v Lawatan Wen Jiabao ke Vietnam Amat Berhasil 2010-10-31 Wen Jiabao mempunyai jadual yang padat dalam lawatan selama 48 jam itu, termasuk menghadiri lebih 20 aktiviti dengan memberi beberapa ucapan yang penting yang mengemukakan banyak cadangan serta mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin negara peserta siri sidang tersebut. Kerja keras beliau untuk menjelaskan dasar luar dan kaedah pembangunan China disanjung tinggi oleh pelbagai pihak.
| v China Berusaha Galakkan Kerjasama dengan ASEAN 2010-10-30 Pada Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-13 yang diadakan di Hanoi, Vietnam petang semalam, pemimpin dari China dan ASEAN telah mengeluarkan kenyataan bersama tentang pembangunan yang berterusan, serta Pelan Tindakan Lima Tahun ke-2 tentang Kerjasama China-ASEAN.
|
v ASEAN Mengorak Langkah Baru ke Arah Pembentukan Komuniti 2010-10-29 Sidang Kemuncak ASEAN ke-17 telah meluluskan beberapa buah dokumen, termasuklah Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN, sebelum ditutup di Pusat Konvensyen Kebangsaan di Hanoi, Vietnam lewat petang semalam. Dengan kejayaan tersebut, pertubuhan dengan sepuluh buah negara anggota itu dikatakan mengorak satu lagi langkah yang penting ke arah mewujudkan Komuniti ASEAN.
| v Wen Jiabao Bertolak ke Hanoi untuk Hadiri Sidang Kemuncak Asia Timur 2010-10-28 Duta Besar China ke ASEAN, Puan Tong Xiaoling ketika diwawancara menyatakan bahawa dalam siri mesyuarat tersebut, Wen Jiabao akan menghuraikan pendirian China dan mengemukakan cadangan untuk memperkukuh kerjasama China dengan ASEAN, kerjasama antara rantau serta usaha untuk mencapai pembangunan yang berterusan di Asia.
|
v Sidang Kemuncak ASEAN Ke-17 Fokuskan Aspek Pembangunan dan Kerjasama 2010-10-28 Sidang Kemuncak ASEAN ke-17 ini yang bertema "Ke Arah Pembentukan Komuniti ASEAN: dari Wawasan ke Tindakan", dikatakan akan memberikan fokus kepada usaha untuk mempercepat pembinaan Komuniti ASEAN serta menggalakkan kerjasama yang menyeluruh antara ASEAN dengan rakan-rakan dialognya.
| v Lawatan Wen Jiabao ke Vietnam akan Perkukuh Kerjasama China-ASEAN 2010-10-27 Perdana Menteri Wen Jiabao dijadualkan menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur yang akan diadakan di Hanoi, Vietnam esok. Ini dianggap sebagai satu usaha diplomatik yang penting yang dilaksanakan oleh pemimpin utama negara China memandangkan timbulnya situasi baru di rantau Asia Timur baru-baru ini.
|
v Beberapa Harapan China terhadap Siri Sidang Kemuncak Asia Timur di Hanoi 2010-10-22 Perdana Menteri China, Wen Jiabao akan menghadiri Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-13, Sidang Kemuncak ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea ke-13, Sidang Kemuncak Asia Timur ke-5 dan Sidang Kemuncak China, Jepun dan Republik Korea yang dijadualkan di Hanoi, Vietnam pada 28 hingga 30 Oktober ini.
|
|