Cari:
• Catatan Terakhir: Xinjiang yang Mempersonakan 2013-08-15
Hari ini hari terakhir saya bersama-sama sahabat dari Indonesia (Encik Ismar) dan dari Mesir (Encik Tarek Gabbas) berada di Xinjiang. Esok kami akan pulang ke Beijing dan saya akan pulang ke Malaysia. Selama 21 hari berada di China, khusunya Xinjiang benar-benar meninggalkan pelbagai kenangan dan kerinduan. Kami bersama-sama setiap hari dan akhirnya tiba jua hari perpisahan. Sungguh, ikhlas dari hati, saya berasa sebak mahu meninggalkan sahabat dan pegawai dari Radio Antarabangsa China (CRI) yang turut sama menemani kami ke utara Xinjiang.
• Catatan 10 Ogos 2013: Kanak-kanak Comel dan Tarian 2013-08-15
Seusai bersarapan, peserta Xinjiang dalam Lensaku dibawa menemui Etnik Da Wo Er. Kami disambut dengan meriah oleh wakil etnik. Ketika tiba di kawasan tempat sembahyang, kami melihat banyak kanak-kanak comel yang sedang menunggu kedatangan kami. Sambil menyanyikan lagu tanda menyambut kedatangan kami. Kemudian kami dibawa ke sebuah bukit yang menempatkan sebuah tempat suci mereka memuja tuhan dalam amalan Etnik Da Wo Er.
• Catatan 9 Ogos 2013: Nenek yang Comel 2013-08-15
Hari ini kami bertemu dengan Etnik Russia. Walaupun wajah mereka seperti orang Eropah tetapi mereka fasih berbahasa Mandarin. Inilah kelebihan yang dimiliki oleh Negara China yang mempunyai 25 etnik yang kaya dengan pelbagai budaya, kesenian dan bahasa.
• Catatan 8 Ogos 2013: Pertama Kali Menyambut Aidilfitri di Xinjiang, China 2013-08-12
Hari ini 8 Ogos 20013 atau 1 Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri. Saya berasa sangat rindukan keluarga yang berada di Malaysia. Ini merupakan kali pertama saya menyambut hari raya di luar negara dan jauh daripada keluarga.
• Catatan 7 Ogos 2013: Etnik Mongol Memiliki Suara Merdu 2013-08-12
Hari ini kami sungguh bertuah kerana telah dibawa ke kawasan padang rumput yang didiami oleh Etnik Mongol. Saya bersama-sama Pak Ismar peserta dari Indonesia dan Tarek Gabbas, dari Mesir sangat teruja apabila melihat Etnik Mongol sedang menanti kehadiran kami. Ketika tiba di kawasan etnik monggol, kami mendengar suara nyanyian yang sungguh merdu. Itulah suara orang etnik monggol yang sedang menyanyikan lagu cheng, iaitu suara yang panjang.
• Catatan 6 Ogos 2013: Garam dari Sebuah Tasik 2013-08-08
Hari ini 6 Ogos 2013, peserta Xinjiang Dalam Lensaku berkunjung ke kawasan industri pemprosesan garam. Sungguh luar biasa kerana industry garam di Xinjiang diperoleh dari sebuah tasik. Jika di Malaysia, garam diperoleh dari laut. Air laut disejat di bawah panas terik matahari dan akhirnya diproses menjadi garam. Namun demikian, di daerah He Bu Ke Sai Er, Xinjiang diperoleh dari tasik air masin. Ketika berada di tasik ini, sebahagian tasik menjadi keras seperti ais. Batu keras ini ialah garam yang menutupi sebahagian tasik. Kami dapat berjalan di atas garam tanpa tenggelam di dalam tasik.
• Catatan 5 Ogos 2013: Semangat Orang Muda Zaman Dahulu 2013-08-07
Hari ini peserta xinjiang dalam lensaku dibawa ke sebuah taman di daerah karamay. Sesuatu yang menarik boleh dipelajari ialah semangat orang muda pada zaman dahulu. Seorang pak cik yang bernaama Wang Yan Min mula-mula bekerja di sebuah syarikat minyak ketika petroleum pertama kali dijumpai di karamay. Pak cik itu meneruskan hidup di karamay dan membina sebuah taman yang dipenuhi beribu pokok. Ketika mula-mula mahu mengusahakan sebuah taman, isteri beliau tidak bersetuju kerana tanah di situ tidak sesuai untuk ditanam pokok. Tanah di situ masin dan berpasir, tidak boleh tumbuh sebarang pokok pun. Namun begitu, pak cik Wang Yan Min tidak percaya apa-apa yang diperkatakan oleh orang di situ dan beliau yakin tanah itu boleh ditumbuhi pokok asalkan tidak berputus asa untuk terus menanamnya.
• Catatan 4 Ogos 2013: Bandar Hantu Karamay 2013-08-06
Ketika dimaklumkan bahawa kami akan ke Bandar hantu, saya berasa sedikit takut kerana hantu dikaitkan perkara mistik. Setelah kami tiba di Ghost Town, saya tercari-cari di mana hantu yang dimaksudkan. Tidak kelihatan hantu yang dicari, Cuma yang jelas di mata saya ialah batu yang menyerupai wajah manusia, ada yang kelihatan seperti singa, kapal Titanic juga ada dan tiada hantu seperti namanya.
• Catatan 3 Ogos 2013: 600 Spesies Tumbuhan di Taman Hutan Fo Shan 2013-08-05
Pada pagi tadi kami ke Taman Negara Geologi melihat gunung berapi kecil yang berlumpur. Selepas menempuh perjalanan hampir dua jam dengan melihat padang rumput yang luas, kami tiba di Taman Hutan Fo Shan. Kami dibawa menikmati udara segar dan pandangan mata yang memukau melihat hutan yang hijau dan bunga-bunga yang berwarna-warni. Saya amat sukakan bunga. Saya suka bunga yang berwarna-warni. Di rumah saya, ada pelbagai jenis bunga yang saya tanam. Ada bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia, ada bunga melur, nama seperti pegawai Radio Antarabangsa China (CRI) yang menemani saya sepanjang tiga minggu berada di Xinjiang.
• Catatan 3 Ogos 2013: Gunung Berapi Lumpur 2013-08-05
Xinjiang sebuah wilayah yang makmur. Kerajaan China merancang pembangunan yang tersusun dan pembangunan hijau untuk menjaga alam sekitar agar terpelihara walaupun mewujudkan pembangunan. Selain itu, Kerajaan China juga membangunkan Xinjiang dengan destinasi pelancongan seperti tempat peranginan di kawasan pergunungan, ladang pic, padang rumput yang hijau dan luas, lembah Ba Yin Gu, pelbagai etnik minoriti seperti Etnik Kazak dan pelbagai kebudayaan yang menjadikan Xinjiang destinasi pelancongan yang makmur dan maju.
• Catatan 2 Ogos 2013: Etnik Kazak Kaya Kesenian 2013-08-05
Hari ini kami mahu pergi ke Padang Rumput Ba Yin Guo yang bermaksud "Padang Penggembalaan". Kami datang ke sini untuk melihat proses pembangunan yang dilakukan oleh pihak kerajaan China dan Kerajaan tempatan terhadap penggembala. Kawasan perumahan terancang ini disediakan oleh kerajaan Xinjing. Setiap seorang penggembala diberikan sebuah rumah untuk penggembala menetap kekal di satu kawasan kediaman. Pihak kerajaan mahu penggembala menerima perubahan zaman dan tidak lagi hidup secara nomad atau berpindah randah.
• Catatan 1 Ogos 2013: Etnik Kazak dan Kuda 2013-08-02
Hari ini semua peserta "Xinjiang Dalam Lensaku" di bawa ke padang ragut yang luas di Konti Shawan, mukim Poer Tong Gu. Kawasan padang rumput yang luas ini menjadi pilihan Etnik Kazak kerana memudahkan mereka untuk menternak kambing dan lembut. Kebanyakan Etnik Kazak menggembala kambing dan lembu. Pada zaman dahulu, Etnik Kazak hidup berpindah-randah tetapi kini kerajaan China banyak memberikan bantuan agar mereka hidup setempat. Pendapatan Etnik Kazak purata untuk satu keluarga kira-kira 70 ribu yuan setahun. Ini memberikan peluang kepada Etnik Kazak menetap tetap di satu-satu tempat.
• Catatan 31 Julai 2013: Matahari Terbenam di Tasik Seribu Mata Air 2013-08-01
Ketika jam menunjukkan pukul 6.30 petang, hari masih siang di Xinjiang. Jika di Malaysia, kami berada di dalam rumah sementara menunggu waktu berbuka puasa. Suasana yang berbeza di sini berbanding dengan Malaysia. Siang di sini hampir 18 jam. Sangat panjang dan jika di Malaysia, saya boleh melakukan pelbagai kerja di siang hari. Di Malaysia, saya selalu kesuntukan waktu kerana sangat sibuk bekerja. Satu hari sangat cepat berlalu. Di sini terlalu lama menanti habisnya waktu siang.
• Catatan 31 Julai 2013: Etnik Kazak dan Puncak Gunung 2013-08-01
Hari ini masuk hari ketiga kami berada di Xinjiang. Semalam kami ke daerah Shihezhi. Hari ini kami akan dibawa ke kawasan pergunungan di Dong Da Tang. Kami mahu meregangkan otot yang keras supaya menjadi lebih lembut. Kenapa begitu, ya? Itu hanya sampingan sahaja.
• Catatan 30 Julai 2013: Pic dan Cerita Dongeng 2013-07-31
Menikmati buah pic segar di ladang yang sejauh mata memandang bukan lagi mimpi tetapi realiti. Jika berada di Malaysia, pic hanya dinikmati dalam tin tetapi di Xinjiang, pic segar berada di hadapan mata. Hari kedua berada di Xinjiang, peserta Xinjiang Dalam Lensaku berpeluang menikmati pic segar di daerah Shihezhi. Kami di bawa ke kawasan penanaman pic yang sangat luas dan menghasilkan pengeluaran pic yang banyak.
• Catatan 29 Julai 2013: Aku, Beijing dan Xinjiang 2013-07-30
Penerbangan ke Urumqi berlepas pada pukul 1.30 petang. Kami tiba di Urumqi pada pukul 4.30 petang. Kami bergambar kenangan sebelum bertolak ke hotel Hoi Tak tempat kami menginap. Perjalanan sedikit terganggu apabila bas kami rosak. Jalan di Urumqi juga sedikit sesak pada waktu petang. Tiba di Hotel jam sudah menginjak pukul 8.00 petang. Kami tiba di Lapangan terbang pukul 11.00 pagi. Selesai urusan di imegresen, kami berkumpul di pintu masuk C34. Di sini saya berkenalan dengan peserta dari Turki, Mesir, Indonesia, Amerika Syarikat.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China