Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan
2016-03-05 11:13:54 CRI Cetak

Para wakil,

Kita akan terus mengambil konsep yang damai, pembangunan, kerjasama dan situasi menang-menang. Mengaplikasikan konsep diplomatik kuasa besar yang bercirikan China, melindungi hak kedaulatan negara, keselamatan dan kepentingan pembangunan. Menganjurkan dengan baik Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20) yang bakal diadakan di China pada tahun ini.

Menjana pertumbuhan inovasi ekonomi sejagat dan menyempurnakan tadbir urus ekonomi dan kewangan seluruh dunia. Memperkasakan koordinasi dan kerjasama dengan pelbagai kuasa besar utama untuk menjalinkan hubungan kuasa besar yang mengutamakan interaksi, bekerjsama dan menang-menang, menyemarakkan semangat kejiranan dengan negara-negara yang berhampiran, dan mengekalkan hubungan damai dengan negara-negara serantau. Mengintensifkan kerjasama Selatan-Selatan demi pembangunan bersama bagi memelihara hak dan kepentingan yang sah negara-negara membangun. China akan giat terlibat dalam usaha penyelesaian isu-isu penting antarabangsa. Mempercepat pembinaan kemampuan pemeliharaan kepentingan di seberang laut agar melindungi keselamatan warga dan korporat China. China juga bersedia berusaha gigih menyumbang kepada perdamaian dan pembangunan umat manusia.

Para wakil,

Hanya melalui perjuangan barulah dapat memperoleh masa depan yang cemerlang. Marilah kita bersatu padu dengan PKC yang diterajui oleh Presiden China, Xi Jinping. Menggembleng tenaga dan berganding bahu dalam perjuangan untuk menyelesaikan matlamat pertumbuhan ekonomi dan pembangunan masyarakat yang ditetapkan pada tahun ini bagi memastikan pembangunan masyarakat kaya, sekali gus membuat sumbangan baharu kepada pembinaan negara sosialis sosialis yang moden, kaya, demokratik, bertamadun dan harmoni serta "Impian China" yang berorientasikan revitalisasi bangsa China.


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China