Cari:
• Lembaran Baharu Komuniti ASEAN 2015-03-30
Presiden China, Xi Jinping dalam ucapannya pada perasmian Forum Asia Boao pada Mac 28 lalu menyifatkan Komuniti ASEAN yang siap dibentuk pada tahun 2015 sebagai salah satu peristiwa yang perlu diingati pada tahun ini. Ini memperlihatkan tekad China untuk menyokong pembangunan ASEAN dan pembentukan Komuniti ASEAN serta peranan dominan pertubuhan itu dalam kerjasama rantau Asia Timur.
• Negara ASEAN Terus Kurangkan NTB 2015-03-05
Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) menamatkan permukiman dua hari mereka di Kota Kinabalu, Malaysia baru-baru ini dengan kemajuan kukuh dicapai dalam melaksanakan Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), khususnya langkah utama yang diberikan keutamaan oleh negara anggota.
• Negara Asia Tenggara Naikkan Gaji Minimum Pekerja 2014-12-25
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan pelbagai negara Asia Tenggara masing-masing menaikkan gaji minimum pekerja negara sendiri. Statistik berkenaan menunjukkan bahawa kadar gaji bulanan minimum di Indonesia, Vietnam dan Kemboja pada tahun 2015 telah meningkat 20%-30% berbanding tahun 2014.
• Penubuhan ICCPVT Menjadi Contoh Kerjasama Antarabangsa 2014-12-05
Jawatankuasa Koordinasi Antarabangsa Kuil Preah Vihear (ICCPVT) ditubuhkan dan turut diadakan sidang pertamanya di Siem Reap, Kemboja kelmarin. Sidang itu mendesak pihak-pihak terbabit patut meningkatkan kerjasama antarabangsa, dan mendorong perlindungan warisan budaya dunia.
• Pembaharuan Indonesia Capai Hasil Peringkat Permulaan 2014-11-24
Media negara itu menganggap bahawa dalam tempoh sebulan selepas dibentuk, kerajaan Indoensia yang dipimpin Joko Widodo telah memenuhi tanggungjawab terhadap rakyat baik dalam pentadbiran domestik atau pun urusan diplomatik. Namun, pembaharuan baru mula dilaksanakan, kerajaan baharu Indonesia masih memerlukan usaha yang berterusan.
• Malaysia, Perancis Bergembleng Banteras IS 2014-11-06
Menteri Pertahanan Malaysia, Dato' Seri Hishammuddin Hussein selepas ditemui rakan sejawatnya dari Perancis, Jean-Yves Le Drian di Kuala Lumpur Selasa lalu menyatakan bahawa kedua-dua negara itu mencapai keputusan sebulat suara tentang isu berkongsi sumber risikan yang berkaitan dengan keganasan bagi mengekang kumpulan militan Negara Islam (IS).
• Strategi Ekonomi Baharu Indonesia Bakal Diumumkan 2014-10-14
Bakal Presiden Indonesia, Joko Widodo akan mengangkat sumpah pada 20 Oktober nanti. Pada hari itu, strategi ekonomi baharu juga akan diumumkan kerajaan, antaranya termasuk pelaburan jangka panjang sebanyak Rupiah 7,000 trilion.
• Singapura Berusaha Tangani Masalah Kurang Pekerja 2014-10-01
Berdepan dengan kadar kelahiran yang semakin menurun, di samping jumlah warga emas yang semakin meningkat di Singapura, Suruhanjaya Pentadbiran Buruh Singapura baru-baru ini mencadangkan supaya kerajaan bertindak memberi ganjaran kepada syarikat yang melanjutkan tempoh perkhidmatan pekerja hingga umur 67 tahun sebelum opsyen umur persaraan baharu mula dikuat kuasa.
• Kerajaan Peralihan Thailand Adakan Mesyuarat Kabinet Pertama 2014-09-10
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha semalam mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama kerajaan peralihan bagi membincangkan kerja dan fungsi kabinet. Ini bererti situasi politik negara itu berkembang ke arah "tiga langkah pembaharuan" yang dijangkakan pihak tentera.
• Singapura, Indonesia Meterai Perjanjian Sempadan Laut 2014-09-05
Singapura dan Indonesia kelmarin menandatangani perjanjian sempadan laut bagi bahagian timur Selat Singapura. Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Menteri Luar Singapura, Shanmugam dan rakan sejawatnya dari Indonesia, Marty Natalegawa. Majlis penandatangan berkenaan disaksikan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China