Cari:
• Tiada Benda Milik MH370 Ditemui 2014-03-11
Menyentuh tentang laporan media bahawa pihak Vietnam menemui benda yang disyaki jendela dan pintu pesawat, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menghubungi Vietnam berhubung perkara ini, yang menafikan penemuan berkenaan.
• Polis Maritim China Temui Tompokan Minyak 2014-03-10
Empat kapal perang dan empat pesawat tentera laut China kini dikerahkan untuk misi mencari pesawat MH370 yang hilang. Pada tengah hari tadi, kapal polis maritim China dilaporkan menemui dua tompokan minyak di perairan lokasi pesawat MH370 dilaporkan terputus hubungan. Sampel tompokan minyak itu telah diambil untuk ujian selanjutnya.
• Sultan Brunei Ucap Simpati Kehilangan Pesawat MH370 2014-03-10
Sultan Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah hari ini mengutus kawat kepada Presiden China, Xi Jinping untuk menyampaikan rasa simpati atas insiden kehilangan pesawat MH370.
• Kapal Perang China Mula Misi Mencari dan Menyelamat 2014-03-10
Pada pukul 3.50 pagi ini, kapal perang tentera laut China Mianyang yang bertolak dari perairan Nansha malam kelmarin sudah sampai di perairan pesawat MH370 dilaporkan putus hubungan, hampir tiga jam lebih awal daripada jadual
• Malaysia: Tiada Jejak Pesawat MH370 Ditemui 2014-03-10
Tiada objek atau isyarat daripada pesawat MH370 ditemui setakat ini. Maklumat itu diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang akhbar yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12 tengah hari tadi.
• Insiden Pesawat MH370 Perlihat Kerjasama Pelbagai Negara 2014-03-10
Operasi SAR itu disertai oleh pelbagai negara. Kumpulan petugas kerajaan China yang terdiri daripada pegawai Kementerian Luar, Kementerian Keselamatan Awam, Kementerian Pengangkutan serta Jabatan Pentadbiran Penerbangan Awam berlepas dari Beijing ke Malaysia.
• Lingkungan Pencarian Pesawat MH370 Diperluas 2014-03-10
Objek tidak dikenali yang dijumpai berhampiran perairan selatan Vietnam bukan serpihan pesawat MH370 yang hilang. Tompokan minyak yang dikesan di laut juga masih belum disahkan daripada pesawat itu
• Kehilangan Pesawat MH370: Wang Yi Hubungi Menteri Luar Malaysia, Vietnam 2014-03-10
Menteri Luar China, Wang Yi semalam menghubungi rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman dan Naib Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh menerusi telefon berkaitan insiden kehilangan pesawat MH370
• MAS: Tiada Perkembangan Baharu Pesawat MH370 2014-03-10
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), dalam taklimat tentang MH370 kepada anggota keluarga penumpang dalam pesawat yang hilang itu pada pukul 9 pagi tadi memaklumkan tiada perkembangan baharu mengenai peristiwa kehilangan pesawat berkenaan.
• Kehilangan Pesawat MH370: Kumpulan Petugas China Berlepas ke Malaysia 2014-03-10
Kumpulan petugas kerajaan China yang mengendalikan isu kehilangan pesawat MH370 akan berlepas ke Malaysia hari ini. Naib Ketua Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Konsul Kementerian Luar China yang mengetuai kumpulan petugas itu berkata, usaha mencari dan menyelamat merupakan perkara yang paling utama buat masa ini.
• MAS: Tiada Bukti Tunjuk Kehilangan MH370 Serangan Ganas 2014-03-09
Malaysia Airlines (MAS), telah mengadakan sidang akhbar di Beijing hari ini. Jurucakapnya, Wang Mingcai berkata, setakat ini tiada bukti yang menunjukkan kehilangan pesawat MH370 berkaitan dengan serangan ganas.
• Kapten Kapal "Taishunhai": Cuaca dan Udara Baik bagi Operasi Mencari dan Menyelamat 2014-03-09
Kapten kapal "Taishunhai" yang menyertai operasi mencari dan menyelamat di perairan yang disyaki lokasi pesawat MH370 hilang, Meng Zhaodong memberi taklimat tentang kerja mencari dan menyelamat terkini petang tadi.
• Kapal COSCO Tiba di Perairan Disyaki Lokasi Kejadian 2014-03-09

Kementerian Komunikasi dan Pengangkutan China mengadakan sidang kerja kecemasan ketiga untuk mengatur kerja seterusnya berhubung pesawat MH370 yang hilang.
• Malaysia Sahkan Temui Kesan Minyak 2014-03-09
Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kesan minyak dijumpai di perairan Vietnam namun tidak nememui sebarang serpihan pesawat.
• China Prihatin Penggunaan Pasport Palsu 2014-03-09
Kedutaan China akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia untuk menyiasatan penggunaan pasport palsu oleh penumpang MH370 yang masih hilang. Demikian dinyatakan oleh Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang dalam sidang media keduataan besar China hari ini.
• Pesawat MH370 Masih Tidak Dikesan 2014-03-09
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Azharudin Abdul Rahman dalam sidang akhbar yang diadakan di Kuala Kumpur pagi tadi menyatakan, operasi mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat MH370 masih gagal menemui sebarang petunjuk baharu sehingga pukul 9 pagi tadi.
• Empat Individu dalam Pesawat MH370 Disiasat 2014-03-09
Kerajaan Malaysia dengan kerjasama agensi perisikan antarabangsa kini sedang menyiasat latar empat nama yang dikatakan menggunakan passport yang dicuri semasa menaiki pesawat MH370.
• Operasi Mencari dan Menyelamat Diteruskan 2014-03-09
Operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing kini masuk hari kedua. Operasi diteruskan sepanjang malam semalam.
• Rombongan Pelukis China dalam Pesawat Hilang 2014-03-09
Antara 154 penumpang China yang menaiki pesawat MH370 yang hilang, terdapat 30 orang merupakan ahli rombongan tersebut dan ahli keluarga mereka. Ahli rombongan itu dari Beijing, Shanghai, Shandong, Jiangsu, Sichuan dan Xinjiang.
• Masih Tiada Petunjuk Baharu Pesawat MH370 2014-03-09
Pasukan Malaysia Airlines (MAS) yang terdiri daripada 93 kakitangan telah tiba di Beijing dan mengadakan sidang akhbar awal pagi tadi.
• Kementerian Komunikasi dan Pengangkutan China Hantar Kumpulan Khas Sertai Operasi Mencari dan Menyelemat 2014-03-09
Kementerian Komunikasi dan Pengangkutan China menghantar kumpulan khas yang terdiri daripada juruselam dan pencari profesional untuk menyertai kerja mencari dan menyelamat di perairan yang disyaki tempat kejadian pesawat MAS yang hilang semalam.
• China Sedaya Upaya Cari Pesawat MH370 yang Hilang 2014-03-09
Kerajaan China telah menggunakan pelbagai kaedah termasuk pernerbangan awam, saluran dilpomatik, operasi mencari dan menyelamat di laut dan polis laut untuk mencari dan menyelamat penerbangan MH370. Tentera laut China juga telah menghantar kapal untuk menyertai operasi tersebut hari ini.
• Isyarat MH370 Dikesan di Perairan Vietnam 2014-03-09
Menurut berita terkini, media Vietnam hari ini melaporkan bahawa ahli pencari dan penyelamat negara itu telah mengesan isyarat pesawat MH370 yang hilang hubungan di tempat berjarak 120 batu nautika, barat daya provinsi Ca Mau, Vietnam.
• Presiden Xi: Gerakkan Pelan Kecemasan terhadap Pesawat MAS yang Hiliang 2014-03-08
Presiden China, Xi Jinping mengarahkan Kementerian Luar dan Kedutaan Besar China berhubung dengan jabatan-jabatan terlibat di negara-negara berkenaan untuk mengetahui perkembangan terkini berhubung kerja menyelamat.
• PM Li Keqiang Hubungi Najib 2014-03-08
Perdana Menteri China, Li Keqiang berhubung dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak petang tadi, menggesa pihak Malaysia menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan segera.
• Malaysia Perluaskan Kawasan Mencari Pesawat MH370 2014-03-08
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang akhbar khas pada pukul 7.05 malam tadi berkata, kerajaan Malaysia juga telah mendapat kerjasama Vietnam, China, Singapura dan Amerika Syarikat untuk membantu usaha mencari dan menyelamat.
• Jabatan Penerbangan Awam China Gesa Malaysia Kenalpasti Keadaan Pesawat Hilang 2014-03-08
Jabatan Penerbangan Awam China menggesa Jabatan Penerbangan Malaysia supaya mengenalpasti keadaan pesawat MH370 dengan secepat mungkin dan memaklumkan keadaan itu kepada China. Jabatan itu juga menuntut Malaysia Airlines memberikan bantuan yang positif kepada keluarga penumpang dalam pesawat berkenaan.
• China, Malaysia, Vietnam dan Singapura Jalankan Tugas Mencari dan Menyelamat 2014-03-08
Selepas pesawat MH370 terputus hubungan pagi tadi, Kementerian Komunikasi dan Pengangkutan China telah menghantar dua kapal penyelemat ke kawasan perairan yang disyaki lokasi pesawat tersebut terhempas.
• Kedutaan Besar China Tumpukan Perkembangan Terkini Berhubung Pesawat MH370 2014-03-08
Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang telah berkejar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi setelah mendapat berita pesawat MH370 yang membawa penumpang China hilang hubungan sejak awal pagi tadi.
• Nasib Pesawat MH370 yang Hilang Masih Belum Diketahui 2014-03-08
Sehingga kini, nasib 239 penumpang termasuk dua bayi dan 12 petugas dalam penerbangan Malaysia Airlines MH 370 Boeing 777 dari Kuala Lumpur – Beijing masih belum diketahui.
1 2 3 4 5 6
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China