Keempat, mempercepat pembangunan industri pertanian moden, menggalakkan pendapatan kaum tani ditingkatkan secara berterusan. Kerja berhubung "kawasan desa, kaum tani dan industri pertanian" mesti terus dilaksanakan dengan lebih berkesan. Menyeumpurnakan dasar yang berfaedah bagi kaum tani supaya membantu mereka menjadi lebih kaya. Serentak itu, memperdalam pembaharuan yang diamalkan di kawasan desa, meluaskan saluran kaum tani untuk diberi peluang pekerjaan dan ditingkatkan pendapatan, sekali gus berusaha untuk meningkatkan kualiti, keefisienan, faedah dan daya saing sektor pertanian.
Mempercepat pengubahsuaian struktur industri pertanian. Menggunakan lebihan bijirin yang tersimpan dalam gudang melalui pelbagai langkah, menyokong pemprosesan produk pertanian secara halus,memperpanjang rangkaian industri pertanian sambil merangka rancangan pusingan baharu tentang memulihkan perhutanan dari ladang, dan meningkatkan pembinaan ladang pertanian berstandard tinggi. Menubuhkan makmal bagi kajian sistem menanam secara bergilir. Melaksanakan tindakan yang mengurangkan penggunaan baja kimia dalam sektor tanaman dan pertanian. Menjamin peruntukkan sektor fiskal terhadap industri pertanian, dan menerajui lebih banyak modal melabur dalam pembinaan industri pertanian moden.
Membaiki perkhidmatan awam di kawasan desa. Lebuh raya yang sepanjang 200 ribu kilometer di kawasan desa akan dibina dan diubah suai. Pembinaan semula dan penaiktarafan grid di kawasan desa juga akan digerakkan. Selain itu, e-dagang juga akan digalakkan untuk memasuki kawasan desa.
Melaksanakan projek membasmi kemiskinan. Misi untuk membasmi kemiskinan yang melibatkan 100 juta orang penduduk miskin di kawasan desa dijadualkan akan diselesaikan pada tahun ini, antaranya termasulah mengatur seramai 2 juta orang miskin berpindah ke kawasan yang lain. Jumlah modal bantuan kemiskinan yang dibelanjakan daripada fiskal pusat meningkat sebanyak 43.4%. Kerajaan pusat akan tetap mengamalkan dasar pembasminan kemikinan secara lebih berkesan dengan selaras dengan keadaan yang berlainan di kawasan yang berlainan. Membasmi kemiskinan merupakan misi yang mesti diselesaikan pada tahun ini, dan kerajaan pelbagai peringkat telah diberi arahan agar memastikan misi tersebut dapat diselesaikan dengan cekap.