Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan
2016-03-05 11:13:54 CRI Cetak

Para wakil,

Bangsa China merupakan seisi keluarga yang besar. Memangkinkan rakyat yang berbilang kaum hidup bersama-sama dengan damai, serta merealisasikan pembangunan keharmonian merupakan kepentingan asas dan tanggungjawab bersama bagi kita.

Berpegang kepada prinsip yang masalah perkauman diselesaikan melalui saluran yang bercirikan China. Menggalakkan pembinaan struktur masyarakat dan suasana komuniti yang berbilang kaum, dan menggiatkan pertukaran antara pelbagai etnik.

Menguruskan urusan agama berasaskan undang-undang, memangkinkan keharmonian hubungan agama, dan memainkan peranan positif tokoh-tokoh agama dan penduduk penganut agama untuk mempergiat pertumbuhan ekonomi dan pembangunan masyarakat.

Memelihara hak dan kepentingan yang sah orang China yang bermastautin di sebarang laut dan anggota keluraga mereka. Memainkan dengan sepenuhnya kelebihan istimewa dan peranan penting mereka bagi menyemarakkan semangat berstau-padu rakyat China, baik di dalam begeri mahupun di seberang laut.

Para wakil,

Mengintensifkan pembinaan pemodenan angkatan tentera untuk mempertahankan keamanan negara. Mengekalkan prinsip asas dan sistem yang Parti Komunis China (PKC) menerajui angkatan tentera. Mengatur dengan teliti persiapsiagaan rutin untuk menghadapi kemungkinan tercetusnya pertempuran dan pengawalan pertahanan udara dan maritim.

Para wakil,

Kita akan melaksanakan secara menyeluruh dan tepat Amalan Satu Negara Dua Sistem, Orang Hong Kong Tadbir Urus Hong Kong, Orang Makau Tadbir Urus Makau. Mengekalkan kemakmuran dan kestabilan Hong Kong dan Makau dalam jangka masa yang panjang. Menyokong dengan sepenuhnya usaha pelaksanaan dasar pegawai eksekutif dan kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan Makau. Mengintensifkan kerjasama antara Tanah Besar dengan Hong Kong dan Makau agar memajukan daya saing kedua-dua wilayah tersebut dinaik taraf.

Kita patut terus mengekalkan dasar dan prinsip terhadap Taiwan, menetapkan asas politik Konsensus Tahun 1992, membantah dengan tegas kegiatan memecahkan Taiwan, mempertahankan hak kedaulatan dan keutuhan wilayah negara demi pembangunan damai di kedua-dua pantai selat Taiwan serta keamanan dan kestabilan di perairan Selat Taiwan.

Kita akan berpegang kepada konsep seisi keluarga di kedua-dua pantai selat Taiwan. Kita bersama-sama dengan penduduk Taiwan untuk memikul tanggungjawab bangsa, berkongsi peluang pembangunan dan berganting bahu untuk membentuk komuniti berkongsi nasib bersama kedua-dua pantai Selat Taiwan.


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China