Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan
2016-03-05 11:13:54 CRI Cetak

Ketujuh, menjamin dan membaiki kesejahteraan rakyat dengan bersungguh-sungguh dan meningkatkan pembinaan masyarakat.

Usaha untuk membaiki kesejahteraan rakyat tidak boleh terlepas, meskipun peningkatan pendapatan fiskal menjadi perlahan.

Berusaha gigih untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan menggalakkan graduan memulakan bisnis. Jumlah graduan yang lulus daripada institut pengajian tinggi akan mencecah 7.65 juta orang pada tahun 2016. Dalam pada itu, skim penggalakkan penyediaan peluang pekerjaan dan program untuk membimbing graduan memulakan bisnis patut dilaksanakan dengan baik.

Mengembangkan pendidikan yang berkualiti lebih tinggi dan adil. Pendidikan awam patut memberi keutamaan kepada kawasan bahagian tengah dan barat serta kawasan sempadan dan kawasan yang kurang maju.

Menjana pembaharuan bersama antara sistem penjagaan kesihatan, insurans perubatan dan perubatan. Perkhidmatan insurans tentang penyakit kritikal dijadualkan diwujudkan pada tahun ini. Kerajaan akan menambah peruntukan berkenaan agar mengurangkan beban bagi para pesakit kritikal. Menyusun semula insurans perubatan asas bagi penduduk bandar dan luar bandar. Subsidi fiskal bagi setiap warga China dalam sektor tersebut meningkat ke RMB 420 setiap bulan daripada RMB 380 sebelum ini. Makmal diagnosis dan rawatan secara berperingkat akan dijalankan di kira-kira 70% tempat dan bandar di seluruh negara. Hal ini bertujuan untuk menggalakkan lebih banyak sumber perubatan dan rawatan dapat digunakan di peringkat akar umbi dan kawasan luar bandar.

Demi kesihatan rakyat, sistem kawal selia keselamatan bahan makanan dan ubat-ubatan mesti disempurnakan dengan secepat mungkin. Usaha seumpama ini adalah untuk menjamin rakayt dapat makan dengan sihat dan selamat.

Memperkukuh jaringan keselamatan jaminan sosial. Meningkatkan piawaian pencen asas secara berterusan. Menjalankan percubaan pembaharuan komprehensif dalam sektor perkhidmatan penjagaan warga emas, dan menggalakkan penggabungan penjagaan kesihatan dan pekhidmatan penjagaan warga emas melalui pelbagai bentuk. Subsidi per kapita untuk mengekalkan taraf hidup yang minimum bagi penduduk bandar dan luar bandar masing-masing meningkat 5% dan 8%.

Menggalakkan pembangunan transformasi kebudayaan. Menyatukan konsensus dan menggembleng tenaga dengan menggunakan impian China dan sosialis yang bercirikan China, memupuk dan menerapkan nilai teras sosialis. Membimbing sumber budaya awam lebih cenderung kepada akar umbi di bandar dan luar bandar, dan menggalakkan pembangunan inovasi industri kebudayaan.

Mengintensifkan dan menginovasikan tadbir urus masyarakat. Menggerakkan pembinaan komuniti di bandar dan luar bandar, memangkinkan demokrasi permuafakatan di akar umbi. Menyempurnakan sistem jaminan keselamatan siber negara. Menginovasikan mekanisme tadbir urus komprehensif pengurusan keselamatan masyarakat, menggiatkan pembinaan sistem pencegahan dan pengawalan pengurusan keselamatan berasaskan maklumat, menghukum kegiatan jenayah yang menyalahi peraturan berkenaan berasaskan undang-undang, membanteras kegiatan kekerasan dan keganasan untuk menjamin keselamatan rakyat jelata.

Jabatan dan badan pelbagai peringkat mesti mempertingkatkan usaha dalam menjamin keselamatan sepanjang pengeluaran dan menjamin keselamatan awam, mengintensifkan pembinaan infrastruktur untuk tujuan keselamtan dan keupayaan mencegah dan mengurangkan risiko bencana. Mengawal selia penguatkuasaan undang-undang, dan dengan tegas meminimumkan kemungkinan berlakunya kemalangan dahsyat.


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China