v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

• Dibaik Pulihnya Artifak di Provinsi Sha'anxi Memperlihatkan Kesan Awal 2008-11-10
Baru-baru ini, Pagoda Dayan yang rosak dalam gempa bumi Sichuan telah dibaik pulihkan dan dibuka semula kepada para pelancong. Pagoda Dayan merupakan destinasi pelancongan yang sangat terkenal di Provinsi Sha'anxi. Kerajaan Provinsi Sha'anxi telah menyusun rancangan untuk memulihkan semua benda bersejarah yang rosak dalam gempa bumi tersebut dalam tempoh tiga tahun.
• Pelbagai Drama Dipersembahkan di Beijing Sepanjang Musim Gugur 2008-10-21
1 Oktober merupakan Hari Kebangsaan China dan sempena sambutannya, pelbagai acara diadakan khususnya di Beijing. Dengan adanya peluang tersebut, banyak drama dipersembahkan di Beijing sepanjang musim gugur setiap tahun. Pada tahun ini, berberapa pesta drama yang diadakan di Beijing pada minggu emas Hari Kebangsaan telah meneriahkan pentas persembahan Beijing.
• Dewan Baru Perpustakaan Kebangsaan China Siap Dibina 2008-10-06
Dewan Baru Perpustakaan Kebangsaan China telah siap dibina baru-baru ini. Dengan siapanya pembinaan dewan baru itu bermakna, Beijing telah mempunyai perpustakaan yang ketiga terbesar di dunia. Perpustakaan itu terletak di bahagian barat Beijing dan dibina pada tahun 1909 dengan nama asal Perpustakaan Beijing.
• Pembangunan Industri Penerbitan China Sepanjang 22 Tahun yang Lalu 2008-09-22
Ekspo Buku Antarabangsa Beijing ke-15 telah dirasmikan di bandar Tianjin, China pada awal September ini. Sejak tahun 1986, ekspo ini telah menjadi satu daripada empat pameran buku antarabangsa yang paling terkenal di dunia. Pembangunan ekspo dalam tempoh 22 tahun itu pula menyaksikan pembangunan industri penerbitan China.
• Taraf dan Prospek Balet di China – Wawancara dengan Prof Xiao Suhua dari BDA 2008-08-05
Dalam Pertandingan Balet Antarabangsa Varna Ke-23 yang baru sahaja berakhir, penari Balet China memenangi 1 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa dan satu anugerah khas yang diberikan oleh Panel Juri. Ini merupakan prestasi terbaik yang dicapai oleh penari China dalam pertandingan yang dikenali ramai sebagai "Olimpik Balet" itu.
• Kerja Menyelamat dan Melindungi Warisan Budaya yang Terjejas dalam Gempa Bumi Wenchuan 2008-07-07
Gempa bumi berukuran 8.0 pada skala Richter telah melanda kawasan Sichuan China pada bulan Mei yang lalu. Akibat sebahagian seniman tempatan terkorban dan banyak muzium tempatan yang rosak teruk. Di kawasan yang didiami oleh etnik minoriti China
• Dokumen Bersiri "Warisan Budaya Dunia di China" 2008-06-30
Menjelang Sukan Olimpik Beijing, Stesen TV Pusat China (CCTV) sedang mempromosikan sebuah dokumentari bersiri yang bertajuk "Warisan Budaya Dunia di China". Dokumentari ini ditayangkan untuk memperkenalkan warisan budaya dan tamadun China secara menyeluruh kepada rakyat seluruh dunia.
• Kerja Perlindungan Artifak dalam Gempa Bumi Wenchuan China 2008-06-23
Gempa bumi yang berukuran 8.0 pada skala Richter melanda Provinsi Sichuan China pada 12 Mei lalu. Gempa bumi itu bukan sahaja mengakibatkan ramai orang terkorban, tetapi juga menyebabkan kerugian harta benda yang besar. Provinsi Sichuan ialah satu kawasan yang bersejarah lama, jadi, terdapat pelbagai artifak yang amat berharga di sana.
• Seni "Yimakan" di Etnik Hezhe, China 2008-06-16
Etnik Hezhe ialah salah satu etnik minoriti dengan jumlah penduduk yang paling kecil di China. Penduduk etnik itu tinggal di Provinsi Heilongjiang, timur laut China. Walaupun etnik itu tidak mempunyai tulisan sendiri, tetapi kesenian "menyanyi sambil bercerita" yang dikenali sebagai "yimakan" amat menarik.
• Perlindungan dan Pewarisan Lagu Tradisional Etnik Dong di China 2008-06-09
Etnik Dong ialah satu etnik yang hidupnya tidak boleh dipisahkan daripada lagu. Terdapat peribahasa etnik Dong yang menyatakan: "Nasi dimakan untuk jasmani, lagu dinyanyikan untuk rohani" Ini mencerminkan pemahaman penduduk etnik Dong terhadap lagu dan muzik.
• Kerja Pembaikpulihan di Jalan Qianmen 2008-06-02
Jika menyebut nama Jalan Qianmen kita mesti menceritakan sejarah bandar Beijing. Pada awal abad ke-15, Beijing diisytiharkan sebagai ibu negara oleh raja Dinasti Ming. Sebatang jalan dari utara ke selatan China, melintasi kawasan tengah bandar.
• Opera Kun Menjadi Popular Semula di China 2008-05-26
Opera Kun digelar sebagai "Ibu Opera" di China. Opera itu telah bersejarah lebih 600 tahun dan pernah menghadapi keadaan kepupusan. Sejak beberapa tahun yang lalu, atas usaha pelbagai seniman, opera itu menjadi popular semula dan mendapat kesukaan ramai.
• Imej Guizhou yang Berwarna-warni 2008-05-19
Provinsi Guizhou terletak di bahagian barat daya China dengan jumlah penduduk 39 juta orang. Penduduk Guizhou terdiri daripada 49 etnik dan 17 antaranya ialah etnik minority. Gunung-ganang memenuhi93% kawasannya, dan ini menjadikan kebanyakan tempat di provinsi ini agak terasing daripada masyarakat moden.
• Kampung Nagu, Etnik Buyi yang Mengembangkan Industri Pelancongan 2008-05-12
Nagu ialah satu kampung yang agak terpencil di Provinsi Guizhou. Kawasan itu didiami oleh penduduk etnik Buyi, salah satu entik minoriti di China. Juga disebabkan kampung itu dikelilingi oleh gunung-ganang, kampung itu tidak pernah "ganggu" oleh masyarakat moden.
• Penggambaran Filem Rasmi Sukan Olimpik Beijing Berjalan Lancar 2008-05-05
Penggambaran filem Sukan Olimpik Beijing akan dijalankan terutamanya sepanjang 16 hari ketika sukan itu berlangsung. Filem itu dijangka dapat ditayangkan kepada umum pada penghujung tahun 2008. Filem itu merakamkan dan menggambarkan Sukan Olimpik Beijing.
 
SearchYYMMDD  
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
           
    |  Hubungi Kami  |