Sidang Kemuncak APEC Berakhir Persidangan Tidak Rasmi Pemimpin-pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-22 berakhir di Beijing semalam. Dalam sidang akhbar selepas persidangan itu, Presiden China, Xi Jinping menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin anggota APEC telah mencapai persepakatan meluas untuk menggalakkan integrasi ekonomi serantau, mendorong inovasi, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi, serta meningkatkan pembinaan infrastruktur dan kesalinghubungan yang menyeluruh.
| Media Indonesia Menilai Positif Sidang Kemuncak APEC 2014 Persidangan Tidak Rasmi Pemimpin-pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2014 yang sedang diadakan di Beijing menarik tumpuan perhatian media pelbagai negara di dunia. Media Indonesia di samping memberikan perhatian kepada Presiden baharu negara itu, Joko Widodo yang tampil untuk kali pertama di arena antarabangsa, turut memberikan penilaian positif terhadap hasil persidangan dan prestasi yang tercapai oleh tuan rumah kali ini.
|