Cari:
• Myanmar, Singapura Kukuh Ikatan Ekonomi 2016-12-02
Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi melakukan lawatan rasmi ke Singapura mulai 30 November hingga 2 Disember, atas undangan Perdana Menteri Lee Hsien Loong. Ini adalah lawatan rasmi yang pertama bagi Suu Kyi. Kali terakhir beliau berada di republik itu adalah pada 2013 semasa beliau menjadi pemimpin Liga Nasional bagi Demokrasi (NLD).
• NLA Peraku Putera Mahkota Raja Baharu 2016-11-30
Presiden NLA, Pornpetch Witchitcholchai berkata, NLA akan memohon untuk menghadap Putera Mahkota berkenaan bagi menjemput baginda secara rasmi untuk menaiki takhta. Putera Mahkota itu akan menggantikan ayahanda baginda, Raja Bhumibol Adulyadej, yang mangkat pada 13 Oktober lepas sekiranya baginda menerima jemputan NLA untuk menaiki takhta.
• Punca Utama Pertempuran di Utara Myanmar 2016-11-22
Pertempuran sengit yang tercetus antara tentera kerajaan Myanmar dengan sesetengah kumpulan pemberontak etnik minoriti di bahagian utara negara itu sejak Ahad lalu bukan sahaja mencemari usaha gigih kerajaan Myanmar untuk menggerakkan proses perdamaian, malah memberikan impak yang negatif terhadap kestabilan dan pembangunan di kawasan sempadan Myanmar-China.
• Jepun, Myanmar Kukuh Ikatan Ekonomi 2016-11-03
Menurut analisis Agensi Berita Kyodo, Jepun menjadikan Myanmar sebagai hab strategik di Semenanjung IndoChina. Malahan, sikap keterbukaan yang ditunjukkan Suu Kyi ketika bergaul dengan dunia Barat meletakkan negara itu semakin lantang bersuara di pentas ASEAN. Manakala Jiji Press Jepun berpendapat, percubaan Shinzo Abe itu memperlihatkan aspirasinya untuk memperkukuh lagi hubungan dengan Myanmar supaya negara itu menjadi hab geopolitik yang strategik dalam dasar luarnya.
• Tinjauan Pendapat: 76% Puas Hati Prestasi Duterte 2016-10-07
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dinilai sebagai "amat baik" dalam satu tinjauan pendapat bebas sempena tiga bulan beliau menyandang jawatan pemimpin nombor satu negara itu, berikutan kempen memerangi dadah anjuran beliau yang mengakibatkan lebih 3,000 orang suspek dibunuh serta pelbagai kenyataan kontroversi yang dilemparkan kepada dunia Barat.
• Phiblex, Latihan Ketenteraan "Terakhir" Filipina-AS 2016-09-30
Duterte memberi notis bagi memberitahu AS bahawa ini adalah latihan ketenteraan bersama yang terakhir berikutan keengganan Beijing untuk melihat berulangnya latihan seumpama itu. Walau bagaimanapun, beliau mendakwa, Manila akan mengekalkan hubungan ketenteraan dengan Washington kerana ia termaktub dalam Perjanjian Pertahanan Bersama AS-Filipina yang ditandatangani antara kedua-dua negara pada 1951, dan sementara itu, negaranya pun tidak akan ketinggalan dalam mewujudkan perdagangan baharu dan persepakatan komersial dengan China dan Russia.
• Persidangan Panglong Abad Ke-21 Dorong Proses Damai Myanmar 2016-08-31
Persidangan Panglong Abad Ke-21 yang dianggap sebagai pendekatan wajar untuk mewujudkan permuafakatan antara semua kaum di Myanmar dan mencapai kedamaian yang berkekalan di negara itu, membuka tirainya hari ini (31 Ogos). Persidangan tersebut bakal membuka lembaran baharu dalam sejarah proses damai Myanmar.
• Rai Ulang Tahun Ke-25 Hubungan Dialog China-ASEAN 2016-08-29
Satu forum bertemakan "Persahabatan China-ASEAN Kekal Abadi" yang dianjurkan oleh Bank Bangkok di Thailand baru-baru ini diadakan untuk menyerikan lagi sambutan ulang tahun ke-25 terjalinnya ikatan mesra sejati antara China dengan ASEAN. Para hadirin berharap agar kedua-dua pihak dapat terus memperkasakan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, kesalinghubungan, dan lain-lain pada masa akan datang.
• Pembangunan ASEAN Berpaksi Rakyat 2016-05-12
Sepanjang tempoh sedekad lalu, secara keseluruhannya, Asia Tenggara mengalami perkembangan yang rancak dengan sejumlah pencapaian yang baik yang dicatatkan dalam bidang sosioekonomi. Pencapaian yang menggalakkan meletakkan ASEAN sebagai entiti ekonomi ketiga terbesar di Asia selepas China dan Jepun.
• Masa Hadapan Filipina di Tangan Duterte 2016-05-11
Keputusan terkini Pilihan Raya Presiden Filipina menyaksikan calon kontroversi Rodrigo Duterte menerima sokongan tertinggi jutaan pengundi apabila jauh meninggalkan empat calon lain bagi merebut jawatan nombor satu itu. Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan Kongres, Datuk Bandar Davao itu mempunyai peluang cerah untuk menggantikan Presiden, Benigno Aquino III bagi memimpin Filipina.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China