Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan
2016-03-05 11:13:54 CRI Cetak

Sepanjang tahun lalu, diplomasi China telah mencapai hasil yang cemerlang, ini terbukti dengan hubungan China dengan beberapa negara besar mencapai kemajuan, kerjasama pragmatik dengan negara-negara berhampiran terus ditingkatkan, kerjasama persahabatan dengan negara-negara membangun terus berkembang, hubungan dengan pelbagai pertubuhan dan mekanisme antarabangsa termasuk PBB dikukuhkan secara menyeluruh, pertukaran ekonomi, diplomatik dan kebudayaan amat berkesan. Sebagai negara besar yang bertanggungjawab, China telah memainkan peranan penting dan bersifat membina dalam menangani hal ehwal antarabangsa dan serantau.

Di samping melihat hasil yang dicapai pada tahun lalu, kita juga perlu menyedari dengan jelas bahawa pembangunan negara masih menghadapi banyak kesukaran dan masalah. Dipengaruhi oleh kemerosotan perdagangan global dan beberapa unsur yang lain, jumlah import dan eksport China menurun pada tahun lalu dan gagal mencapai sasaran peningkatan yang ditetapkan. Pertumbuhan pelaburan kurang dinamik, keadaan produktiviti yang berlebihan amat serius dalam beberapa sektor, operasi sebahagian syarikat menghadapi kesukaran, trend pembangunan antara pelbagai rantau dan sektor berbeza, pertentangan antara pendapatan dan belanjawan semakin menonjol, sektor kewangan dan beberapa sektor yang lain menghadapi risiko. Sektor perubatan, pendidikan, penjagaan warga emas, keselamatan makanan dan ubat-ubatan, pembahagian pendapatan, pentadbiran bandar yang menjadi tumpuan rakyat masih menghadapi banyak masalah. Jerebu turut berlaku di beberapa kawasan. Yang amat menyedihkan ialah berlakunya insiden karam kapal penumpang "Bintang Timur" dan letupan di Pelabuhan Tianjin yang mengakibatkan korbanan, kecederaan dan kerugian yang besar. Kita perlu menimba pengalaman dari kemalangan-kemalangan tersebut. Kerja kerajaan kurang memuaskan, beberapa pembaharuan, dasar dan langkah belum dilaksanakan dengan baik. Sebahagian pegawai kerajaan tidak memikul tanggungjawab, tidak mampu memikul bertanggungjawab atau mentadbir sewenang-wenangnya. Masalah kecuaian and rasuah dalam beberapa sektor tidak boleh diremehkan. Kita perlu terus mengawal kesedaran terhadap kesukaran dan berani bertanggungjawab, berusaha menyelesaikan masalah-masalah tersebut, merakyatkan pentadbiran, berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan kerja kerajaan supaya mengelakkan dari membelakangi mandat rakyat.


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China