Cari:
• Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 21): Kerja Kerajaan 2011
Pada tahun yang baru ini, kita akan terus menjunjung kedamaian, pembangunan dan kerjasama, mengekalkan dasar luar yang merdeka dan damai serta jalan pembangunan damai, melaksanakan strategi terbuka yang saling menguntungkan, mendorong pembangunan dunia harmoni yang kekal damai dan makmur, agar menyediakan suasana dan persekitaran luar yang lebih baik bagi pembangunan modenisasi China.
• Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 20): Dasar Kerajaan Pusat terhadap Hong Kong, Macau dan Taiwan
China akan dengan teguh melaksanakan dasar "satu negara, dua sistem", "orang Hong Kong mentadbir Hong Kong", "orang Makau mentadbir Makau" dan dasar autonomi pada tahap tinggi, menyokong wilayah pentadbiran khas Hong Kong dan Makau membangunkan ekonomi dan memperbaiki kehidupan rakyat. Menyokong Hong Kong memperkukuh dan meningkatkan kedudukannya sebagai pusat kewangan, perdagangan dan perkapalan antarabangsa. Menyokong pembangunan Makau sebagai pusat pelancongan dan rekreasi dunia, dan menggalakkan pembangunan ekonominya yang pelbagai. Memaksimumkan peranan yang istimewa Hong Kong dan Makau dalam strategi pembangunan negara.
• Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 19): Rancangan Kerja Kerajaan Tahun 2011 (10): Meningkatkan Kebersihan Pentadbiran dan Antirasuah
Pertama, kerajaan akan mengenakan tindakan dan hukuman terhadap kakitangan kerajaan yang menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan keuntungan serta mereka yang kecuaian tugas. Kedua, meningkatkan kebersihan pentadbiran dan disiplin diri, melaksanakan sistem laporan yang meliputi pendapatan, rumah, pelaburan, pekerjaan suami isteri dan anak serta status migran, mereka wajib menerima pemantauan. Kami akan meningkatkan audit dan penyeliaan. Ketiga, menentang pembaziran dan formalisme. Kami akan mempercepat pengumuman belajawan kerajaan kepada rakyat, supaya membolehkan rakyat mengetahui berapa modal kerajaan dibayar dan dibayar dalam sektor apa. Kerajaan pelbagai peringkat perlu berkhidmat bersungguh-sungguh demi rakyat. Setiap kakitangan kerajaan perlu menjadi pelayan rakyat.
• Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 18): Rancangan Kerja Kerajaan Tahun 2011 (9): Terus Meningkatkan Tahap Pintu Terbuka kepada Luar
Pembangunan China tidak dapat dipisahkan daripada dunia. Kerajaan akan giat mengembangkan hubungan ekonomi dan perdagangan pelbagai hala dan dua hala yang saling menguntungkan, terus memperluas bidang dan ruang baru bagi pembukaan pintu. China akan terus mendorong Rundingan Pusingan Doha, menentang perlindungan perdagangan dalam apa jua bentuk, mendorong tatatertib ekonomi dunia berkembang ke arah yang lebih adil, rasional dan saling menguntungkan.
• Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 17): Rancangan Kerja Kerajaan Tahun 2011 (8): Mendorong Pembaharuan dalam Sektor Utama
Kerajaan akan terus mendorong penyusunan semula strategik terhadap ekonomi milik negara, dan menyempurnakan sistem peralihan modal kerajaan yang rasional. Kami akan menyempurnakan sistem pengawasan dan pengawalan terhadap modal kewangan, modal bukan bersifat perniagaan, dan sumber alam semula jadi, serta meningkatkan pengawasan dan kawalan terhadap aset milik negara di luar China. Terus menggalakkan, menyokong dan memimpin pembangunan ekonomi swasta dan asing. Meningkatkan dan membaiki pengawasan dan pengawalan kewangan, menubuhkan dan menyempurnakan mekanisme amaran risiko kewangan serta tindak balas kecemasan.
• Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 16): Rancangan Kerja Kerajaan Tahun 2011(7): Meningkatkan Pembangunan Kebudayaan
Kebudayaan memberikan pengaruh yang amat mendalam kepada sesuatu bangsa dan negara. Maka kerajaan perlu memenuhi keperluan rakyat terhadap kebudayaan yang pelbagai, memainkan peranan kebudayaan yang membimbing masyarakat, mendidik rakyat dan mendorong pembangunan, sementara itu, meningkatkan perpaduan dan daya cipta bangsa China. Meningkatkan pertukaran dan kerjasama kebudayaan dan sukan dengan negara luar, meningkatkan pengaruh budaya China di arena antarabangsa.
• Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 15): Rancangan Kerja Kerajaan Tahun 2011 (6): Meningkatkan Pembangunan Sosial, Menjamin dan Memperbaikik Kehidupan Rakyat
Seiring dengan pembangunan ekonomi dan kian pesat, usaha meningkatkan pembangunan sosial dan menjamin serta memperbaiki kehidupan rakyat kian perlu diutamakan. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan peluang kerja kepada rakyat, terus melaksanakan dasar pekerjaan yang proaktif. Kerajaan pusat akan memperuntukkan 42.3 bilion yuan RMB untuk membantu dan menggalakkan pekerjaan pada tahun ini. Melindungi hak dan kepentingan sah pekerja dan membina hubungan kerja yang harmoni.
• Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 14): Rancangan Kerja Kerajaan Tahun 2011(5): Melaksanakan Strategi Membangunkan Negara Berdasarkan Sains dan Pendidikan dan Strategi Menguatkan Negara dengan Pembangunan Tenaga Insan
Sains dan teknologi, pendidikan dan tenaga insan merupakan asas bagi pembangunan negara. Kami akan berusaha memajukan pendidikan dan sains serta menyediakan pendidikan yang lebih pelbagai, adil dan bermutu tinggi kepada rakyat. Perbelanjaan dalam bidang pendidikan akan menduduki 4% dalam KDNK China pada tahun 2012. Selain itu, kami akan berusaha mendidik tenaga profesional yang bermutu tinggi dalam bidang sains dan teknologi, mendorong inovasi sains dan teknologi, berusaha mencapai kemajuan yang baru dalam projek sains dan teknologi yang penting, serta mencipta teknologi canggih yang penting agar meningkatkan daya inovasi negara dalam bidang berkenaan.
• Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 13): Rancangan Kerja Kerajaan Tahun 2011(4): Mempercepat Penyusunan Semula Struktur Ekonomi
Kami akan mengubah kaedah pertumbuhan ekonomi dan berusaha meningkatkan permintaan dalam negeri. Selain memajukan industri pembuatan, kami juga akan mengembangkan industri yang baru, meningkatkan pembangunan sektor perkhidmatan serta industri sumber tenaga moden dan pembinaan sistem pengangkutan bersepadu. Kami akan mendorong pembangunan yang seimbang, melaksanakan rancangan pembangunan di pelbagai kawasan. Pembangunan di kawasan barat China tetap merupakan keutamaan dalam pembangunan keseluruhan negara.
• Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 12): Rancangan Kerja Kerajaan Tahun 2011(3): Memperkukuh dan Meningkatkan Kedudukan Pertanian Sebagai Asas Ekonomi
Pertanian, desa dan kaum tani mesti diutamakan. Kami akan mendorong modenisasi pertanian di samping menggalakkan proses pengindustrian dan urbanisasi. Selain itu, kami akan berusaha menjamin bekalan hasil pertanian serta meningkatkan jumlah pendapatan kaum tani. Kami juga akan berusaha meningkatkan pembinaan infrastruktur pertanian, membina tali air, memperbaiki persekitaran di desa. Kerajaan akan menambah peruntukan terhadap pertanian, desa dan kaum tani, mengamalkan dasar keutamaan untuk memajukan kawasan desa supaya benar-benar memberi manfaat kepada kaum tani.
• Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 11): Rancangan Kerja Kerajaan Tahun 2011(2): Terus Meningkatkan Permintaan Dalam Negeri, Khususnya Penggunaan Rakyat
Meningkatkan permintaan dalam negeri merupakan strategi jangka panjang dan dasar asas bagi kerajaan. Kerajaan akan meningkatkan peruntukan untuk memperbiaki dan merangsang penggunaan, menambah subsidi kepada penduduk yang miskin di bandar dan pekan serta kaum tani. Kami akan berusaha menyempurnakan struktur pelaburan, mencegah pelaburan sia-sia dan pembinaan berulang, mengetatkan piawaian mengenai penggunaan tanah, penjimatan sumber tenaga, perlindungan alam sekitar dan keselamatan dalam pembinaan agar meningkatkan mutu dan kecekapan pelaburan.
• Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 10): Rancangan Kerja Kerajaan Tahun 2011(1): Memelihara Kestabilan Harga Barangan
Pada masa ini, harga barangan meningkat dengan pesat dan jangkaan terhadap inflasi turut meningkat. Masalah ini berkait rapat dengan kehidupan rakyat dan kestabilan negara. Oleh itu, memelihara kestabilan harga barangan merupakan tugas utama kerajaan dalam kawalan makro.
• Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 9): Rancangan Kerja Kerajaan Tahun 2011
Tahun 2011 merupakan tahun pertama bagi pelaksanaan Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun Ke-12. Menjayakan pelbagai kerja pada tahun ini amat penting bagi mencapai matlamat pembangunan tersebut. Pada tahun lepas, pertumbuhan KDNK mencatat 10.3%, pertumbuhan Indeks Harga Pengguna (CPI) terkawal di bawah 3.3%, seramai 11.68 juta orang mendapat kerja di bandar dan pekan, imbangan pembayaran antarabangsa terus diperbaiki. Ini telah menyediakan asas yang kukus bagi pembangunan tahun ini.
• Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 8): Matlamat dan Tugas Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun Ke-12
Menurut "Cadangan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China untuk Menyusun Rancangan Pembangunan Ekonomi Negara dan Masyarakat Lima Tahun Ke-12", kami telah menyusun rang program Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun Ke-12 untuk dibahaskan dalam persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan. Tempoh pelaksanaan Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun Ke-12 amat penting bagi China untuk membangunkan "masyarakat kaya", meningkatkan pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka serta mengubah cara pertumbuhan ekonomi. Berdasarkan situasi di dalam dan luar negara, China menghadapi peluang untuk mencapai pembangunan yang lebih besar.
• Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahaigan 7): Mengimbas Kembali Kerja Kerajaan dalam Tempoh Lima Tahun yang Lalu (6): Pengalaman Kerajaan dalam Lima Tahun Lalu
Pertama, kerajaan mesti terus mengamalkan dasar pembangunan yang saintifik. China sedang dan akan terus berada pada peringkat awal dalam masyarkat sosialis untuk jangka masa yang panjang, maka kita perlu terus mengutamakan pembangunan ekonomi serta dengan teguh melaksanakan pembangunan yang saintifik. Kerajaan mesti mengutamakan keperluan rakyat, menjadikan usaha menjamin dan memperbaiki kehidupan rakyat sebagai titik tolak dan matlamat semua kerja, berusaha mewujudkan pembangunan dan kekayaan bersama, dan membolehkan semua rakyat dapat menikmati kejayaan pembangunan negara. Kerajaan mengambil berat terhadap pembangunan seimbang, menggalakkan pembangunan selaras antara bandar dan desa, pelbagai kawasan dan lapisan masyarakat. Kerajaan mempercepat perubahan kaedah pembangunan ekonomi, menggalakkan inovasi, menjimatkan sumber tenaga dan melindungi alam sekitar, berusaha menyelaraskan pembangunan sosioekonomi dengan pertumbuhan populasi, membangunkan negara secara menyeluruh, selaras dan berterusan.
• Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 6): Mengimbas Kembali Kerja Kerajaan dalam Tempoh Lima Tahun yang Lalu (5): Mempercepat Pembangunan Kebajikan Sosial dan Bersungguh-sungguh Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat
Kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap pembangunan ekonomi dan sosial yang seimbang, mewujudkan pembangunan ekonomi demi meningkatkan taraf hidup rakyat. Kerajaan mengutamakan kerja menawarkan peluang kerja kepada rakyat dalam usaha membangunkan sosioekonomi. Kerjaan telah menyusun dan melaksanakan program pembaharuan dan pembangunan pendidikan jangka masa sederhaan dan panjang. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, perbelanjaan kerajaan dalam bidang pendidikan mencatat 4.45 trilion yuan RMB, meningkat 22.4% secara purata setiap tahun. Pendidikan wajib dilaksanakan di seluruh bandar dan desa, ini membolehkan semua kanak-kanak mampu bersekolah tanpa membayar yuran sekolah.
• Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 5): Mengimbas Kembali Kerja Kerajaan dalam Tempoh Lima Tahun yang Lalu (4): Mempertingkat Pelaksanaan Dasar Pembaharuan dan Pintu Terbuka, Meningkatkan Kedinamikan Pembangunan Sosioekonomi
Kerajaan terus berusaha memperluas dan memperdalam tahap keterbukaan Negara. Jumlah import eksport meningkat 15.9% secara purata setiap tahun, strukturnya terus diperbaiki. Lebihan dagangan menurun selama dua tahun berturut-turut. Jumlah itu pada tahun 2010 menurun 6.4% berbanding dengan tahun 2009. Tahap penggunaan modal asing turut meningkat. Semakin banyak syarikat China meneroka pasaran di luar negara, jumlah pelaburan langsung di luar negara mencecah angka 220 bilion dolar Amerika, pendapatan urus niaga projek kontrak dengan negara luar dan projek perkhimatan luar mencapai jumlah 335.2 bilion dolar Amerika.
• Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 4): Mengimbas Kembali Kerja Kerajaan dalam Tempoh Lima Tahun yang Lalu (3): Menggalakkan Penyusunan Semula Struktur Ekonomi dan Meningkatkan Kualiti dan Kecekapan Pertumbuhan Ekonomi
Kerajaan menumpukan perhatian terhadap usaha mempercepat penyusunan semula struktur industri dan menggalakkan inovasi; berusaha mempromosi usaha menjimatkan tenaga dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, di samping meningkatkan pembangunan ekologi dan perlindungan alam sekitar. Kerajaan menggalakkan pembangunan ekonomi yang seimbang antara pelbagai kawasan, melaksanakan strategi pembangunan kawasan, memperkenalkan dan melaksanakan rancangan pembangunan bagi beberapa kawasan utama, menyusun program panduan bagi pelaksanaan dasar pembangunan kawasan barat pada sepuluh tahun akan datang, memperkenalkan dan melaksanakan langkah menggalakkan pembangunan di Tibet, kawasan etnik Tibet di empat provinsi terbabit dan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang.
• Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 3): Mengimbas Kembali Kerja Kerajaan dalam Tempoh Lima Tahun yang Lalu (2): Mempertingkat Pembangunan Pertanian, Desa dan Kaum Tani, di samping Memperkukuh Asas Pertanian
Kerajaan pusat telah memperuntukkan 3 trilion yuan RMB dalam membangunkan "pertanian, desa dan kaum tani". Peningkatkan peruntukan itu mencatat kadar lebih daripada 23% secara purata setiap tahun. Cukai pertanian dibatalkan dan tindakan ini meringankan beban kaum tani sebanyak 133.5 bilion yuan RMB setiap tahun. Sistem pemberian subsidi kepata petani yang bercucuk tanam serta mekanisme pemberian elaun kepada kawasan pertanian utama terbentuk, jumlah subsidi pengeluaran pertanian kepada petani mencatat angka 122.6 bilion yuan RMB pada tahun lalu. Jumlah penghasilan bahan makanan pada tahun 2010 mencapai 545 bilion kilogram, mewujudkan pertumbuhan selama tujuh tahun berturut-turut. Pendapatan per kapita kaum tani mencapai 5919 yuan, terus mewujudkan peningkatan yang pesat. Kehidupan kaum tani semakin baik dan pembangunan desa memasuki era yang baru.
• Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 2): Mengimbas Kembali Kerja Kerajaan dalam Tempoh Lima Tahun yang Lalu (1): Meningkatkan dan Memperbaiki Kawalan Makro, dan Menggalakkan Pembangunan Ekonomi yang Stabil dan Pesat
Kerajaan menumpu perhatian terhadap trend, focus dan keberkesanan kawalan makro, di samping meningkatkan inisiatif kerja ekonomi. Dalam tempoh dua tahun yang lalu, berdepan dengan tamparan yang kuat akibat krisis kewangan global, kerajaan mengambil tindakan yang saintifik dan berkesan, serta melaksanakan dasar fiskal yang proaktif dan dasar kewangan yang longgar sederhana. Ekonomi China pulih dan mencapai pertumbuhan mendahului dunia. Kerajaan China bukan sahaja mengatasi kesukaran yang luar biasa itu, berjaya menjamin dan memperbaiki kehidupan rakyat, bahkan meletakkan asas yang kukuh untuk pembangunan negara pada masa depan.
• Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 1): Mengimbas Kembali Kerja Kerajaan Tahun 2010: Prestasi Pembangunan Sosioekonomi dalam Tempoh Pelaksanaan Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun Ke-11
Tempoh pelaksanaan Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun Ke-11 merupakan lima tahun yang bukan biasa dalam pembangunan negara. Berdepan dengan situasi yang rumit di dalam dan luar Negara, serta cabaran ekoran beberapa krisis yang serius, Parti Komunis China menyatupadukan dan memimpin rakyat berbilang kaum berusaha menggalakkan pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka serta pembangunan modenisasi sosial sehingga perubahan yang bersifat sejarah berlaku di seluruh negara.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China