Sidang Pertama NPC ke-11 China Ditutup 2008-03-18 Sidang Tahunan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-11 China yang berlangsung selama 13 hari setengah telah ditutup di Beijing pagi tadi. Dalam majlis penutupan itu, Presiden China, Hu Jintao berjanji akan menunaikan tanggungjawab yang diberikan oleh Perlembagaan, bekerja bersungguh-sungguh dan berkhidmat untuk rakyat dan negara.
|
China akan Laksanakan Dasar Kewangan yang Ketat 2008-03-17 China akan melaksakanan dasar kewangan yang ketat pada tahun ini. Ini menandakan bahawa China telah mengubah dasar kewangan mantap yang dilaksanakan sejak berlakunya krisis kewangan Asia pada tahun 1997.
|
Jawatankuasa Agama dan Keamanan China Menjadi Platform bagi CPPCC untuk Adakan Pertukaran Lawatan dengan Negara Luar 2008-03-13 Antara beberapa ribu peserta NPC dan CPPCC, tokoh-tokoh daripada kalangan penganut agama Buhhda, agama Tao, agama Islam, agama Katolik dan agama Kristian amat menarik perhatian peserta lain. Jawatankuasa Agama dan Keamanan China (CCRP) yang terdiri daripada tokoh-tokoh kalangan lima agama tersebut telah menjadi platform penting bagi CPPCC untuk mengadakan pertukaran lawatan dengan negara luar.
|
Pembaharuan Pusingan Baru Terhadap Badan Dewan Negara China Dimulakan 2008-03-12 Dalam Sidang Kongres Rakyat Kebangsaan China ke-11 (NPC) pada 11 Mac, Dewan Negara China telah menyerahkan cadangan pembaharuan terhadap badan-badan Dewan Negara kepada NPC yang bersedia memulakan pembaharuan kali ke-6 terhadap badan kerajaan pusat. Sesetengah penganalisis berpendapat bahawa pembaharuan kali ini akan memastikan perubahan sistem pentadbiran China untuk mencapai matlamat "membentuk kerajaan yang berfungsi menyediakan perkhidmatan"
|
Antirasuah dan Pentadbiran Bersih Jadi Fokus Sidang NPC dan CPPCC 2008-03-11 Menurut hasil tinjauan yang diumumkan oleh laman web Agensi Berita Xinhua China terkini, di samping masalah "harga barangan" dan masalah "rumah" yang berkait rapat dengan kepentingan penduduk, isu "antirasuah dan pentadbiran yang bersih" sekali lagi menjadi satu daripada isu yang mendapat perhatian besar penduduk China dalam tempoh persidangan NPC dan CPPCC ini.
|
Pembaharuan China Menjadi Topik Penting di Dunia 2008-03-11 Anggota Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China (CPPCC) yang juga Naib Menteri Luar China, Wu Dawei, kelmarin berkata bahawa sejak dasar pembaharuan dan dasar pintu terbuka dilaksanakan 30 tahun yang lalu, pembangunan China yang begitu pesat telah menjadi lambang zaman kita
|
Wakil Rakyat NPC Kemukakan Cadangan Berkait Isu Peningkatan Peluang Bekerja 2008-03-10 Kerajaan pusat China telah mengeluarkan sasaran penyediaan peluang bekerja tahun ini yang lebih tinggi daripada tahun sebelumnya. Para wakil rakyat mengakui bahawa langkah itu mencerminkan pemikiran pentadbir kerajaan penggal ini yang menjadikan penyediaan peluang bekerja sebagai dasar penjaminan kehidupan rakyat. Mereka juga mengemukakan cadangan masing-masing berkait dengan perkara itu.
|
Politik Demokratik China Mencapai Kemajuan Besar 2008-03-09 Dalam Persidangan tahunan pertama Kongres Rakyat Kebangsaan Ke-11 China (NPC) baru yang diadakan di Beijing petang semalam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Wu Bangguo telah membentangkan laporan kerja di hadapan hampir 3000 orang wakil. Beliau telah mengimbas kembali kerja yang dilaksanakan oleh NPC dalam jangka masa 5 tahun lalu.
|
Pemimpin 8 Parti Bukan Parti Parti Komunis China Menceritakan Kerjasama Pelbagai Parti 2008-03-07 Pengerusi Jawatankuasa Resolusi Guomintang China, Zhou Tienong berkata: "Sistem Permesyuaratan Politik Rakyat merupakan sebahagian penting dalam kerjasama antara pelbagai parti China dan juga kaedah penting dalam membina demokrasi sosialis yang bercirikan China."
|
Pembinaan Politik Demokratik China Dipandang dari Segi Pemilihan Pekerja dari Desa sebagai Wakil NPC 2008-03-07 Hu Xiaoyan yang berusia 34 tahun merupakan seorang petani yang berasal dari provinsi Sichuan, barat daya China. Sepuluh tahun yang lalu, Hu Xiaoyan meninggalkan kampung halamannya untuk bekerja di provinsi Guangdong, salah satu kawasan yang paling maju di China.
|
China Tingkatkan Kawalan Makro dan Dorong Pembangunan Ekonomi dan Sosial 2008-03-06 Persidangan Tahunan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan China baru sedang diadakan di Beijing. Sidang itu akan memberikan penilaian terhadap kerja kerajaan pusat dalam tempoh 5 tahun lalu, dan menetapkan rancangan pembangunan China pada masa depan. Para wakil dan anggota dari badan-badan kerajaan China berkaitan telah mencapai persefahaman untuk meningkatkan kawalan makro, dan menyelaraskan serta mendorong pembangunan ekonomi dan sosial.
|
China Berkeyakinan Memastikan Perkembangan Ekonomi yang Pesat dan Stabil 2008-03-06 Pertumbuhan ekonomi China dijangka akan mencatat kadar kira-kira 8% pada tahun ini. Walaupun angka itu lebih rendah berbanding kadar yang dijangka oleh pakar dan institusi kewangan antarabangsa, iaitu 10%, namun ia tetap mencerminkan keyakinan China untuk memastikan perkembangan ekonomi negara yang pesat dan stabil.
|
Kerajaan China Pastikan Rakyat Dapat Menikmati Hasil Pembangunan 2008-03-05 Perdana Menteri China, Wen Jiabao hari ini telah menyampaikan laporan kerja kerajaan dalam Persidangan Tahunan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) yang baru. Laporan itu mengimbas kembali usaha kerjaan dalam tempoh 5 tahun lalu dan mengemukakan cadangan konkrit tentang kerja kerajaan China pada tahun ini.
|
Sidang CPPCC dan NPC Menarik Perhatian Pelbagai Lapisan Masyarakat 2008-03-05 Sidang Tahunan Ke-11 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan Jawatankuasa Kebangsaan Ke-11 Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China (CPPCC) sedang diadakan di Beijing. Kedua-dua sidang itu amat penting dan berkait rapat dengan kehidupan setiap rakyat China.
|
Persidangan Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China akan Dirasmikan 2008-03-04 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) yang sebagai badan kuasa tertinggi China akan mengadakan persidangan tahunannya di Beijing esok. Sekarang kerja persiapan bagi persidangan itu semuanya telah selesai dilaksanakan.
|
Bagaimana Anggota Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC Menyertai Perbincangan dan Pentadbiran Hal Ehwal Negara 2008-03-04 Ren Yuling yang berusia lebih 70 tahun telah bertugas sebagai anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China (CPPCC) selama 15 tahun. Beliau pernah mengemukakan beberapa cadangan mengenai masalah kehidupan rakyat dan telah diterima oleh kerajaan.
|
Persidangan Tahunan Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Ke-11 CPPCC Dirasmikan 2008-03-03 Anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China dipilih 5 tahun sekali. Persidangan hari ini merupakan sidang tahunan yang pertama bagi anggota CPPCC yang baru dipilih. Hu Jintao, Wu Bangguo, Wen Jiabao, Jia Qinglin dan beberapa orang pemimpin kerajaan China yang lain telah menghadiri upacara perasmian persidangan tersebut
|
Anggota Baru Mencatat lebih 50% dalam Sidang Tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China yang Akan Dirasmikan 2008-03-02 Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China merupakan badan penting yang bekerjasama antara berbilang parti dan mengadakan mesyuarat politik yang dipimpin oleh Parti Komunis China. Majlis permesyuaratan politik ini merupakan cara penting untuk mengembangkan idea demokrasi sosialis, dan memainkan peranan penting dalam kehidupan politik China
|
|