v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

  • Buku Dinasti Han
  •  2008-10-30

    Tidak seperti "Catatan Sejarah" yang disusun mengikut kronologi, "Buku Dinasti Han" merupakan buku sejarah pertama yang disusun terutamanya berdasarkan sejarah dinasti Han Barat yang bermula pada tahun 206 sebelum Masihi hingga tahun 23 Masihi.
  • "Catatan Sejarah"
  •  2008-10-22

    "Catatan Sejarah" merupakan buku sejarah pertama di China yang menceritakan sejarah China melalui catatan tentang tokoh-tokoh terkenal pada masa itu. Buku ini selesai disusun pada tahun 104 hingga tahun 91 sebelum Masihi. Kandungannya meliputi sejarah selama 3000 tahun, iaitu sejak zaman Xuanyuan Huangdi (Empayar Kuning) pada lebih 2500 tahun sebelum Masihi hinggalah ke zaman maharaja Wudi Dinasti Han pada tahun 91 sebelum Masihi.
  • Warisan Sastera Klasik China: Shui Jing Zhu
  •  2008-10-10

    "Shui Jing Zhu" merupakan sebuah buku geografi yang paling awal dan paling lengkap yang mencatat maklumat tentang sungai-sungai di China. Ia juga dikenali sebagai sebuah karya sastera klasik yang menceritakan tentang sumber alam semula jadi dan kehidupan manusia pada lebih 1500 tahun dahulu.
  • Festival Chong Yang
  •  2008-10-07

    Menurut tradisi China, Festival Chong Yang yang juga dikenali sebagai Hari Warga Emas disambut pada hari ke-9 bagi bulan ke-9 mengikut kalendar China. Menurut catatan sejarah, "Chong Yang" telah disambut oleh orang China sejak 2500 tahun dahulu. Pada zaman purba, orang China percaya bahawa pergaulan tanpa berhenti antara Yin dan Yang memberikan bentuk kepada segala makhluk.
  • "Lunyu" Karya Klasik China
  •  2008-07-18

    "Lunyu" diterbitkan kira-kira 2000 tahun lalu. Karya ini mengandungi kumpulan kata-kata Konfusius , pengasas falsafah dan ahli pendidikan yang terkenal pada zaman purba di China, dan kata-kata penuntutnya.
  • "Yi Jing" Karya Klasik Paling Kuno di China
  •  2008-07-10

    Di China sendiri pun, "Yi Jing" tetap menjadi misteri bagi kebanyakan orang. Ilmu tilik yang berdasarkan buku ini mempunyai pengaruh besar dalam kalangan rakyat China. Sebenarnya, buku ini merupakan hasil pemikiran orang China pada zaman kuno terhadap astronomi, geografi dan pelbagai fenomena alam.
  • "Zhong Yong" Teori Pendidikan yang Penting pada Zaman Purba China
  •  2008-07-01

    "Zhong Yong" ialah karya tentang teori pendidikan pada zaman purba China. Konfusianisme menjelaskan tentang Kesederhanaan dan mengemukakan isu pembangunan sifat kemanusiaan dalam karya tersebut. Ia menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak dilepaskan daripada pengaruh Zhong Yong
  • Bacaan Klasik China "Daxue"
  •  2008-06-27

    "Daxue"ialah bacaan klasik pada zaman purba China. Bahab bacaan itu ditetapkan sebagai buku pengajaran yang rasmi pada zaman dahulu dan memainkan peranan yang penting dalam pendidikan awam di China.
  • "Shijing" Karya "Puisi Klasik" Kumpulan Sajak Pertama di China
  •  2008-06-20

    "Shijing" iaitu Puisi Klasik yang merupakan salah sebuah daripada lima buah karya kumpulan sajak pertama yang paling terkenal dalam sejarah China, merangkumi 305 buah sajak. Sajak ini dihasilkan dalam tempoh lebih 500 tahun yang bermula pada abad ke-11 sebelum Masihi sehingga abad ke-7 sebelum Masih Karya ini amat terkenal di seluruh negara China.
  • 36 Taktik Peperangan: Cederakan Diri dengan Sengaja
  •  2008-06-06

    Biasanya, manusia tidak akan mencederakan diri sendiri. Namun, "Taktik Cederakan Diri dengan Sengaja" tidak mengikut kelaziman itu. Untuk suatu niat yang tersembunyi atau kepentingan strategik jangka panjang, seseorang akan memperdayakan dan memusnahkan musuh dengan cara menyeksa diri sendiri sehingga memperoleh kemenangan.
  • 36 Taktik Peperangan: Taktik Rantai
  •  2008-05-29

    Taktik rantai bermaksud, jika pihak lawan amat kuat, sedangkan kekuatan sendiri tidak seimbang dengan kekuatan pihak lawan, maka kita patut menggunakan taktik supaya pihak lawan menghabiskan tenaganya sehingga dapat dikalahkan.
  • 36 Taktik Peperangan: Berlagak Berani
  •  2008-05-14

    Di China terdapat pepatah yang berbunyi bahawa "Tiupu Daya Tidak Pernah Berakhir dalam Peperangan". Taktik "Berlagak Berani" bermaksud, jika kekuatan pertahanan sesebuah kota kurang, pihak yang mempertahankan kota itu bolehlah membiarkan keadaan itu, kecurigaan pihak musuh akan bertambah.
  • Asal Usul Hari Qing Ming
  •  2008-05-06

    Hari Qing Ming merupakan satu perayaan tradisional China yang berasal dari zaman Dinasti Zhou lagi, iaitu lebih 2500 tahun yang lalu. Terdapat sebuah legenda tentang hari Qing Ming itu. Kononnya, pada Zaman Dinasti Zhou Timur, gundik Raja Xian dari Negeri Jin berniat untuk menjadikan anaknya sendiri pengganti raja. Maka dia pun menganiaya putra mahkota, iaitu Shen Sheng.
  • 36 Taktik Peperangan: Wanita Cantik
  •  2008-05-06

    Taktik "Wanita Cantik" bermaksud menggunakan wanita cantik untuk menggoda dan melemahkan musuh.  Cara yang paling baik adalah dengan menggunakan wanita cantik untuk mengurangkan semangat dan melemahkan tenaga musuh dan dengan itu menjadikan diri sendiri semakin kuat.
  • 36 Taktik Peperangan: Pokok Berbunga
  •  2008-04-25

    Dalam 36 Taktik Peperangan pada zaman purba China, "Pokok Berbunga" bermaksud meletakkan bunga palsu pada pokok yang tidak berbunga untuk mengelirukan orang lain.
  • 36 Taktik Peperangan: Berpura-pura Bodoh
  •  2008-04-15

    Dalam 36 Taktik Peperangan, "Berpura-pura Bodoh" bermaksud walaupaun mempunyai kekuatan yang besar, namun, menyembunyikannya dengan berpura-pura mabuk, gila atau bodoh, supaya musuh menjadi sombong dan meremehkannya. Ini memberikan peluang untuk menghapuskan musuh itu.
  • Perayaan Tradisional China----- Qing Ming
  •  2008-04-11

    "Qing Ming" merupakan hari untuk memuja nenek moyang yang telah meninggal dunia. Berdasarkan catatan sejarah, adat resam yang mempunyai sejarah lebih kurang 2,500 tahun itu bukan sahaja diamalkan oleh etnik Han, tetapi juga oleh beberapa kaum minoriti yang lain.
  • 36 Taktik Peperangan ---Tunjuk kepada Pokok Mulberi, Tetapi Bermaksud Mengutuk Pokok Lokus
  •  2008-04-04

    "36 Taktik Peperangan" merupakan sebuah buku klasik yang mengandungi 36 taktik peperangan yang bukan sahaja digunakan pada zaman purba malah diwarisi hingga ke zaman ini di China. Pada masa ini, "36 Taktik Peperangan" telah disesuaikan untuk strategi dalam pelbagai bidang.
  • 36 Taktik Peperangan --- Kasau dan Tiang Digantikan secara Sulit
  •  2008-03-28

    Kasau dan tiang merupakan bahagian yang paling penting dalam struktur rumah. Manusia dan kekuasaan yang memegang peranana yang penting disifatkan sebagai kasau dan tiang.
  • 36 Taktik Peperangan --- Menarik Harimau untuk Meninggalkan Sarangnya
  •  2008-03-26

    Daripada judul taktik tersebut sudah dapat kita tangkap maksud yang hendak disampaikan iaitu: melakukan sesuatu dengan tujuan untuk menarik harimau meninggalkan sarangnya. Di China, harimau dipanggil sebagai "raja di dalam gunung".
  • 36 Taktik Peperangan --- Lemparkan Batu Bata untuk Mendapatkan Jed
  •  2008-03-19

    Melemparkan Batu Bata untuk Mendapatkan Jed merupakan satu peribahasa China. Peribahasa itu secara harfiah bermaksud, kita sendiri melemparkan seketul batu bata dan menyebabkan orang lain juga melemparkan seketul jed yang amat bernilai.
  • 36 Taktik Peperangan --- Berteman dengan Negara Jauh dan Menyerang Negara Tetangga
  •  2008-03-12

    Taktik "Berteman dengan Negara Jauh dan Menyerang Negara Tetangga" berasal daripada satu pertempuran yang terkenal dalam sejarah China. Pada abad ke-3 Sebelum Masihi, China berada dalam Tempoh Negeri-negeri Berperang.
  • Lukisan Tahun Baru dan Seni Guntingan Kertas
  •  2008-03-05

    Tahun Baru China merupakan perayaan tradisional yang disambut paling meriah oleh orang China. Lukisan tahun baru juga dikenali sebagai cetakan blok kayu untuk sambutan tahun baru di China. Pada zaman purba, lukisan itu dilekat pada pintu rumah orang sebagai hiasan sambutan tahun baru.
  • Tikus---Simbol Tahun Ini dalam Kebudayaan China
  •  2008-02-27

    Setiap tahun, orang Cina memberikan penghormatan kepada sejenis binatang yang menjadi simbol tahun yang berkenaan. Pada tahun 2008 ini, sang tikus mendapat penghormatan. Lebih tepat lagi, tahun ini adalah tahun tikus. Antara 12 jenis binatang tersebut, tikuslah binatang yang paling kecil saiznya.
  • Kalendar "24 Musim"---Hujan
  •  2008-02-20

    "Hujan" merupakan penggal kedua dalam kalendar "24 musim" selepas "Permulaan Musim Bunga". Hari pertama penggal itu iaitu hari "hujan" yang jatuh pada 18 hb, 19 hb atau 20 hb bulan Februari setiap tahun.
  • Perayaan Cap Goh Mei
  •  2008-02-13

    Cap Goh Mei merupakan malam pertama bulan purnama selepas Tahun Baru China. Pada malam hari Cap Goh Mei, tanglung berwarna-warni akan dinyalakan untuk menambah suasana meriah perayaan. Oleh itu, Cap Goh Mei juga dikenali sebagai "Pesta Tanglung".
  • Kalendar "24 Musim"---Permulaan Musim Bunga
  •  2008-02-06

    Hari "Permulaan Musim Bunga" menandakan ketibaan musim bunga di China dan biasanya jatuh pada 4 Februari setiap tahun. Tahun Baru China tidak semestinya jatuh pada hari "Permulaan Musim Bunga".
  • Tradisi Pemujaan Dewa Dapur---Permulaan Sambutan Perayaan Tahun Baru China
  •  2008-01-30

    10 haribulan Februari ini ialah hari yang ke-23 bagi bulan ke-12 mengikut kalendar China. Berdasarkan adat resam rakyat China, setiap keluarga pada hari ini akan mengadakan upacara untuk memuja dewa dapur dan juga dari hari inilah bermulanya sambutan perayaan Tahun Baru China.
  • Taktik Ke-22 daripada "36 Taktik Peperangan" --- Tutup Pintu untuk Menangkap Pencuri
  •  2008-01-23

    "Tutup Pintu untuk Menangkap Pencuri" ialah satu pepatah lama yang telah dipakai sejak turun-temurun. Dalam bidang ketenteraan, taktik "Tutup Pintu untuk Menangkap Pencuri" sama maksudnya dengan taktik "Mengepung dan Memusnahhabiskan" yang sering digunakan dalam peperangan.
  • Taktik Ke-21 daripada 36 Taktik Peperangan --- Lepaskan Kulit Serangga
  •  2008-01-16

    Maksud asal "Lepaskan Kulit Serangga" ialah, setelah serangga bersalin kulit, jasad serangga itu telah keluar daripada kulitnya, hanya tinggal kulit yang sudah kering masih bergantung di tempat asal.
  • Zheng Chenggong, Pahlawan Bangsa China
  •  2008-01-09

    Zheng Chenggong merupakan seorang pahlawan bangsa China. Pada abad ke-17, beliau memimpin armada China menyeberangi laut dan berjaya membebaskan Taiwan yang diduduki oleh kolonialis Belanda dan mengusir mereka.
  • Xu Guangqi, Ahli Sains Tersohor pada Zaman Silam China
  •  2008-01-02

    Xu Guangqi dilahirkan pada tahun 1562 di Shanghai, timur China. Sebagai, ahli sains terunggul China Xu Guangqi bersama-sama dengan mubaligh barat telah memperkenalkan sains yang maju dari Eropah kepada lapisan intelektual China.
  • Tang Xianzu, Dramatis Tersohor pada Zaman Silam China
  •  2007-12-26

    Pada akhir abad ke-16 sehingga awal abad ke-17 iaitu yang hampir sezaman dengan William Shakespeare, dramatis Britain yang termasyhur, muncullah pula seorang dramatis tersohor di China yang bernama Tang Xianzu.
  • Taktik Ke-18 daripada "36 Taktik Peperangan" --- Menangguk di Air Keruh
  •  2007-12-19

    "Menangguk di Air Keruh" merupakan satu peribahasa yang menceritakan tentang pengalaman kehidupan iaitu jika ingin menangkap ikan di kawasan air cetek, kita hendaklah mengeruhkan air.
  • Taktik Ke-19 daripada "36 Taktik Peperangan"--- Mengambil Keluar Kayu Api dari bawah Kuali
  •  2007-12-12

    "Mengambil Keluar Kayu Api dari bawah Kuali" bukan sahaja merupakan judul satu taktik ketenteraan, tetapi juga ialah satu peribahasa yang sering disebut oleh orang China.
  • Taktik Ke-18 daripada 36 Taktik Peperangan --- Menangkap Ketua Dahulu untuk Menawan Semua Pengikutnya
  •  2007-12-05

    Ayat "Menangkap Ketua Dahulu untuk Menawan Semua Pengikutnya" berasal daripada sebuah puisi yang ditulis oleh Du Fu, seorang penyair yang tersohor pada Dinasti Tang China pada abad ke-8 Masihi.
  • Li Zicheng, Pemimpin Tentera Pemberontak Petani Tersohor dalam Sejarah China
  •  2007-11-28

    Li Zicheng dilahirkan pada tahun 1606 dalam satu keluarga petani di Shaanxi, utara China. Li Zicheng mengikuti pengajian di sekolah semasa berusia 8 tahun.
  • Taktik Ke-17 daripada 36 Taktik Peperangan --- Lemparkan Batu Bata untuk Mendapatkan Jed
  •  2007-11-21

    Melemparkan Batu Bata untuk Mendapatkan Jed merupakan satu peribahasa China. Peribahasa itu secara harfiah bermaksud, kita sendiri melemparkan seketul batu bata dan menyebabkan orang lain juga melemparkan seketul jed yang amat bernilai.
  • Kalendar "24 Musim"--- Permulaan Musim Sejuk
  •  2007-11-14

    "Permulaan Musim Sejuk" merupakan penggal pertama bagi musim sejuk di China. Penggal itu bermula dari 7 hb atau 8 hb November dan berakhir hingga 22 hb atau 23 hb November setiap tahun.
  • Taktik Ke-15 daripada 36 Taktik Peperangan --- Untuk Menangkap Sesuatu, Lepaskannya Dahulu
  •  2007-11-07

    Untuk menangkap atau mengalahkan musuh, kita seharusnya melepaskan atau mengabaikan sasaran supaya mereka terpedaya dan percaya bahawa mereka telah bebas dan selamat dan tidak lagi berjaga-jaga atas serangan yang mungkin dihadapi
  • Kalendar "24 Musim"--- Embun Beku Turun
  •  2007-10-31

    Dalam kalendar "24 Musim" China, "Embun Beku Turun" merupakan penggal terakhir dalam musim luruh. Ketibaan hari "Embun Beku Turun" menandakan cuaca akan menjadi lebih sejuk sehingga air embun akan membeku.
  • Taktik Ke-15 daripada 36 Taktik Peperangan --- Menarik Harimau untuk Meninggalkan Sarangnya
  •  2007-10-24

    Daripada judul taktik tersebut sudah dapat kita tangkap maksud yang hendak disampaikan iaitu: melakukan sesuatu dengan tujuan untuk menarik harimau meninggalkan sarangnya. Di China, harimau dipanggil sebagai "raja di dalam gunung".
  • Taktik Ke-13 daripada 36 Taktik Peperangan --- Kejutkan Ular dengan Memukul Rumput di Sekitarnya
  •  2007-10-17

    Daripada judul taktik tersebut sudah dapat kita tangkap maksud yang hendak disampaikan iaitu: memukul rumput dengan kayu dan mengejutkan ular yang bersembunyi di situ.
  • Kalendar "24 Musim" --- Embun Sejuk
  •  2007-10-09

    Selepas hari "Embun Sejuk", musim hujan di China akan berakhir. Kebanyakan kawasan akan berada dalam keadaan cuaca yang cerah, panas pada waktu siang dan sejuk pada waktu malam.
  • Taktik Ke-12 daripada 36 Taktik Peperangan --- Mencuri Kambing Sepintas Lalu
  •  2007-10-01

    Daripada judul taktik tersebut sudah dapat kita tangkap maksud yang hendak disampaikan iaitu: secara tidak sengaja, bukan dirancang mendapat sesuatu keuntungan yang biasanya memerlukan kos yang tinggi untuk memperolehnya.
  • Kalendar "24 Musim"--- Ekuinoks Musim Luruh
  •  2007-09-26

    Hari "Ekuinoks Musim Luruh" biasanya jatuh pada 23 hb atau 24 hb September setiap tahun. "Ekuinoks Musim Luruh" bagi tahun ini telah jatuh pada 23 hb September lalu.
  • Taktik Ke-11 daripada 36 Taktik Peperangan --- Mengorbankan Perak untuk Mempertahankan Emas
  •  2007-09-19

    Taktik "Mengorbankan Perak untuk Mempertahankan Emas" yang juga dikenali sebagai "Mengorbankan Pokok Plum untuk Mempertahankan Pokok Pic" berasal daripada sebuah buku puisi bahasa China kuno.
  • Kalendar "24 Musim" --- Embun Putih
  •  2007-09-12

    "Embun Putih" biasanya jatuh pada 7 hb atau 8 hb September setiap tahun. Pada masa di sekitar hari "Embun Putih", walaupun suhu udara pada siang hari masih berada pada paras 30 darjah Selsius, akan tetapi suhu udara pada waktu malam akan turun di bawah paras 20 darjah Selsius.
  • Taktik Ke-10 daripada "36 Taktik Peperangan"--- Pisau Tersarung dalam Senyuman
  •  2007-09-05

    Daripada judul taktik tersebut sudah dapat kita tangkap maksud yang hendak disampaikan iaitu: Berpura-pura sentiasa bermuka manis, berbudi bahasa, merendah diri dan beramah mesra supaya pihak musuh tidak lagi berwaspada terhadap komplot yang sedang kita rancangkan.
  • Kalendar "24 Musim" --- Chu Shu
  •  2007-08-29

    "Chu Shu" biasanya jatuh pada 22 hb, 23 hb atau 24 hb bulan Ogos setiap tahun. Dalam kalendar "24 Musim", penggal yang sebelum "Chu Shu" ialah "Permulaan Musim Gugur". Dalam bahasa China, "Chu" bermaksud berhenti, manakala "Shu" bermaksud kepanasan.
  • Taktik Kesembilan daripada "36 Taktik Peperangan"--- Melihat Kebakaran dari Seberang Sungai
  •  2007-08-22

    Daripada judul taktik tersebut sudah dapat kita menangkap maksud yang hendak disampaikan iaitu melihat sahaja, tidak mengambil sebarang tindakan untuk membantu mereka yang berada dalam bahaya, kesukaran atau krisis seperti Melihat Kebakaran dari Seberang Sungai.
  • Taktik Kelapan daripada "36 Taktik Peperangan"--- Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia
  •  2007-08-15

    Taktik "Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia"bermaksud: Berpura-pura membuat sesuatu secara terbuka untuk menyembunyikan laluan yang akan digunakan semasa melancarkan serangan supaya pihak musuh terpedaya, kemudian menyerang musuh dari arah tepi atau belakang.
  • Kalendar "24 Musim" China---Permulaan Musim Gugur
  •  2007-08-08

    Hari "Permulaan Musim Gugur" biasanya jatuh pada 7 hb, 8 hb atau 9 hb bulan Ogos setiap tahun. "Permulaan Musim Gugur" bagi tahun ini akan jatuh pada 8 hb Ogos. Ketibaan hari itu juga menandakan peredaran musim.
  • Taktik Ketujuh daripada "36 Taktik Peperangan"--- Memulakan Sesuatu daripada Sifar
  •  2007-08-01

    "Memulakan Sesuatu daripada Sifar" pertama kali ditemui dalam buku "Dao De Jing", karya Lao Tze, seorang ahli falsafah yang terkenal pada zaman purba China. "Dao De Jing" merupakan sebuah karya klasik tentang pemikiran Taoisme.
  • Kalendar "24 Musim" --- Da Shu
  •  2007-07-25

    Pada puratanya, terdapat dua "musim" dalam masa sebulan dan masing-masing jatuh pada awal dan akhir sesuatu bulan. Yang jatuh pada akhir bulan Julai ialah "Da Shu". "Da Shu" bagi tahun ini telah jatuh pada 23 Julai lalu.
  • Kalendar "24 Musim"--- Xiao Shu
  •  2007-07-17

    "Xiao Shu" merupakan penggal ke-11 dalam kalendar "24 Musim" selepas "Solstis Musim Panas". Hari pertama penggal itu iaitu hari "Xiao Shu" yang jatuh pada 7 hb atau 8 hb bulan Julai setiap tahun. Hari "Xiao Shu" bagi tahun ini telah jatuh pada 7 hb Julai lalu.
  • Taktik Keenam daripada "36 Taktik Peperangan"--- Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat
  •  2007-07-10

    Daripada judul taktik tersebut, kita dapat merumuskan bahawa jika ingin menyerang musuh dari barat, jadi hendaklah berpura-pura menyerang musuh dari timur dahulu sebagai helah untuk...
  • Taktik Kelima daripada 36 Taktik Peperangan --- Merampas Rumah Terbakar
  •  2007-07-03

    Merampas Rumah Terbakar bermaksud merampas barang-barang dalam keadan kekacauan ketika rumah sedang terbakar, dan juga difaham sebagai mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan ketika seseorang berada dalam keadaan kesukaran dan kecemasan.
  • Kalendar "24 Musim" China---Solstis Musim Panas
  •  2007-06-26

    Pada hari "Solstis Musim Panas", matahari berada paling jauh ke utara dari khatulistiwa dan paling dekat dengan garisan lintang utara iaitu pada 23.5 darjah dan waktu siangnya menjadi paling panjang dalam sepanjang tahun itu.
  • Taktik Keempat daripada 36 Taktik Peperangan --- Mengambil Kesempatan Sewaktu Musuh dalam Kepenatan
  •  2007-06-19

    Taktik "Mengambil Kesempatan Sewaktu Musuh dalam Kepenatan" banyak diguna pakai dalam pertempuran dengan cara menjadikan musuh menggunakan tenaga secara sia-sia sambil mengumpulkan dan menghematkan tenaga sendiri.
  • Taktik Ketiga daripada 36 Taktik Peperangan --- Bunuh Orang dengan Pisau Pinjaman
  •  2007-06-12

    Taktik "Bunuh Orang dengan Pisau Pinjaman" bermaksud membunuh orang melalui orang lain tanpa disedari dan juga boleh difahami sebagai menghapuskan lawan sendiri dengan menggunakan kekuatan pihak ketiga.
  • Kalendar "24 Musim"--- Mang Zhong
  •  2007-06-05

    Hari "Mang Zhong" merupakan penggal ke-9 dalam Kalendar "24 Musim". Hari pertama penggal itu iaitu hari "Mang Zhong" yang jatuh pada 5 hb, 6 hb atau 7 hb bulan Jun setiap tahun. Hari "Mang Zhong" bagi tahun ini akan jatuh pada 6 Jun.
  • Li Zicheng, Pemimpin Tentera Pemberontak Petani Tersohor
    dalam Sejarah China
  •  2007-05-29

    Pada pertengahan abad ke-17, tentera pemberontak petani yang dipimpin oleh Li Zicheng menjadi semakin kuat. Li Zicheng memimpin tenteranya telah menawan bandar Beijing, ibu negara Dinasti Ming dan menggulingkan pemerintahan Dinasti Ming.
  • Taktik Kedua daripada 36 Taktik Peperangan --- Selamatkan Negeri Zhao dengan Mengepung Negeri Wei
  •  2007-05-22

    Taktik "Menyelamatkan Negeri Zhao dengan Mengepung Negeri Wei" terhasil daripada pertempuran "Guiling" yang berlaku pada abad ke-4 Sebelum Masihi. Pada zaman itu, China sedang berada dalam keadaan terpisah-pisah dan diduduki oleh pelbagai negeri kecil yang sering berperang antara satu sama lain
  • Kalendar "24 Musim" China---Permulaan Musim Panas
  •  2007-05-15

    Permulaan Musim Panas" bagi tahun ini telah jatuh pada 6 hb Mei lalu. Rakyat China mempunyai tradisi iaitu meramalkan hasil tuaian yang akan diperoleh pada sesuatu tahun dengan melihat cuaca pada hari "Permulaan Musim Panas".
  • Li Zhi, Ahli Ideologi dan Teori Seni Tersohor dalam Sejarah China
  •  2007-05-14

    Dalam sejarah feudal China selama lebih 2000 tahun, terdapat banyak pujangga ternama yang menentang ideologi ortodoks itu dan memperkenalkan fikiran demokratik atau fikiran yang mengandungi unsur demokratik. Li Zhi merupakan salah seorang pujangga yang paling terkenal antaranya
  • Kalendar "24 Musim"--- Hujan Biji-bijian
  •  2007-05-08

    Dalam kalendar "24 Musim", selepas "Qing Ming" yang jatuh pada 10 hari pertama bulan April, datanglah pula hari "hujan biji-bijian' yang jatuh pada 10 hari terakhir bulan April. "Hujan biji-bijian" bagi tahun ini telah jatuh pada 20 April lalu.
  • Kalendar "24 Musim"---Qing Ming
  •  2007-05-02

    "Qing Ming" biasanya jatuh pada 4 hb, 5 hb atau 6 hb bulan April setiap tahun. "Qing Ming" bagi tahun ini telah jatuh pada 5 April lalu. Selepas berlalunya hari "Qing Ming", jumlah penurunan hujan akan meningkat
  • Kalendar "24 Musim"--- Serangga Terjaga
  •  2007-04-24

    "Serangga Terjaga" merupakan penggal ketiga dalam kalendar "24 Musim" selepas "hujan". Hari pertama penggal itu iaitu hari "Serangga Terjaga" yang jatuh pada 5 hb, 6 hb atau 7 hb bulan Mac setiap tahun.
  • Kalendar "24 musim"---Hujan
  •  2007-04-17

    "Hujan" merupakan penggal kedua dalam kalendar "24 musim" selepas "Permulaan Musim Bunga". Hari pertama penggal itu iaitu hari "hujan" yang jatuh pada 18 hb, 19 hb atau 20 hb bulan Februari setiap tahun.
  • Kalendar "24 Musim"---Permulaan Musim Bunga
  •  2007-04-10

    Kalendar "24 Musim" merupakan satu sistem kalendar yang diciptakan oleh rakyat China pada zaman purba berdasarkan perubahan iklim, sukatan hujan dan pelbagai fenomena alam yang lain.
  • Taktik Pertama daripada 36 Taktik Peperangan --- "Menyeberangi Laut melalui Penyamaran"
  •  2007-04-03

    Menyeberangi Laut melalui Penyamaran bermaksud berjaya menyeberangi laut tanpa disedari. Pada zaman purba, orang China percaya bahawa segala-gala yang berlaku di bumi telah dipantau oleh dewa-dewi di langit. Di China, terdapat satu peribahasa berbunyi "ada mata di langit".
  • 36 Taktik Peperangan pada Zaman Purba China
  •  2007-03-26

    "36 Taktik Peperangan" merupakan sebuah buku yang di dalamnya terkandung 36 taktik peperangan yang diguna pakai pada zaman purba di China dan diwarisi sehingga hari ini. Kini, "36 Taktik Peperangan" telah disesuaikan untuk strategi dalam pelbagai bidang, antaranya termasuklah politik, diplomasi, ilmu-ilmu pengurusan, perdagangan.
  • Yan Fu, Ahli Fikir dan Ahli Penterjemah yang Tersohor di China
  •  2007-03-20

    Encik Yan Fu hidup pada penghujung abad ke-19 hingga awal abad ke-20, iaitu pada penghujung zaman sistem feudal di China. Untuk meneroka pasaran dan merebut tanah jajahan, negara-negara kolonialis dari Barat telah kerap kali melancarkan perang terhadap China.
  • Dr. Sun Yat-sen
  •  2007-03-13

    Pada setengah abad kedua abad ke-19, sistem feudalisme yang diamalkan selama lebih 2000 tahun sedang menuju ke akhir zamannya. China yang semakin merosot ketika itu telah menjadi "daging" yang direbut oleh negara-negara Barat. Dr. Sun Yat-sen telah dilahirkan pada zaman itu.
  • Perayaan Cap Goh Mei
  •  2007-03-06

    Cap Goh Mei merupakan malam pertama bulan purnama selepas Tahun Baru China. Pada malam hari Cap Goh Mei, tanglung berwarna-warni akan dinyalakan untuk menambah suasana meriah perayaan. Oleh itu, Cap Goh Mei juga dikenali sebagai "Pesta Tanglung".
  • Jiao Zi---Makanan yang Mesti Disediakan Semasa Menyambut Tahun Baru China
  •  2007-02-27

    Di kebanyakan kawasan di China, "Jiaozi" merupakan makanan yang mesti disediakan semasa menyambut Tahun Baru China. "Jiaozi" ialah sejenis makanan berinti yang berbentuk bulan sabit yang dibuat daripada tepung gandum.
  • Tradisi Pemujaan Dewa Dapur---Permulaan Sambutan Perayaan Tahun Baru China
  •  2007-02-13

    10 haribulan Februari ini ialah hari yang ke-23 bagi bulan ke-12 mengikut kalendar China. Berdasarkan adat resam rakyat China, setiap keluarga pada hari ini akan mengadakan upacara untuk memuja dewa dapur dan juga dari hari inilah bermulanya sambutan perayaan Tahun Baru China.
  • Seni Guntingan Kertas
  •  2007-02-06

    Guntingan kertas merupakan salah satu seni tradisional yang paling popular di China. Sebelum ketibaan perayaan Tahun Baru China, guntingan kertas merupakan sejenis kraf tangan yang sangat popular untuk kegunaan dalam penghiasan rumah.
  • Li Hongzhang, ahli politik yang tersohor pada zaman Dinasti Qing China
  •  2007-01-30

    Li Hongzhang dilahirkan di Provinsi Anhui di timur China pada tahun 1823 Masihi. Beliau berjaya memasuki Akademi Kesarjanaan Diraja semasa berusia 24 tahun dan menerima pengajaran daripada ramai sarjana yang terkemuka pada masa itu.
  • Hulubalang Qi Jiguang, Pahlawan Bangsa China pada Abad Ke-16
  •  2007-01-24

    Hulubalang Qi Jiguang merupakan seorang pahlawan bangsa China. Cerita tentang beliau yang mengarahkan tenteranya sehingga berjaya mengalahkan penceroboh Jepun yang menceroboh kawasan perairan dan wilayah China telah tersebar secara meluas dalam lapisan masyarakat China.
  • Feng Menglong, Novelis Tersohor yang Menggunakan Pendekatan Popular pada Zaman Silam China
  •  2007-01-17

    Pada zaman purba di China, gaya bahasa dalam bentuk tulisan adalah jauh berbeza dengan bahasa lisan. Para pujangga menulis dalam bahasa tulisan.
  • Wu Chengen, Novelis Tersohor pada Zaman Dinasti Ming China
  •  2007-01-10

    Novel "Catatan Perjalanan ke Barat" merupakan sebuah novel klasik yang termasyhur di China. Cerita dongengan yang diceritakan dalam novel itu diperkenalkan secara meluas dan digemari oleh ramai orang China. Novel itu telah melahirkan pengaruh yang besar bukan sahaja di China bahkan di seluruh dunia.
  • Zhang Juzheng, Ahli Politik dan Reformis Tersohor pada Zaman Purba China
  •  2007-01-03

    Zhang Juzheng merupakan seorang ahli politik dan reformis yang terkenal pada abad ke-16 iaitu zaman Dinasti Ming China. Pada masa itu, kerajaan Dinasti Ming yang pada dasarnya nampak stabil sedang menghadapi pelbagai krisis politik dan sosial.
  • Li Shizhen, Doktor Tradisional yang Tersohor pada Zaman Silam China
  •  2006-12-27

    Terdapat ramai doktor tradisional yang terkenal dalam sejarah perubatan tradisional China selama beberapa ribu tahun yang lalu. Li Shizhen bukan saja merupakan doktor tradisional China yang tersohor, tetapi juga seorang ahli sains terkenal yang diiktiraf di arena antarabangsa.
  • Luo Guanzhong, Penulis Tersohor pada Zaman Dinasti Ming China dan Roman Kerajaan Tiga Negeri, Novel Terkenal yang Digubah oleh Beliau
  •  2006-12-20

    Roman Kerajaan Tiga Negeri merupakan sebuah novel klasik yang terkenal di China. Ramai penduduk China menggemari novel itu. Penggambaran tentang peperangan yang besar-besaran, ramai watak yang mempunyai keistimewaannya tersendiri.
  • Laksamana Cheng Ho, Pelayar Tersohor pada Zaman Silam China
  •  2006-12-13

    Pada musim luruh 600 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1405 Masihi, sebuah armada yang paling besar skopnya di dunia pada masa itu bertolak dari pelabuhan Sungai Yangtze di luar Bandar Nanjing, ibu negara kerajaan Dinasti Ming bagi belayar ke seberang laut.
  • Zhu Yuanzhang, Maharaja yang Berasal daripada Rakyat Jelata pada Zaman Silam China
  •  2006-12-06

    Pada zaman feudal di China, maharaja biasanya dilantik daripada kalangan putera raja. Manakala Zhu Yuanzhang merupakan seorang maharaja yang berasal daripada rakyat jelata yang miskin. Keadaan ini jarang terdapat dalam sejarah China.
  • Guo Shoujing, Ahli Sains Tersohor dalam Sejarah China
  •  2006-11-29

    China merupakan sebuah negara yang mengutamakan pertanian semenjak purbakala. Disebabkan pertanian berkait rapat dengan cuaca, maka ilmu falak telah mencapai perkembangan yang besar pada zaman purba di China.
  • Guan Hanqing, Dramatis Tersohor dalam Sejarah China
  •  2006-11-22

    Guan Hanqing merupakan dramatis yang ulung dalam sejarah China. Opera trajedi "Dou E yang Difitnah" yang digubah oleh beliau telah dipersembahkan selama 700 tahun sehingga sekarang.
  • Zhu Xi, Sarjana Tersohor dalam Sejarah China
  •  2006-11-15

    Zhu Xi dianggap sebagai ahli falsafah dan ahli pendidikan yang paling ulung selepas Konfusius dalam sejarah China. Beliau dilahirkan pada tahun 1130 Masihi dalam satu keluarga intelektual. Walaupun keluarganya tidak begitu berada, tetapi semasa kanak-kanak beliau telah diberi ajaran tentang Falsafah Konfusius oleh bapanya.
  • Genghis Khan, Tokoh Tersohor dalam Sejarah China
  •  2006-11-08

    Genghis Khan, raja empayar Mongolia yang wilayahnya meluas dari Asia hingga ke Eropah pada abad ke-13, merupakan tokoh terkenal dalam sejarah China. Berdasarkan kegagahan dan kehebatann beliau telah mendorong perkembangan Etnik Mongol dan membuat jasa cemerlang dalam sejarah China.
  • Huang Daopo, Pembaharu Teknik Penenunan Tersohor dalam Sejarah China
  •  2006-11-01

    Huang Daopo merupakan seorang pembaharu teknik penenunan kain kapas yang ulung pada zaman abad ke-13 di China. Beliau telah membuat sumbangan besar bagi perkembangan penenunan kain kapas China. 
  • Wen Tianxiang, Pahlawan Patriotik yang Tersohor dalam Sejarah China
  •  2006-10-25

    Wen Tianxiang dilahirkan pada tahun 1236 Masihi iaitu semasa zaman Dinasti Song. Bapanya merupakan seorang sarjana yang mempunyai kepandaian tinggi dalam bidang-bidang astronomi, geografi, kedoktoran, kesusasteraan dan lain-lain.
  • Lu You, Penyair Patriotik Tersohor pada Zaman Silam China
  •  2006-10-18

    Lu You merupakan seorang penyair dan sasterawan tersohor pada zaman Dinasti Song Selatan. Beliau bukan saja mencapai pencapaian cemerlang dalam bidang penggubahan puisi dan prosa, tetapi juga dihormati oleh rakyat China disebabkan beliau mempunyai cita-cita yang luhur dan patriotik.
  • Shen Kuo, Ahli Sains Tersohor pada Zaman Dinasti Song China
  •  2006-10-11

    Sains dan teknologi telah mencapai perkembangan pesat pada zaman kerajaan Dinasti Song China pada abad ke-10 hingga abad ke-13 Masihi. Shen Kuo, ahli sains tersohor zaman Dinasti Song China telah memperoleh pencapaian cemerlang dalam penyelidikan sains dan teknologi.
  • Li Qingzhao, Sasterawan Wanita Terkenal dalam Sejarah China
  •  2006-10-04

    China pada zaman purba merupakan masyarakat yang hanya mengutamakan hak kaum lelaki, manakala kedudukan kaum wanita sangat rendah. Dalam bidang kesusasteraan, hampir kesemua pencapaian dimonopoli oleh kaum lelaki.
  • Bao Zheng, Pegawai yang Tersohor pada Zaman Silam China
  •  2006-09-27

    Bao Zheng merupakan seorang pegawai yang adil dan amanah. Beliau sentiasa menjalankan pentadbiran berdasarkan undang-undang, menjatuhkan hukuman terhadap mereka yang bersalah dengan tidak menghiraukan kritikan dan fitnah.

  • Puteri Wencheng Dan Songtsam Gambo
  •  2006-09-20

    Dinasti Tang dari abad ke-7 hingga abad ke-10 merupakan salah satu dinasti yang melahirkan pengaruh paling besar dalam sejarah China. Kerajaan Dinasti Tang bukan sahaja makmur tetapi juga kuat dan telah memainkan peranan penting di seluruh kawasan Asia Timur.
  • Li Longji, Maharaja Xuan Zong Dinasti Tang China
  •  2006-09-13

    Li Longji, Maharaja Xuan Zong pada zaman Dinasti Tang China merupakan seorang maharaja yang tersohor dalam sejarah China. Baginda telah membuat jasa yang cemerlang dalam sejarah China dan juga telah mengakibatkan kemorosotan drastik Dinasti Tang. Kisah kecintaan terhadap Baginda telah diceritakan turun-temurun dalam opera dan karya kesusasteraan di China.
     
    SearchYYMMDD  
    Radio Antarabangsa China
    >>Ramalan Cuaca
    >>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
           
    |  Hubungi Kami  |