BAHAGIAN II: SASARAN UTAMA DAN LANGKAH PENTING DALAM RANCANGAN LIMA TAHUN KE-13
Berdasarkan "Cadangan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China mengenai Penetapan Rancangan Pembangunan Sosioekonomi Negara Lima Tahun Ke-13", Dewan Negara telah menggubal draf "Garis Panduan Rancangan Pembangunan Sosioekonomi Negara Lima Tahun Ke-13" untuk diserahkan kepada mesyuarat NPC untuk dibahaskan. Draf tersebut menjelaskan sasaran utama pembangunan sosioekonomi pada lima tahun akan datang, terutamanya dalam enam sektor sebagai berikut.
Memelihara pertumbuhan ekonomi yang pesat dan sederhana, menggalakkan pembangunan industri ke arah yang canggih dan sederhana. Merealisasikan sasaran tentang membangunkan masyarakat kaya secara menyeluruh, sedangkan meningkatkan KDNK dan pendapatan per kapita sekali ganda menjelang tahun 2020 berbanding tahun 2010. Pertumbuhan ekonomi setiap tahun dikekalkan pada 6.5% ke atas secara purata dalam tempoh "Rancangan Lima Tahun ke-13". Mempercepat pembaikan dan penaiktarafan struktur industri. Jumlah keseluruhan ekonomi China dijangka akan melebihi RMB 90 trilion pada tahun 2020, yang selaras dengan kualiti dan kecekapan pembangunan yang pun ditingkatkan secara ketara.
Mengutamakan inovasi yang berperanan sebagai enjin supaya mendorong pembangunan dengan kuasa yang besar. Inovasi merupakan penggerak utama bagi mendorong pembangunan dan mesti dilihat sebagai komponen inti dalam perangkaan pembangunan negara. Strategi menggunakan inovasi untuk menggalakkan pembangunan perlu dilaksanakan secara mendalam. Kita perlu berusaha untuk mencapai kemajuan besar dalam bidang pengajian sains asas, pengajian aplikasi teori dan sains yang strategik menjelang tahun 2020. Peruntukan penyelidikan dan pengajian dijangka mencatat 2.5%. Kadar sumbangan kemajuan sains dan teknologi terhadap pertumbuhan ekonomi dijangka mencatat 60%, sekali gus menjadikan China negara inovatif dan negara kuat dalam bidang kepakaran.
Menggalakkan cara hidup dan pengeluaran hijau, mempercepat pembaikan ekologi. Dalam tempoh lima tahun akan datang, penggunaan air, tenaga dan pelepasan dioksida untuk seunit KDNK masing-masing dijangka menurun 23%, 15% dan 18%. Kadar perhutanan dijangka mencatat 23.04%. Tindakan menangani jerebu dijangka mencapai kemajuan ketara, dengan jumlah hari yang kualiti air amat baik di bandar melebihi 80%. Kita perlu secara konsisiten membangunkan China indah yang langitnya biru, buminya hijau dan airnya bersih.
Memperdalam pembaharuan dan pelaksanaan dasar pintu terbuka, membentuk mekanisme pembangunan baharu. Menggalakkan pasaran memainkan peranan penentu dalam pembahagian sumber, memainkan peranan kerajaan dengan lebih baik, mempercepat pembentukan sistem, mekanisme dan cara pembangunan yang boleh membantu mengekalkan situasi normal yang baharu pembangunan ekonomi.
Terus meningkatkan taraf hidup dan kebajikan rakyat supaya hasil pembangunan dikongsi oleh semua rakyat. Mengekalkan teori merakyatkan pembangunan, berusaha mengatasi kekurangan dalam usaha menjamin kehidupan rakyat supaya dapat terus maju ke arah bersama-sama menjadi kaya.