v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

• Wawancara dengan CEO Majlis Sukan Singapura, Encik Oon Jin Teik 2008-08-23
Kontinjen Singapura telah mencapai kemajuan yang menggalakkan dan mencipta sejarah tersendiri dalam Sukan Olimpik Beijing. Ramai atlet Singapura membuat pencapaian terbaik untuk diri sendiri dalam pelbagai pertandingan Sukan Olimpik.
• Singapura Pelajari Pengalaman Penganjuran Sukan Olimpik Beijing untuk Persiapan Sukan Olimpik Remaja 2010 2008-08-22
Sebagai tuan rumah pertama Sukan Olimpik Remaja, Singapura terpaksa memulakan kerja persiapan dengan cara serba baru. Sukan Olimpik Beijing telah memberikan peluang terbaik kepada mereka untuk mendapatkan pengalaman yang berharga.
• Atlet Vietnam Hoang Anh Tuan 2008-08-21
Sekarang ini, Sukan Olimpik Beijing telah memasuki fasa akhir dan semua acara pertandingan angkat berat telah selesai. Pasukan China memperoleh 8 buah pingat emas dan sebuah pingat perak
• Satu Hari Wartawan Singapura dalam Tempoh Sukan Olimpik Beijing 2008-08-20
9 Ogos ialah pertama hari pertandingan sukan selepas upacara perasmian temasya Sukan itu dilangsungkan pada malam sebelumnya. Pada pukul 8:30 pagi itu, kekita orang ramai masih tidur nyenyak kerana menyambut upacara perasmian
• Laos Sanjung Tinggi Penyelenggaraan Sukan Olimpik Beijing 2008-08-20
Naib Ketua kontinjen Laos, Phouvanh Vongsouthi menyatakan sanjungan yang tinggi terhadap kerja penyelenggaraan temasya Sukan Olimpik Beijing dan mengakui bahawa pengalaman ini perlu dipelajari oleh Laos.
• "Saya Sportsman."--Liputan Khas terhadap Ketua Kontinjen Singapura, Encik Tan Eng Liang 2008-08-16
Ketua Kontinjen Singapura yang menyertai Sukan Olimpik Beijing kali ini, Encik Tan Eng Liang bukan asing terhadap negeri China. Beliau pertama kali datang ke China pada tahun 1974 dan selepas itu melawat Beijing beberapa.
• Feng Tianwei Bantu Singapura Wujudkan Impian untuk Merebut Pingat Sukan Olimpik 2008-08-16
Feng Tianwei, gadis yang dilahirkan di provinsi Heilongjiang, timur laut China membantu skuad Singapura mengalahkan Republik Korea dalam pertandingan separuh akhir acara pingpong berpasukan wanita dengan 3:2 pada 15 Ogos lalu dan memasuki pertandingan akhir yang akan diadakan pada 17 Ogos.
• Wawancara dengan Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Ho Koh Chye 2008-08-16
"Prestasi yang dipamerkan oleh Chong Wei malam tadi adalah satu prestasi yang begitu cemerlang. Saya yakin Chong Wei akan bermati-matian untuk memenangi pingat emas pada hari Ahad ini," kata Datuk Ho ketika diwawancara menerusi telefon pagi tadi.
• Wawancara Khas dengan Menteri Sukan Myanmar, Thu Rat Aye Mint 2008-08-15
Thu Rat Aye Mint sebagai Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Myanmar menghadir upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing atas undangan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Beliau memuji upacara perasmian temasya sukan ini.
• Utusan Khas Vietnam Yakin Sukan Olimpik Beijing akan Mengagumkan Dunia 2008-08-15
Utusan Khas Vietnam ke China, Nguyen Vinh Quang semasa diwawancara oleh wartawan CRI baru-baru ini menyatakan bahawa sebagai negara yang berjiran dengan China, Vietnam memberikan perhatian besar terhadap Sukan Olimpik Beijing. Tambahan pula, Sukan Olimpik kali ini sebagai peluang baik bagi kontinjen sukan negara itu meraih pingat.
• Wawancara Khas dengan Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Indonesia, Puan Rita Subowo 2008-08-12
Acara pertandingan Sukan Olimpik Beijing memasuki hari ke-4 hari ini., dan terdapat 19 pingat emas ditawarkan untuk direbut oleh para atlet. Dalam empat kali Sukan Olimpik yang lalu kontinjen Indoensia berjaya merebut beberapa pingat emas.
• Singapura Mengidam untuk Memenangi Pingat dalam Sukan Olimpik Beijing 2008-08-06
Sekarang hanya tinggal tidak sampai sebulan menjelang perasmian Sukan Olimpik Beijing. Kontinjen negara Singapura juga sedang membuat persiapan terakhir untuk ke Beijing pada bulan Ogos ini.
• Rudy Hartono, Tokoh Badminton Indonesia yang Tersohor 2008-08-06
Rudy Hartono merupakan pemain badminton Indonesia yang tersohor. Beliau telah meraih pingat emas sebanyak 8 kali dalam Pertandingan Terbuka Badminton Yonex Britain, dan meraih Piala Thomas 4 kali bersama rakan-rakannya.
• Saya Harap Maju Terus 2008-08-05
Philailak Sakpaserth, atlet wanita pelari 100 meter dari Laos. Beliau mulai mengikuti latihan lumba lari ketika berumur 11 tahun, menjadi johan acara lari pecut di peringkat belia Laos ketika berumur 13 tahun, menggondol pingat emas dalam Sukan Kebangsaan Laos ketika berumur 15 tahun, mewakili tanah airnya menyertai perlumbaan dalam Sukan Olimpik ketika berumur 17 tahun.
• Amirul Hamizan, Atlet yang Tidak Mengaku Kalah 2008-08-05
Amirul Hamizan, atlet angkat berat kategori 56 kilogram ialah salah seorang atlet dalam kontinjen Malaysia. Beliau melayakkan diri untuk menyertai pertandingan Sukan Olimpik Beijing selepas memperoleh pingat perak dalam Kejohanan Angkat Berat Asia Ke-4 di Jepun pada bulan Mei lalu, sekali gus menduduki tempat ke-12 di dunia dalam acara tersebut.
• Sukarelawan Sukan Olimpik yang dari Myanmar 2008-08-04
Akhir-akhir ini, seorang gadis yang memakai skirt panjang dalam pertandingan berturur dalam bahasa Mandarin bagi warga asing anjuran CRI telah menarik perhatian ramai. Gadis ini bernama Hnin Hnin Aye dan berasal dari Myanmar.
• Atlet Pelbagai Negara Giat Membuat Persiapan Terakhir untuk Sukan Olimpik Beijing 2008-08-04
Kontinjen China mengambil sikap merendah diri dalam meletakkan sasaran pingat dan tangga pingat yang akan dipungut kelak. Meskipun demikian, China diramal akan merangkul pingat emas dalam acara terjun...
• Cerita tentang Khuong Thi Thanh Hoai, Sukarelawan Asing untuk Sukan Olimpik Beijing 2008-07-31
Khuong Thi Thanh Hoai merupakan pelajar Vietnam yang menuntut di Universiti Ekonomi dan Perdagangan Luar Beijing. Dia sudah menuntut di Beijing selama tiga tahun. Kini, dia menjadi seorang sukarelawan asing yang berkhidmat bagi sektor makan dan minum untuk Sukan Olimpik Beijing.
• Malaysia Giat Membuat Persediaan untuk Sukan Olimpik Beijing 2008-04-30
Untuk mengetahui keadaan persediaan kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik yang akan dirasmikan pada bulan Ogos nanti, sila ikuti temu ramah khas yang dibuat oleh wartawan CRI dengan ketua kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Beijing, Datuk Ho Koh Chye di Kuala Lumpur baru-baru ini.
• Tetamu dari ASEAN Memohon Diberi Restu kepada Sukan Olimpik Beijing 2008-04-24
Perwakilan ASEAN yang menyertai Forum Radio dan Televisyen China-ASEAN melawat beberapa gelanggang pertandingan Sukan Olimpik Beijing semalam. Mereka menyanjung tinggi persiapan Beijing untuk temasya sukan itu dan berharap semoga Sukan Olimpik berjaya diadakan.
• Kuala Lumpur Bersedia Menyambut Obor Sukan Olimpik Beijing 2008-04-17
Larian obor Sukan Olimpik Beijing akan diadakan di Kuala Lumpur pada 21 April 2008. Untuk mengetahui lebih awal bagaimanakah laluan dan butir acaranya larian obor Olimpik di Kuala Lumpur, wartawan CRI telah mengadakan wawancara khas Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Sieh Kok Chi.
 
SearchYYMMDD  
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
           
    |  Hubungi Kami  |