Ketiga, meneroka potensi permintaan domestik, memperluas ruangan pembangunan
Berfokus kepada kepenggunaan yang mampu berperanan meranjakkan pertumbuhan ekonomi.
Mengutamakan pelaburan yang berperanan kunci dalam menstabilkan pertumbuhan ekonomi dan mengubah suai struktur. Sebahagian projek penting yang ditetapkan dalam tempoh Rancangan Pembangunan Sosioekonomi China Lima Tahun ke-13 akan dilaksanakan pada tahun ini. Projek-projek tersebut termasuklah projek perkhidmatan landsan kereta api yang jumlah pelaburannya bernilai lebih RMB 800 bilion, projek lebuh raya yang menelan pelaburan sejumlah RMB 165 juta, 20 buah projek tali air, loji janakuasa elektrik hidro dan nuklear, penghantaran tenaga elektrik voltan ultra tinggi (UHV), grid pintar, jaringan paip petrolum dan gas asli, serta pengangkutan tren di bandaraya.
Menyempurnakan kaedah kerjasama modal kerajaan dan sektor swasta dengan mempergunakan secara berkesan tabung panduan yang bernilai sebanyak RMB 180 bilion. Melaksanakan secara ketat kontrak berdasarkan undang-undang agar meningkatkan minat sektor swasta secara sepenuhnya.
Memperdalam dan menggalakkan proses urbanisasi. Pembandaran bukan sehaja merupakan jalan yang pasti akan ditempahi dalam proses pemodenan, malah juga menjadi potensi permintaan domestik yang terbesar dan enjin pembangunan. Tiga perkara akan diberi keutamaan pada tahun ini. Pertama, mempercepat langkah memberikan layanan penduduk bandar kepada penduduk migran dari desa, menggalakkan pembaharuan sistem pendaftaran perkeluargaan, di samping melonggarkan syarat bagi keluarga dari kawasan luar bandar untuk memohon menetap di bandar dan pekan. Memperluas lingkungan makmal komprehensif pembandaran model baharu. Menjadikan mereka yang sudah menetap di bandaraya namun permohonan mereka untuk mendapat pendaftaran perkeluargaan bandar gagal diluluskan dapat menikmati perkhidmatan umum, termasuk pendidikan wajib, peluang pekerjaan serta perubatan dan rawatan. Mengembangkan bandar sederhana dan kecil serta pekan di bahagian tengah dan barat demi menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih ramai pekerja migran tempatan. Kedua, mendorong pembinaan projek perumahan mesra rakyat di bandar dan pekan serta pembangunan pasaran hartanah secara stabil dan sihat. Sebanyak 6 juta perumahan di kawasan setinggan akan diubah suai pada tahun ini berikutan pelaksanaan projek membina dan mengemas kini semula bangunan taman perumahan yang lama dan usang. Membentukkan sistem perumahan yang boleh disewa dan dibeli secara serentak agar memasukkan populasi pendatang luar yang selari dengan syarat berkenaan ke dalam lingkungan pembekalan perumahan sewa awam. Ketiga, memperhebat tadbir urus pembinaan rancangan bandar. Pada masa yang sama, mempertingkatkan rancangan bandar yang bersifat saintifik, berwibawa dan terbuka.
Memoptimumkan pola pembangunan wilayah.