Tragedi MH370: Hubungan Malaysia-China Tidak Terjejas 2014-03-31 Lebih 10 buah pertubuhan orang Cina Malaysia termasuk Persatuan Persahabatan Malaysia-China bersama-sama mengeluarkan pengumuman semalam, menyampaikan rasa simpati kepada keluarga penumpang pesawat MH370. Mereka juga yakin hubungan Malaysia-China tidak akan terjejas oleh insiden kehilangan pesawat itu. |
AMSA: Masih Belum Ada Penemuan Pasti 2014-03-31 |
Pesawat China Temui Objek Terapung 2014-03-30 Pesawat tentera udara China, Il-76 semalam menemui tiga buah objek berwarna putih, merah dan oren di kawasan pencarian baharu, kira-kira 2,141 kilometer dari Perth, Australia. |
MAS: Membantu Keluarga Mangsa Menjadi Keutamaan 2014-03-28 Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dalam kenyataannya hari ini berkata, tugas utama syarikat itu sekarang adalah untuk berusaha menyediakan sokongan kepada anggota keluarga anak kapal dan penumpang pesawat MH370. |
Kumpulan Petugas Malaysia Bergerak ke Australia 2014-03-28 Kementerian Pengangkutan Malaysia dalam satu kenyataan semalam berkata, kumpulan petugas yang terdiri daripada kakitangan dari Jabatan Penerbangan Awam, tentera laut dan udara serta Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) itu akan bekerjasama dengan Pusat Penyelarasan Menyelamat Australia untuk melakukan operasi mencari. |
Malaysia Teruskan Misi Mencari 2014-03-27 Malaysia akan berusaha mencari pesawat MH370 sehingga menemui serpihan, bangkai atau objek-objek lain yang ada kaitan dengan pesawat berkenaan. |
Wakil Khas China Jumpa Najib 2014-03-27 Wakil Khas China, yang juga Timbalan Menteri Luar, Zhang Yesui mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan isu berkaitan pesawat MH370 di Kuala Lumpur semalam. |
MH370 Terus Dicari Hari Ini 2014-03-27 Badan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata, lima buah kapal serta beberapa pesawat milik tentera dan awam terlibat dalam operasi mengesan objek-objek yang dipercayai ada kaitan dengan pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi hari ini. |
Malaysia Berusaha Kesan Kotak Hitam 2014-03-26 Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak semalam mengatakan, pihaknya akan berusaha mengesan kotak hitam pesawat MH370, kerana ia satu-satunya bukti yang menunjukkan apa yang sebenarnya berlaku di dalam pesawat berkenaan. |
MH370: Kapal Xuelong China Tiba di Lokasi Penemuan Objek 2014-03-26 Kapal pemecah ais China, Xuelong hari ini tiba di kawasan perairan yang terdapat beberapa buah objek yang dikesan pesawat China kelmarin yang disyaki berkaitan pesawat MH370. |
MAS Sahkan MH370 Terhempas, Tiada Penumpang Terselamat 2014-03-25 Pengerusi MAS, Tan Sri Mohamad Nor Yusof ketika menjawab soalan wartawan menyatakan, bukti yang boleh menjelaskan "pesawat MH370 terhempas" adalah kedudukan terakhir pesawat itu ditentukan di selatan Lautan Hindi yang sangat jauh dari daratan yang tidak memungkinkan pendaratan |
Malaysia Digesa Serah Semua Bukti 2014-03-25 Pesawat MH370 dipercayai terhempas di perairan selatan Lautan Hindi. Keputusan itu berasaskan analisis terhadap data satelit dengan cara baru. Demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur semalam. |
Malaysia Umumkan Pesawat MH370 Berakhir di Lautan Hindi 2014-03-24 Berdasarkan analisis Cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK (AAIB), pesawat MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi. Demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar malam ini. Beliau berkata, pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. |
Pesawat Tentera Udara China Tiba di Lautan Hindi Selatan 2014-03-24 Sebuah pesawat pengangkut Ilyushin Il-76 milik Tentera Udara China yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaporkan telah tiba di ruang udara perairan Selatan Lautan Hindi, lokasi objek terapung dikesan oleh dua satelit China dan Australia petang tadi. |
Tentera Laut dan Udara China Tumpukan Tenaga dalam SAR Pesawat MH370 2014-03-23 Kapal tentera dan kapal lain China terus menuju ke arah perairan selatan Lautan Hindi untuk mencari pesawat MH370 yang hilang, serentak itu pesawat Tentera Udara China juga meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan perairan Andaman dan kawasan berkenaan. |
Operasi SAR Pesawat MH370 Diperhebatkan 2014-03-22 Masyarakat antarabangsa terus memperhebatkan operasi SAR dengan pelbagai negara mengerahkan pesawat ke kawasan perairan berkenaan, tetapi objek yang disyaki serpihan pesawat itu yang dikesan Australia masih belum ditemui. |
Pengguna Laman Sosial Diingat Jangan Sebar Spekulasi dan Maklumat Palsu 2014-03-21 Pengguna laman sosial perlu menghentikan penyebaran spekulasi, teori konspirasi mahupun tohmahan berkaitan misi mencari dan menyelamat pesawat MH370. Pakar Perhubungan Antarabangsa Negara Malaysia, Dr. Oh Ei Sun mengingatkan, perbuatan itu boleh memberi kesan buruk serta menjejaskan hubungan antarabangsa antara Malaysia dengan negara luar. |
China dan Australia Selaraskan Operasi SAR 2014-03-21 Presiden China, Xi Jinping berhubung dengan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott melalui telefon semalam untuk menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370. |
Ahli Keluarga Penumpang China Gesa Malaysia Tingkatkan Ketelusan Maklumat 2014-03-20 Pada petang 19 Mac lalu, empat orang ahli keluarga penumpang pesawat MH370 dari China datang ke tempat sidang media yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan membawa sepanduk yang menggesa pihak Malaysia mengeluarkan maklumat yang sebenar dan mengumumkan keputusan siasatan berkaitan pesawat yang hilang itu secepat mungkin. |
Objek Disyaki Milik Pesawat MH370 Ditemui Australia 2014-03-20 Australia hari ini mengesan objek yang disyaki milik pesawat MH370 di kawasan perairan Lautan Hindi Selatan. Pegawai Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia(AMSA), John Young berkata dua objek termasuk satu objek bersaiz 24 meter, selain beberapa objek kecil ditemui di kawasan perairan tersebut. |
Malaysia Berusaha Dapat Semula Data Sistem Simulasi Penerbangan 2014-03-20 Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam menyatakan bahawa pihaknya mendapati data daripada sistem simulasi penerbangan milik juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang itu telah dibuang. |
Pakistan Janji Bantu Cari MH370 2014-03-19 Pembantu khas Perdana Menteri Pakistan dalam bidang penerbangan, Shujat Azeem berkata, Malaysia telah memohon bantuan negara tersebut dalam usaha mencari MH370. Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak telah menghubungi Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif melalui telefon berkaitan hal itu. Nawaz Sharif berjanji akan memberikan bantuan yang semaksimum yang mungkin. |
Thailand: Data Radar Lambat Kerana Tiada Permintaan Malaysia 2014-03-19 Tentera udara Thailand lewat mengumumkan data radarnya selepas kehilangan pesawat MH370 kerana Malaysia tidak pernah meminta Thailand berkongsi data radarnya. Demikian kata Naib Panglima Tentara Udara Thailand, Montol Suchookorn semalam. |
Tiada Penumpang China Pengganas 2014-03-18 Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang menyatakan, melalui siasatan terhadap dokumen penumpang pesawat MH370 dari Tanah Besar China, tiada bukti yang menunjukkan ada antara mereka terlibat dalam rampasan atau serangan keganasan terhadap pesawat itu. |
Australia Lancar Operasi SAR Dalam Koridor Selatan 2014-03-18 Perdana Menteri Australia, Tony Abbott mengeluarkan kenyataan semalam bahawa Australia akan memperhebatkan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di kawasan Lautan Hindi Selatan. |
Kebajikan Ahli Keluarga Penumpang Warga China di KL Terjaga 2014-03-18 Sepuluh orang daripada ahli keluarga penumpang warga China pesawat MH370 semalam mengeluarkan kenyataan melalui Kedutaan China di Malaysia yang menyatakan mereka telah mendapat layanan yang baik sejak tiba di Kuala Lumpur. |
Li Keqiang Minta Malaysia Sediakan Maklumat Terperinci 2014-03-18 China berharap Malaysia menyediakan data dan maklumat yang lebih tepat dan menyeluruh kepada China dari semasa ke semasa. |
China Ubah Kawasan Operasi SAR Pesawat MH370 2014-03-18 China tidak akan berputus asa dalam operasi mencari dan menyelamat(SAR) pesawat MH370 tetapi lokasi operasi itu akan diubah, dan tidak tertumpu ke Laut China Selatan. Pada pukul 8.00 tadi, semua kapal China yang menunggu arahan di Teluk Thailand telah belayar ke tempat berkumpul sementara di Singapura, sebelum dibahagikan kepada dua armada yang masing-masing akan menjalankan operasi SAR ke selatan dan utara. |
26 Negara Sertai Operasi SAR Pesawat MH370 2014-03-17 Kementerian Pengangkutan Malaysia mengumumkan hari ini, bilangan negara yang menyertai operasi mencari dan menyelamat(SAR) pesawat MH370 yang hilang meningkat kepada 26 buah. |
China Gesa Malaysia Tingkatkan SAR 2014-03-17 Ketua Kumpulan Kerja Bersama Kerajaan China, Guo Shaochun semalam di Kuala Lumpur menyatakan bahawa China menggesa Malaysia memperluas lingkungan opersi mencari dan menyelamat (SAR) di samping menyediakan maklumat yang lebih lengkap dan tepat kepada China. |
Webradio | ||||
|
||||
Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
||||
Jadual Siaran |
Dengar Dalam Talian |
Menarik |
Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
Lagi>> |