Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan
2016-03-05 11:13:54 CRI Cetak

Kedua, meningkatkan pembaharuan struktur pembekalan, memelihara enjin pertumbuhan.

Menggalakkan pembaharuan dalam bidang memudahkan prosedur pentadbiran, meningkatkan pengurusan yang diperlukan sedangkan mengalihkan sebahagian kuasa pengurusan ke peringkat akar umbi, memperbaiki perkhidmatan, merakyatkan pentadbiran, menggalakkan transformasi fungsi kerajaan, dan meningkatkan keefisienan. Terus meringkaskan prosedur pengesahan pentadbiran. Mengumumkan kuasa dan tanggungjawab kerajaan tempatan kepada maysarakat. Menggubal semula atau membatalkan peraturan eksekutif yang telah menjelaskan pembangunan. Menggalakkan perkhidmatan pentadbiran internet +, mewujudkan pengkongsian maklumat antara pelbagai jabatan supaya menguruskan permohonan penduduk dan syarikat dengan cepat lagi baik.

Menggunakan potensi inovasi seluruh masyarakat. Melaksanakan strategi menggalakkan pembangunan dengan inovasi, mendorong penyatuan sains dan teknologi dengan ekonomi, meningkatkan daya saing dan kualiti ekonomi benar. Yang pertama ialah meningkatkan kedudukan sektor korporat sebagai entiti utama dalam inovasi. Kedua, menggalakkan inovasi secara menyeluruh dan internet+ supaya mengumpulkan kemampuan dan kebijaksanaan semua orang. Ketiga, memperdalam pembaharuan sistem pentadbiran sains dan teknologi. Meningkatkan minat seluruh masyarakat dalam usaha inovasi dan menjadikannya tenaga besar untuk menggalakkan pembangunan.

Berusaha menangani kapasiti pengeluaran yang berlebihan, menurunkan kos dan meningkatkan kecekapan. Terutamanya mengurangkan kapasiti pengeluaran syarikat besi dan baja, arang batu dan pelbagai sektor yang menghadapi kesukaran besar. Mengawal penambahan kapasiti pengeluaran baharu, menghentikan operasi perusahaan yang kapasiti pengeluarannya ketinggalan zaman supaya produktiviti yang berlebihan dikurangkan secara teratur. Belanjawan kerajaan pusat telah memperuntukkan dana khas sejumlah RMB100 bilion, terutamanya untuk mengatur semula tenaga kerja dari syarikat-syarikat yang berkenaan.

Berusaha memperbaiki bekalan produk dan perkhidmatan. Terutamanya mementingkan tiga bidang. Yang pertama, meningkatkan kualiti barangan penggunaan. Mempercepat penyambungan standard keselamatan kualiti domestik dengan standard antarabangsa, membentuk sistem menghukum dan ganti rugi mengenai kualiti barangan. Kedua, menggalakkan penaiktarafan industri perkilangan, menggalakkan "buatan China+internet", membentuk beberapa platform inovasi industri perkilangan peringkat negara. Ketiga, mempercepat perkembangan industri perkhidmatan moden.

Berusaha menggalakkan pembaharuan syarikat milik negara. Khususnya penyusunan semula struktur syarikat-syarikat milik kerajaan pusat. Menggalakkan pembaharuan terhadap sistem memegang saham ke arah kepelbagaian. Memperdalam pembaharuan penggunaan tenaga manusia dalam sektor korporat. Mempercepat penyusunan semula dan penubuhan syarikat pelaburan dan operasi modal milik negara. Menggalakkan perubahan fungsi jabatan kawalan modal milik negara, mewujudkan kawalan dan penambahan nilai modal milik negara. Memberi lebih banyak kuasa kepada kerajaan tempatan dalam pembaharuan syarikat milik negara, menggalakkan syarikat milik negara menjadi pantas lagi kuat, dan ber daya saing.

Mendinamikkan ekonomi sektor swasta. Memudahkan akses sektor swasta ke pasaran tenaga elektrik, telekomunikasi, pengangkutan, minyak bumi, gas asli, perkhidmatan awam dan pelbagai bidang yang lain. Mendorong syarikat swasta menambah pelaburan, dan menyertai pembaharuan syarikat milik negara.


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China