Para wakil,
Tahun 2015 merupakan tahun akhir dalam "Rancangan Lima Tahun Ke-12". Sasaran yang ditetapkan dalam rancangan lima tahun tersebut telah dicapai secara menyeluruh.
Pertama, ekonomi China mengekalkan pertumbuhan yang pesat. KDNK meningkat 7.8% setahun secara purata, agregat ekonomi menduduki nomor kedua di dunia. China telah menjadi negara perdagangan barangan terbesar dan negara pelabur penting di dunia.
Kedua, penyusunan semula struktur ekonomi mencapai kemajuan penting. Industri perkhidmatan telah menjadi industri terbesar, penyatuan perindustrian dan permaklumatan semakin mendalam. Produktiviti komprehensif pertanian meningkat dengan ketara. Penggunaan telah menjadi tenaga utama bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Lebih separuh penduduk China hidup dalam pekan dan bandar. Penggunaan tenaga bagi seunit KDNK menurun 18.2%, pelepasan pencemaran utama dikurangkan lebih 12%.
Ketiga, taraf infrastruktur mencapai peningkatan yang menyeluruh. Landasan kereta api yang beroperasi mencatat 121 ribu kilometer, antaranya lebih 19 ribu kilometer untuk kereta api laju, menduduki lebih 60% daripada seluruh dunia. Jalan lebuh raya sepanjang 120 ribu kilometer. Projek bahagian timur dan bahagian tengah di bawah Projek menyalurkan air dari selatan ke utara sudah mulai beroperasi. Jaringan telekomunikasi bergerak generasi keempat yang terbesar di dunia terbentuk di China.
Keempat, inovasi sains dan teknologi mencapai kemajuan penting. Komunikasi kuantum, neutrino oscillation, high temperature iron-based superconductor dan sekumpulan pengajian asas yang lain mencapai hasil yang berpaten. Projek penerbangan angkasa lepas membawa angkasawan, projek tinjauan terhadap bulan dan penjelajahan terhadap lautan dalam mencapai tahap termaju dunia.
Kelima, taraf hidup rakyat ditingkatkan secara ketara. pertumbuhan pendapatan penduduk lebih pesat berbanding dengan pertumbuhan ekonomi. Jurang pendapatan antara bandar dengan desa berkurangan. Bekalan peluang kerja untuk 64 juta orang dicatat dalam bandar dan pekan. 40.13 juta unit rumah mesra rakyat disediakan untuk lebih 100 juta penduduk. Penduduk miskin di desa berkurangan lebih 100 juta orang, keselamatan air minuman untuk lebih 300 juta penduduk di desa terjamin.
Keenam, pembangunan masyarakat mencapai hasil cemerlang. Kesama rataan dan kualiti pendidikan ditingkatkan secara ketara. Perkhidmatan insurans perubatan asas meliputi semua penduduk, manakala perkhidmatan insurans penjagaan warga emas melibatkan 80% penduduk.