Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan
2016-03-05 11:13:54 CRI Cetak

Mengenang kembali tahun lalu, hasil-hasil tersebut bukanlah dicapai secara mudah. Hasil-hasil tersebut tercapai dalam situasi antarabangsa yang sangat serius. Pertumbuhan ekonomi global mencatat yang paling rendah dalam 6 tahun yang lalu, pertumbuhan perdagangan antarabangsa lebih rendah, harga barang industri menjunam, pergolakan pasaran kewangan antarabangsa semakin dahsyat, semua ini membawa impak dan pengaruh yang langsung terhadap ekonomi China. Hasil-hasil tersebut tercapai di bawah situasi masalah-masalah dalam negeri yang semakin meruncing, tekanan kemerosotan ekonomi menambah dan juga keseluruhan ekonomi China telah mencapai tahap yang cukup tinggi, iaitu RMB lebih 60 trilion. Kini pertumbuhan ekonomi yang mencatat 1% sama dengan 1.5% pada 5 tahun yang lalu dan 2.5% pada 10 tahun yang lalu. Seiring dengan peningkatan skala ekonomi, mengekalkan pertumbuhan menjadi semakin susah. Menghadapi kesukaran dan tekanan, rakyat China yang berbilang kaum terus maju setapak dengan setapak dengan ketekunan yang luar biasa.

Dalam tempoh setahun yang lalu, kita telah menumpukan tenaga untuk menjayakan kerja-kerja sebagai berikut:

Pertama, menstabilkan pertumbuhan, mengubahsuaikan struktur ekonomi, mencegah risiko kemerosotan dan memperbaiki kaedah kawalan makro.

Kedua, meningkatkan pembaharuan dan pelaksanaan dasar pintu terbuka untuk merangsang kedinamikan pasaran. Membatalkan prosedur pengesahan bukan pengiktirafan eksekutif, dan memperbaiki prosedur perkhidmatan awam. Rakyat dan syarikat menguruskan perniagaan dengan lebih mudah, keinginan inovasi seluruh masyarakat menjadi semakin tinggi. Pembaharuan dalam sektor belanjawan, cukai dan kewangan semakin mendalam. Sekatan terhadap pelaburan asing dikurangkan separuh, penggunaan modal asing mencapat USD 126.6 bilion, meningkat 5.6%. Pelaburan bukan kewangan kepada luar negara mencatat USD 118 bilion, meningkat 14.7%. Menimba pengalaman dari operasi Zon Perdagangan Bebas Shanghai dan menubuhkan Zon Perdagangan Bebas Guangdong, Tianjin dan Fujian. Mewujudkan mata wang RMB disenaraikan sebagai SDR Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), menubuhkan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB), dan membuka Tabung Jalan Sutera. Menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas China-Korea Selatan, China-Australia dan Perjanjian Penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA). Hasil Inisiatif "Jalur dan Jalan" (B&R) amat ketara, kerjasama produktiviti antarabangsa dipercepat, pengeksportan kereta api laju, elektrik nuklear dan pelbagai buatan China yang lain mencapai kemajuan yang besar.

Ketiga, berfokus kepada peningkatan kualiti dan keefisienan, menggalakkan inovasi dan penaiktarafan industri. China mengeluarkan skim "keusahawanan dan inovasi di kalangan rakyat", melaksanakan pelan "Internet+", mencari enjin baharu bagi pertumbuhan ekonomi, berusaha menangani produktiviti yang berlebihan, dna mendorong penggabungan dan penyusunan semula dalam sektor korporat.

Keempat, meneroka peluang pembangunan, menggalakkan pembangunan seimbang antara pelbagai kawasan dan urbanisasi yang baharu.

Kelima, mementingkan kebajikan rakyat, menggalakkan pembaharuan dan pembangunan usaha masyarakat.

Keenam, menggalakkan keharmonian dan kestabilan masyarakat, menggalakkan pentadbiran berdasarkan undang-undang dan inovasi kaedah pentadbiran.


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China