Kelima, menggerakkan dasar pintu terbuka pusingan baharu dilaksanakan berada pada tahap yang tinggi, dan komited untuk merealisasikan kerjasama dan situasi menang-menang.
Menggalakkan pembinaan "Jalur & Jalan" (B&R). Menyelaraskan dan mengkoordinasikan penerokaan dan keterbukaan kawasan domestik serta kerjasama ekonomi antarabangsa, bersama-sama membina hab kerjasama koridor ekonomi darat dan maritim, mempertingkatkan kesalinghubungan, kerjasama ekonomi dan perdagangan serta pertukaran sosiobudaya.Membentuk dan membina sistem kerjasama lulus kastam sepanjang B&R, membina laluan besar logistik antarabangsa. Menggalakkan pembinaan kawasan kerjasama ekonomi di kawasan sempadan, kawasan kerjasama ekonomi merentasi sempadan dan kawasan kerjasama ekonomi dan perdagangan di seberang laut.Perbincangan, pembinaan dan perkongsian bersama-sama menjadikan B&R satu ikatan kedamaian dan persahabatan serta jalan kemakmuran bersama.
Memperluas kerjasama kapasiti pengeluaran antarabangsa. Sebahagian projek teladan yang penting akan dilaksanakan oleh sektor korporat, dengan didorong oleh kerajaan mengikut hukum pasaran. Mendorong kelengkapan, teknologi, standard dan perkhidmatan domestik mengembangkan sayap ke luar negara agar mengharumkan jenama buatan China di pasaran antarabangsa.
Memacu pembangunan inovasi perdagangan luar. Dalam situasi permintaan asing terus merosot, pelbagai langkah-langkah patut dilaksanakan untuk mencegah trend penurunan dalam sektor import dan eksport. Pertama, mempercepat pelaksanaan dan menyempurnakan dasar-dasar yang berkaitan. Kedua, menggalakkan inovasi model komersial. Ketiga, memoptimumkan struktur perdagangan. Keempat, memajukan kemudahan perdagangan. Kelima, melaksanakan dasar import yang lebih proaktif, memperluas import peralatan teknologi canggih, alat ganti utamaļ¼serta bahan mentah sumber tenaga.
Mempertingkatkan tahap untuk menggunakan modal asing. Melonggarkan akses pelaburan secara berterusan, memperluas keterbukaan sektor perkhidmatan dan industri perkilangan yang biasa, memudahkan prosedur untuk menubuhkan syarikat pelaburan modal asing di samping menarik lebih banyak perusahaan dan modal asing ke negara ini. China dikehendki tetap menjadi destinasi pelaburan yang menarik bagi pelabur asing.
Mempercepat pelaksanaan strategi kawasan perdagangan bebas. Menggerakkan rundingan kawasan perdagangan bebas China, Jepun dan Korea Selatan, memajukan rundingan berhubung perjanjian pelaburan antara China, AS dan Eropah, serta mempertingkatkan penyelidikan strategi bersama kawasan perdagangan bebas Asia-Pasifik. Kami bersedia bekerjasama dengan pihak-pihak terlibat untk menggalakkan kebebasan pelaburan perdagangan demi pembentukkan dan pembinaan sistem ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang bersifat seimbang, menang-menang dan inklusif.