Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan
2016-03-05 11:13:54 CRI Cetak

BAHAGIAN III: TUMPUAN KERJA KERAJAAN 2016

Tahun ini merupakan permulaan bagi fasa kunci pembangunan masyarakat yang kaya, juga merupakan tahun penting untuk menggalakkan pembaharuan struktur.

Sasaran utama pembangunan tahun ini termasuk: menjadikan pertumbuhan KDNK mencapai 6.5% hingga 7%, peningkatan harga penggunaan penduduk dikawal pada kira-kira 3%, mencipta lebih 10 juta pos kerja yang baharu di pekan dan bandar, kadar pengangguran di pekan dan bandar dikawal di bawah 4.5%, memulihkan import-eksport berkembang ke arah stabil, pendapatan dan belanjawan antarabangsa mencapai seimbang, peningkatan pendapatan penduduk selaras dengan pertumbuhan ekonomi. Penggunaan sumber tenaga bagi seunit KDNK menurun 3.4% ke atas, dan pelepasan pencemaran utama terus diturunkan.

Sasaran pertumbuhan ekonomi yang mencatat 6.5% hingga 7%, adalah dibuat berdasarkan pertimbangan selaras dengan sasaran pembangunan masyarakat kaya secara menyeluruh, dan pertimbangan perlunya untuk menggalakkan pengubahsuaian struktur industri. Ini dilihat bermanfaat bagi menstabilkan pasaran yang kondusif. Menstabilkan pertumbuhan ekonomi terutamanya untuk mengawal pengangguran dan membawa manfaat bagi kehidupan rakyat. Pertumbuhan ekonomi pada kadar 6.5% hingga 7% dilihat mampu menjamin bekalan peluang kerja yang mencukupi.

Berdasarkan analisis terhadap pelbagai bidang, pembangunan China pada tahun ini menghadapi kesukaran yang lebih besar dan cabaran yang lebih serius. Kita perlu bersiap sedia. Jika dilihat dari keadaan antarabangsa, ekonomi global sedang mengalami pengubahsuaian yang mendalam, pemulihannya kurang konsisten, pertumbuhan perdagangan antarabangsa kelihatan berada dalam kelembapan, pasaran kewangan dan barang industri bergolak, risiko geopolitik meningkat, unsur tidak tentu dan tidak stabil dari luar bertambah dengan pengaruhnya terhadap pembangunan China tidak boleh diremehkan. Jika dilihat dari keadaan dalam negeri, masalah dan risiko yang bertimbun-timbun sejak sekian lama dalam pembangunan dahulu menjadi menonjol, pertumbuhan ekonomi mulai menjadi perlahan, pengubahsuaian struktur ekonomi pula membawa kesukaran sementara, pergantian enjin lama dengan yang baharu sepanjang pembangunan mengakibatkan tekanan yang semakin besar yang menuju ke kemerosotan ekonomi.

Bagaimanapun, kita tidak takut akankesukaran dan cabaran. Dengan pembangunan pesat selama begitu lama, China mempunyai asas kebendaan yang cukup kukuh, pembangunan ekonomi yang berpotensi besar, pembaharuan dan dasar pintu terbuka yang berperanan berturut-turut menyuntik tenaga baharu kepada pembangunan ekonomi, dan pengalaman yang ditimba sepanjang pelaksanaan kawalan makro yang kreatif.


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China