpuan Masyarakat Antarabangsa terhadap Persidangan Tahunan NPC dan CPPCC 2013-03-04
Persidangan Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Ke-12 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) telah dirasmikan di Beijing semalam. Persidangan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) Ke-12 pula akan dirasmikan esok. Persidangan tahunan NPC kali ini menarik tumpuan rakyat China, malah masyarakat antarabangsa kerana persidangan itu akan memilih pucuk pimpinan baharu negara ini.
• Persidangan Tahunan NPC dan CPPCC Tumpukan Kehidupan Rakyat 2013-03-01
Persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) akan diadakan pada bulan ini. Pelbagai lapisan masyarakat memberikan perhatian yang tinggi terhadap kedua-dua persidangan tersebut.
• Perubahan Nisbah Wakil NPC, Kemajuan Baharu 2013-02-28
Sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 akan dirasmikan di Beijing pada 5 Mac nanti. Jawatankuasa Tetap NPC telah mengesahkan kelayakan kesemua 2,987 orang wakil yang akan menyertai sidang kali ini.
• Seratus Hari Selepas Kumpulan Pemimpin Baharu Jawatankuasa Pusat PKC Mula Bertugas 2013-02-22
Sejak Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China (PKC) berakhir pada 14 November tahun lalu hingga sekarang, kumpulan pemimpin baharu Jawatankuasa Pusat PKC telah bertugas selama seratus hari.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China