Cari:
• Pelbagai Pihak Janji Bantu Usaha SAR Pesawat MH370 2014-03-17
Beberapa negara dan pertubuhan antarabangsa telah berhubung dengan Malaysia untuk menyelaras dan berjanji menyediakan pelbagai sokongan dalam usaha menyiasat serta operasi mencari dan menyelamat(SAR).
• Malaysia Minta Bantuan Negara di Dua Koridor 2014-03-16
Malaysia sedang menghubungi negara yang terbabit dalam pencarian di dua koridor tempat pesawat MH370 berkemungkinan terputus hubungan dengan satelit. Negara yang dihubungi termasuk Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia, Australia dan Perancis.
• China Gesa Malaysia Perhebat Usaha SAR 2014-03-16
China amat prihatin terhadap maklumat terkini daripada kerajaan Malaysia mengenai insiden kehilangan pesawat MAS MH370. China menggesa Malaysia terus menyediakan maklumat yang lebih menyeluruh dan tepat kepada China.
• Brunei, India, Indonesia Terus SAR MH370 2014-03-16
Kapal Tentera Laut Diraja Brunei Darussalam terus meronda di perairan berhampiran negara itu untuk mencari pesawat MAS MH370 yang hilang, namun masih belum menemui apa-apa petunjuk yang berharga.
• Najib: Kemungkinan Pesawat Dirampas Sedang Disiasat 2014-03-15
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam taklimat petang tadi berkata, pihaknya sedang menyiasat kemungkinan pesawat MH370 dirampas.Beliau berkata, tumpuan pencarian seterusnya akan beralih ke Lautan Hindi.
• Najib: Sistem Komunikasi MH370 Sengaja Ditutup 2014-03-15
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam taklimat petang tadi berkata, sistem komunikasi pesawat MH370 dipercayai sengaja ditutup.Kini lokasi terakhir pesawat itu masih tidak dapat dikenal pasti.
• Naib: Komunikasi Terakhir MH370 dengan Satelit pada 8.11 pagi 2014-03-15
Komunikasi terakhir pesawat MH370 dengan satelit adalah pada pukul 8.11 pagi waktu tempatan, 8 Mac lalu.Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian dalam taklimat petang tadi.
• Najib: Pesawat MH370 Dipercayai Patah Balik Menghala ke Barat Laut 2014-03-15
Mengikut data radar, pesawat MH370 dipercayai berpatah semula ke Semenanjung Malaysia dan menghala ke barat laut dengan pergerakan konsisten.Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan demikian dalam taklimat yang diadakan petang tadi.
• MH370: Operasi SAR Diperhebat 2014-03-15
Pertubuhan Satelit Maritim Antarabangsa (Inmarsat) yang beribu pejabat di London dalam kenyataan terkini berkata, pesawat tersebut pernah menghantar isyarat kepada rangkaian satelit pertubuhan itu dalam penerbangannya.
• Lingkungan Pencarian MH370 Diperluas 2014-03-14
Pusat Mencari dan Menyelamat (SAR) Maritim China hari ini menyatakan pihaknya akan terus memperluas kawasan pencarian pesawat MH370. China juga akan terus mengerahkan kapal dagang negaranya membantu misi SAR di perairan Selat Melaka.
• China Tidak Pernah Berhubung dengan Syarikat Boeing 2014-03-14
China tidak pernah berhubung secara langsung dengan pengeluar pesawat MH370, iaitu Syarikat Boeing serta pengeluar enjin pesawat itu, Syarikat Rolls Royce di Malaysia. Oleh itu, China tidak akan memberi komen mengenai kenyataan Malaysia berkenaan.
• MH370: China Gesa Orang Awam Jangan Ganggu Siasatan 2014-03-14
China tidak akan memberi komen terhadap khabar-khabar angin tentang kehilangan pesawat MAS MH370 sebelum badan-badan profesional negara terlibat mengumumkan keputusan siasatan yang mukhtamad. Demikian kata ketua kumpulan petugas kerajaan China hari ini tentang beberapa pendapat orang awam bahawa pesawat berkenaan mungkin dirampas atau diserang oleh penggganas.
• Misi SAR, Vietnam Beri Maklum Balas Segera 2014-03-14
Penyelarasan antara China dengan Vietnam dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 lancar. Vietnam tetap memberikan maklum balas dengan segera terhadap semua permohonan. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Jawatankuasa SAR Negara Vietnam, Vo The Chien semalam.
• SAR MH370 Masih Tiada Kemajuan 2014-03-14
Pesawat MAS MH370 sudah hilang selama tujuh hari, namun setakat ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih belum ada kemajuan besar. Lebih sepuluh negara dan wilayah termasuk Malaysia, Vietnam, China dan AS sedang giat menjalankan SAR
• MAS Mula Guna MH318/319 2014-03-14
Sebagai tanda penghormatan kepada penumpang dan krew pesawat MH370 yang hilang, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengumumkan nombor penerbangan MH370/371 untuk laluan Kuala Lumpur-Beijing-Kuala Lumpur, ditukar kepada MH318/319.
• CAAC Luluskan Permohonan MAS Tukar Nombor Pesawat 2014-03-13
CAAC hari ini meluluskan permohonan MAS untuk menukar nombor pesawat MH370. Bermula hari ini, nombor pesawat MH370/371 untuk laluan Kuala Lumpur-Beijing-Kuala Lumpur ditukar kepada MH318/319
• PM Li: Usaha SAR MH370 Tetap Diteruskan 2014-03-13
Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata, usaha mencari pesawat MAS MH370 yang hilang akan diteruskan selagi masih terdapat harapan untuk menemui pesawat tersebut.
• Insiden MH370 Perlihat Keperluan Tingkat Kerjasama di Laut China Selatan 2014-03-13
 Skop dan kehebatan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di perairan Laut China Selatan yang disertai oleh pelbagai negara, jarang berlaku dalam sejarah. Insiden ini turut memperlihatkan kerjasama di Laut China Selatan perlu ditingkatkan.
• Tentera Vietnam Terus SAR Pesawat MH370 2014-03-13
Walaupun kerajaan Vietnam sebelum ini pernah menyatakan akan menghentikan sebahagian usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370, tetapi tentera laut dan udara Vietnam masih meneruskan operasi itu, dan akan sedaya upaya menjalankan SAR
• China Desak Filipina Henti Provokasi 2014-03-13
bantahan tersebut mendedahkan niat Filipina yang mahu menduduki terumbu milik China itu secara haram. China sekali lagi mendesak Filipina menghentikan semua tindakan provokatif
• Pegawai China, Malaysia Bincang Kehilangan Pesawat MH370 2014-03-13
Pegawai kerajaan China dan Malaysia mengadakan pertemuan di Beijing semalam bagi membincangkan usaha menangani kehilangan pesawat MH370. Dalam pertemuan itu, pihak China memuji usaha mencari dan menyelamat yang dilakukan oleh Malaysia sejak pesawat tersebut terputus hubungan pada Sabtu lalu.
• PM Li: Tidak Putus Asa SAR MH370 2014-03-12
Perdana Menteri China, Li Keqiang mengarahkan badan-badan yang berkaitan mengerahkan segala tenaga dan tidak berputus asa dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang
• Najib Minta Warga Malaysia Sokong SAR MH370 2014-03-12
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta warga negaranya bersatu padu menyokong semua usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang
• Misi SAR MH370 Perlu Penyelarasan 2014-03-12
Kerja penyelarasan misi SAR ini merupakan tanggungjawab Malaysia. Pusat SAR Maritim China memaklumkan maklumat terkini kepada badan SAR Malaysia,
• PM Australia Ucap Simpati Kehilangan Pesawat MH370 2014-03-12
Perdana Menteri Australia, Tony Abbott semalam mengutus kawat kepada rakan sejawatnya dari China, Li Keqiang untuk menyampaikan rasa simpati atas insiden kehilangan pesawat MH370
• Iran Sedia Bantu Siasatan Kehilangan Pesawat MH370 2014-03-12
Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) semalam mengesahkan dua orang penumpang yang mengggunakan pasport curi menaiki pesawat MH370 adalah warga Iran.Kedutaan Besar Iran di Malaysia bersedia membantu dalam siasatan isu berkenaan
• Usaha SAR ke Darat 2014-03-12
Menurut kenyataan terkini MAS semalam, usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 akan turut dijalankan di darat, selain diperluas ke luar laluan penerbangan.
• Malaysia Tidak Tolak Lima Kemungkinan Kehilangan Pesawat 2014-03-11
Laporan tentang kenyataan Duta Besar China ke Malaysia bahawa Malaysia menolak lima kemungkinan berkaitan kehilangan pesawat MH370, termasuk pesawat itu dirampas, meletup di udara dan mengalami kerosakan radar adalah tidak benar. Demikian kata pegawai Kedutaan Besar China di Malaysia hari ini.
• China Guna Satelit Cari MH370 2014-03-11
China melaraskan operasi 10 satelit mengeliling orbit untuk membantu operasi mencari pesawat MH370 yang hilang. Pusat Pengawasan dan Kawalan Satelit Xi'an China semalam mengumumkan, pihaknya telah melancarkan respons kecemasan bagi operasi pencarian berkenaan dan melaraskan operasi 10 satelit peleraian tinggi.
• Tompokan Minyak di Perairan Kelantan Bukan Milik Pesawat MH370 2014-03-11
Tompokan minyak yang ditemui di perairan Kelantan Malaysia bukan milik pesawat MH370 yang hilang. Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media di Kuala Lumpur malam tadi
1 2 3 4 5 6
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China