Untuk menjayakan kerja pembangunan sosioekonomi dalam tempoh "Rancangan Lima Tahun ke-13" dan mewujudkan sasaran menjayakan pembangunan masyarakat kaya secara menyeluruh, kita perlu berusaha dalam tiga bidang sebagai berikut.
Pertama, menggalakkan pembangunan sebagai misi utama. Pembangunan merupakan kunci untuk menyelesaikan semua masalah di negara kita. Lima tahun akan datang merupakan tempoh penting bagi mengatasi "perangkap pendapatan golongan pertengahan". Pelbagai konflik dan risiko akan bertambah secara ketara. Kita perlu mengutamakan pembangunan ekonomi, menggalakkan pembangunan secara saintifik, menyahut cabaran dengan sikap yang betul supaya menjadikan ekonomi China terus maju.
Kedua, berusaha menggalakkan pembaharuan terhadap struktur. Mengalakkan pembaharuan untuk mendorong pengubahsuaian struktur. Di samping meningkatkan keperluan menyeluruh yang sesuai, mengutamakan pembaharuan struktur bekalan.
Ketiga, mempercepat pergantian enjin pembangunan yang lama dengan yang baharu. Pada asasnya, rakyat mempunyai potensi pembangunan yang infinitif. Tenaga buruh yang berjumlah lebih 900 juta orang dan tenaga kepakaran yang berpendidikan tinggi serta mempunyai kemampuan profesional yang berjumlah lebih 100 juta orang merupakan sumber dan kelebihan kita yang paling besar. Kita akan mewujudkan pergantian enjin lama dengan yang baharu sepanjang pembangunan dan meningkatkan kebergantungan kepada sumber manusia dan inovasi sains dan teknologi.
Memandang ke lima tahun akan datang, kita penuh dengan keyakinan.