Kedatangan Pelancong ke Malaysia Tetap Meningkat Di Sebalik Tragedi 2014-10-11 Bernama Malaysia melaporkan, jumlah ketibaan pelancong di Malaysia dalam tempoh lima bulan pertama 2014 meningkat 10.1 peratus kepada 11.5 juta orang, walaupun terdapat sedikit penurunan ketibaan pelancong dari China, berikutan insiden MH370 pada Mac lepas. |
Lokasi Cari MH370 Diubah Lagi 2014-10-09 Menurut Utusan Malaysia, misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sekali lagi diarahkan ke lokasi lebih selatan di Lautan Hindi berdasarkan data yang didapati daripada analisis terbaharu, lapor Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) semalam. |
MH370: Fugro Tiba untuk Pencarian di Lautan Hindi 2014-10-06 Menurut Utusan Online, Kapal Fugro Discovery tiba di Fremantle, Australia semalam untuk menyertai misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac. |
Pencarian MH370 masuki fasa baharu 2014-09-30 Usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di dasar Lautan Hindi, memasuki fasa baharu pada minggu ini selepas tujuh bulan kapal terbang penumpang itu hilang dengan penyertaan dua buah kapal pakar menyertai operasi mencari itu. |
Najib Harap Dua Tragedi MH Ubah Sistem Penerbangan Global 2014-09-28 Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak membangkitkan mengenai dua tragedi pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dan MH17 pada sesi perdebatan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) semalam dan berharap insiden itu akan mengubah sistem penerbangan global supaya menjadi lebih baik. |
MH370: Hasil Pemetaan Didedahkan 2014-09-28 Bekas gunung berapi, rabung dan jurang yang dalam, ditemui di dasar laut di selatan Lautan Hindi oleh pakar yang membuat pemetaan di kawasan batuan di dasar laut sebagai usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370 yang hilang Mac lalu. |
Liow Tiong Lai Komited Kaji Punca Sebenar MH370 2014-09-08 Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyampaikan rasa simpati yang mendalam kepada anggota keluarga penumpang serta kru penerbangan MH370 yang hilang sejak enam bulan yang lalu sempena perayaan Pesta Kuih Bulan atau Pesta Pertengahan Musim Gugur yang jatuh pada 8 haribulan Sep. ini. |
Peta Baharu Pencarian MH370 Didedahkan 2014-09-01 Misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, akan tertumpu di lokasi penting berdasarkan maklumat pemetaan baharu yang disediakan kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) ketika pasukan pencari menyuarakan keyakinan untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat terbabit dalam tempoh setahun. |
Malaysia Tidak Akan Putus Asa Cari MH370 2014-08-31 Malaysia tidak akan berputus asa dalam usaha mencari pesawat MH370. Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata demikian ketika menghadiri Konvesyen Persatuan Cina Malaysia (MCA) Negeri Sembilan semalam. Liow berkata, pasukan pencari antarabangsa menemui objek keras yang disyaki berkaitan dengan pesawat MH370 di 58 buah lokasi. |
Kabinet Malaysia Bincang Usaha Mencari MH370 Fasa Baharu 2014-08-21 Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa kabinet telah mengadakan perbincangan tentang misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada fasa seterusnya. |
Operasi Mencari MH370 Diteruskan 2014-08-11 Walaupun lima bulan sudah berlalu sejak kes kehilangan pesawat MH370 berlaku, namun, operasi mencari MH370 masih merupakan fokus utama kerajaan Malaysia. Janji kerajaan untuk terus mencari MH370 tidak berubah. |
Hamzah: Kunjungan ke Beijing Berhasil 2014-06-28 Timbalan Menteri Luar Malaysia, Datuk Hamzah Zainuddin menyifatkan kunjungan beliau ke China bersama pengerusi tiga jawatankuasa kecil peringkat menteri mengenai kehilangan pesawat MH370 sebagai berjaya dan tepat pada masanya. |
MH370: Kajian Pemetaan Dasar Laut Tiga Bulan 2014-06-19 Kajian pemetaan dasar laut di lokasi mencari pesawat MH370 membabitkan kawasan seluas 60,000 kilometer persegi di barat Perth, Australia dijangka mengambil masa tiga bulan. |
Inmarsat: Lokasi Pencarian MH370 Tidak Tepat 2014-06-18 Syarikat satelit komunikasi Britain, Inmarsat mendedahkan bahawa lokasi pencarian pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) di Lautan Hindi yang diketuai Australia adalah tidak tepat berbanding lokasi sebenar yang disarankan oleh saintis firma itu. |
China, Australia Tambah Aset 2014-06-17 Kerajaan Malaysia bersama China dan Australia terus komited dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dipercayai berakhir di Lautan Hindi dengan menghantar Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri sebagai wakil ke Australia pada minggu lalu. |
Malaysia Yakin Temui Pesawat MH370 2014-06-16 Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman semalam berkata, pihaknya tetap yakin dapat menemui pesawat MH370 yang telah hilang lebih seratus hari tersebut. |
Skop Mencari Pesawat MH370 Lebih Meluas 2014-06-16 Kerajaan Malaysia akan meneruskan fasa terbaharu mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi biarpun belum ada bukti penemuannya selepas pesawat itu hilang lebih 100 hari yang lalu. |
Malaysia Kekal Komited 2014-06-16 Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengulangi komitmen Malaysia untuk meneruskan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu. |
MH370: Malaysia Bukan Bersendirian 2014-05-23 China berjanji tidak akan membiarkan Malaysia menghadapi insiden kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu secara bersendirian. Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang berkata demikian pada takilmat media sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik China-Malaysia di Kuala Lumpur semalam. |
Data Satelit MH370 Bakal Dianalisis 2014-05-20 Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam dalam satu kenyataan berkata, beliau sudah mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) supaya melakukan perbincangan yang terbuka dengan Pertubuhan Satelit Maritim Antarabangsa (Inmarsat) berhubung data-data asli pesawat MH370 yang hilang. |
Kapal Perang "Ocean Shield" Terus Jalankan Misi Pencarian MH370 2014-05-15 Menurut kenyataan Pusat Koordinasi Agensi Bersama(JACC) Australia semalam, kapal perang Australia "Ocean Shield" telah kembali ke kawasan perairan berkenaan kelmarin untuk meneruskan misi pencarian kapal MH370 yang hilang. |
Dokumen Mengenai Kapal MH370 akan Diserahkan kepada Kabinet Malaysia 2014-05-13 Kementerian Pengangkutan bersama-sama dengan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar Malaysia akan menyerahkan dokumen mengenai kapal MH370 yang hilang kepada Kabinet esok. Demikian dinyatakan oleh Menteri Pertahanan merangkap Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Hishamuddin Hussein di Kuala Lumpur kelmarin. |
MH370: Operasi Bluefin-21 akan Diteruskan 2014-05-05 |
Kapal China Giat Sertai Operasi Mencari MH370 2014-05-03 Menurut Pusat Pencarian dan Penyelamatan Laut China, pihaknya mengubahsuai tenaga profesional berikutan operasi mencari pesawt MH370 memasuki fasa baharu, iaitu pencarian di dasar laut yang lebih luas. China akan sedaya upaya menyertai operasi mencari di dasar laut itu. |
Operasi Mencari MH370 Perlu Kerjasama Antarabangsa 2014-05-02 Selepas operasi pencarian selama 55 hari gagal membuahkan hasil, Malaysia mengumumkan semalam bahawa pesawat MH370 masih dalam keadaan hilang, dan pihaknya akan meneruskan operasi pencarian. Masyarakat antarabangsa patut meningkatkan lagi kerjasama dalam operasi mencari pesawat itu. |
Bluefin-21 Teruskan Operasi Mencari 2014-04-28 Kenderaan dalam air automatik (AUV) Bluefin-21 akan terus digunakan dalam operasi mencari pesawat MH370 kali ke-16 di dasar laut di kawasan utama hari ini walaupun setakat ini belum ada sebarang hasil. |
Operasi Mencari MH370 Bakal Diluaskan Fokus 2014-04-27 Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia dalam kenyataan berkata, alat dalam air automatik (AUV) Bluefin-21 yang dihantar dengan harapan untuk menemui sebarang petunjuk berkaitan pesawat MH370 yang hilang di dasar laut memulakan selaman kali ke-15 awal pagi tadi. |
Selaman Ke-14 Bluefin 2014-04-26 Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia awal pagi tadi berkata, selaman kali ke-13 yang dilakukan oleh alat dalam air automatik (AUV) Bluefin-21 terganggu akibat masalah perisian. Selepas diset semula, alat itu diturunkan ke dasar laut untuk misi ke-14. |
Perkembangan Operasi Mencari MH370 2014-04-26 Menurut JACC, Bluefin-21 sudah memeriksa 95 peratus daripada kawasan pencarian yang berupa satu bulatan dengan radius 10 kilometer itu. Jika tetap gagal menemui sebarang petunjuk berkenaan, operasi mencari bakal dialihkan fokusnya kepada kawasan sekelilingnya. |
Laporan Awal MH370 Diumumkan Minggu Depan 2014-04-25 Malaysia menyerahkan laporan awal berhubung kehilangan pesawat MH370 kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) semalam. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata demikian ketika diwawancara oleh agensi berita Amerika Syarikat, CNN semalam. |
Webradio | ||||
|
||||
Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
||||
Jadual Siaran |
Dengar Dalam Talian |
Menarik |
Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
Lagi>> |