Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan
2016-03-05 11:13:54 CRI Cetak

Tahun ini kita akan mengutamakan kerja dalam lapan bidang.

Pertama, menstabilkan dan menyempurakan dasar ekonomi makro, mengawal ekonomi beroperasi pada taraf yang rasional. Terus melaksanakan dasar kewangan yang positif dan dasar monetari yang mantap, membaiki kaedah kawalan makro. Melaksanakan pembaharuan struktur, khususnya pembaharuan struktur pembekal supaya membentuk suasana baik bagi pembangunan ekonomi.

Memperkuat dasar kewangan yang positif. Defisit kewangan tahun ini ditetapkan meningkat 3% berbanding tahun lalu, dengan mencatat RMB 2.18 trilion, bertambah RMB 560 bilion. Debentur kerajaan tempatan ditetapkan pada RMB 400 bilion. Kadar defisit dan hutang kerajaan China amat rendah antara pelbagai entiti ekonomi utama. Oleh itu, cadangan tersebut adalah perlu, rasional lagi selamat.

Meningkatkan defisit kewangan secara terhad terutamanya untuk menurunkan pelbagai cukai dan yuran bagi terus mengurangkan beban sektor korporat. Cukai dan yuran yang dibebani sektor korporat dan individu akan dikurangkan RMB lebih 500 bilion pada tahun ini. Pada masa yang sama, meningkatkan perbelanjaan dan peruntukan kerajaan yang diperlukan, meningkatkan sokongan terhadap pelbagai bidang yang mempunyai permintaan peruntukan besar seperti jaminan kehidupan rakyat.

Mempercepat pembaharuan sistem cukai. Mengalihkan sebahagian kuasa pengurusan cukai kepada kerajaan tempatan. Membentuk sistem hutang dan pengumpulan dana kerajaan tempatan yang standard. Kerajaan pelbagai peringkat perlu menjimat dana supaya perbelanjaan digunakan dengan jelas lagi berkesan.

Pelaksanaan dasar mata wang berhemat yang fleksibel. "Board money" (M2) tahun ini dijangka meningkat 13%, dan sisanya dari dana yang dikumpulkan dari masyarakat meningkat 13%. Kita akan menggunakan pelbagai alat dasar mata wang untuk menurunkan kos pengumpulan dana, meningkatkan sokongan terhadap ekonomi benar, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), desa, kaum tani dan pertanian.

Memperdalam pembaharuan sistem kewangan. Terus menyempurnakan mekanisme pembentukan kadar tukaran RMB berdasarkan pasaran, menstabilkan kadar tukaran mata wang RMB pada tahap yang rasional dan seimbang. Mengetatkan sistem, mengemaskini tata tertib kewangan, membanteras kes penipuan kewangan, pengumpulan dana secara haram dan penjenayahan dalam bidang saham dan dagang hadapan, dan sama sekali tidak berganjak daripada membendung kemungkinan berlakunya risiko yang bersifat sistem atau bersifat serantau.


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China