Para Wakil:
Sekarang saya mewakili Dewan Negara membuat lapor kerja kerajaan dalam mesyuarat NPC, para wakil dipersilakan membahaskan dan para anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) juga dipersilakan mengeluarkan cadangan dan pendapat.
BAHAGIAN I: KERJA KERAJAAN 2015
Dalam tempoh setahun yang lalu, pembangunan China menghadapi banyak kesukaran dan cabaran yang sengit. Di bawah pimpinaan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang diketuai oleh Setiausaha Agung Xi Jinping, rakyat seluruh negara yang berbilang kaum mengatasi kesukaran dan terus maju dengan keyakinan yang kukuh dan semangat yang tinggi. Pembangunan sosioekonomi mampan lagi baik. Sasaran utama pembangunan tahun 2015 tercapai, di samping pembaharuan, pelaksanaan dasar pintu terbuka dan modenisasi yang bercirikan sosialis mencapai hasil cemerlang yang baharu.
Operasi Ekonomi Berada pada Tahap yang Rasional
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China yang mencatat 67.7 trilion yuan RMB dengan kadar peningkatan 6.9%, mendahului pelbagai entiti ekonomi utama di dunia. Jumlah pengeluaran bahan makanan mencatatkan peningkatan selama 12 tahun berturut-turut. Peningkatan harga pengguna penduduk dikekalkan pada tahap yang rendah. Khususnya situasi pengangguran dikekal stabil. Terdapat lebih 13.12 juta peluang kerja dicipta dalam pekan dan bandar, iaitu jauh lebih banyak daripada sasaran tahunan yang dirancangkan, sehingga amat menyerlah sepanjang operasi ekonomi tahun lalu.
Pengubahsuaian Struktur Mencapai Kemajuan
Peratusan industri perkhidmatan dalam KDNK ditingkatkan kepada 50.5% dan buat kali pertama melebihi separuh. Kadar sumbangan penggunaan terhadap pertumbuhan ekonomi mencatat 66.4%. Pertumbuhan industri teknologi tinggi dan industri pembuatan kemudahan mendahului industri biasa. Penggunaan tenaga bagi seunit KDNK menurun 5.6%.
Inovasi Mempercepat Pembangunan
Strategi mengutamakan inovasi bagi menggalakkan pembangunan diteruskan, penggunaan internet dalam pelbagai sektor dipercepat, pembangunan sektor baharu ditingkatkan. Inovasi yang menyeluruh berkembang dengan makmur. Syarikat baharu yang terdaftar pada tahun lalu meningkat 21.6%, iaitu setiap hari bertambah 12 ribu buah syarikat baharu secara purata. Inovasi telah memainkan peranan penting bagi menstabilkan pengangguran dan menggalakkan penaiktarafan industri, sekali gus mendorong pembabaruan sosioekonomi secara mendalam.
Taraf Hidup Rakyat Terus Meningkat
Pendapatan per kapita meningkat 7.4%, lebih cepat berbanding dengan pertumbuhan ekonomi. Simpanan wang penduduk China meningkat 8.5% pada hujung tahun lalu, menambah RMB lebih 4 trilion. Masalah keselamatan air minuman untuk 64.34 juta lagi penduduk di desa diselesaikan. Pembasmian kemiskinan ditingkatkan, jumlah penduduk miskin di desa berkurangan 14.42 juta orang.
Beberapa hasil baharu dalam sektor sains dan teknologi mencapai tahap maju dunia. Teknologi elektrik nuklear generasi ketiga mencapai kemajuan besar. Pesawat penumbang besar C919 buatan China siap dibuat. Tu Youyou dianugerahi Hadiah Nobel Biologi atau Perubatan. Rakyat China yang berbilang kaum berasa bangga terhadap hasil pembangunan yang dicapai oleh negata sendiri.