Cari:
• Pelan Baharu Pencarian MH370 Bakal Diumumkan 2014-04-24
Biro Keselamatan Kenderaan Australia (ATSB) yakin bahawa objek tidak dikenal pasti yang hanyut ke darat di Augusta, pantai barat daya Australia Barat bukan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
• Perkembangan Operasi Mencari MH370 2014-04-22
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia semalam mengumumkan, alat dalam air automatik (AUV) Bluefin-21 yang digunakan untuk operasi mengesan bangkai pesawat MH370 sudah melakukan pencarian di dua pertiga kawasan sasaran di dasar laut. Namun tiada sebarang penemuan konkrit setakat ini.
• Operasi Pencarian di Bawah Permukaan Laut Mungkin Dinilai Semula 2014-04-20
Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang media di Kuala Lumpur semalam menyatakan bahawa kawasan operasi pencarian telah dikecilkan. Kenderaan dalam air autonomi (AUV) Bluefin-21 akan menyelesaikan tugas pengimbasan terhadap dasar laut di kawasan yang penting di selatan Lautan Hindi minggu depan.
• Pencarian Bluefin-21 Tidak Berhasil 2014-04-20
Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) Australia bagi usaha mencari MH370 yang hilang mengumumkan pagi tadi bahawa operasi kenderaan dalam air autonomi (AUV) Bluefin-21 tidak berhasil selepas menjalankan operasi pencarian di bawah permukaan laut di kawasan seluas hampir separuh daripada keseluruhan kawasan utama pencarian.
• Malaysia: Teknologi Paling Canggih akan Digunakan dalam Pencarian MH370 2014-04-18
Malaysia akan terus menggunakan teknologi paling canggih dalam usaha mencari pesawat MH370 di bawah air. Demikian dinyatakan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang akhbar semalam.
• Malaysia Kerah Kapal Tentera ke Australia Cari Pesawat MH370 2014-04-17
Kapal ketujuh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Auxiliary Bunga Emas Enam (BM6) semalam dikerahkan ke Perth Australia untuk bekerjasama dengan kapal tentera yang dihantar ke perairan di selatan Lautan Hindi sebelum ini bagi memperhebat operasi mencari pesawat MH370 yang hilang.
• Bluefin-21 Tidak Kesan Sebarang Isyarat 2014-04-16
Pelbagai negara meneruskan operasi mencari pesawat MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi semalam. Misi utama sekarang diubah menjadi pencarian dalam air. Kenderaan dalam air automatik Bluefin-21 yang digunakan buat pertama kali semalam tidak mengesan sebarang isyarat.
• Tindakan Bersama Tentera Laut dan Udara China Cari MH370 2014-04-15
Tentera Laut dan Udara China buat kali pertama menjalankan operasi bersama mencari pesawat MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi semalam.
• China Selaras Usaha Operasi SAR 2014-04-14
Sejak menerima isyarat akustik yang dipercayai daripada kotak hitam pesawat MH370 pada minggu lalu, semalam merupakan hari kelima berturut-turut isyarat itu tidak diterima lagi.Sama ada bateri kotak hitam sudah habis atau tidak dan bila misi pencarian di dasar laut bermula menjadi tumpuan pelbagai pihak.
• MH370: Tiada Bukti Sahih Ditemui 2014-04-13
Menurut Pusat Mencari dan Menyelamat (SAR) Maritim China, setakat pukul 3.00 petang semalam, pasukan pencari masih gagal menemui sebarang bukti sahih berkaitan pesawat MH370 yang hilang. Menurut seorang pegawai dari pusat tersebut, kapal China telah melakukan pencarian membabitkan kawasan seluas kira-kira 25 ribu kilometer persegi, di sebelah barat kawasan pencarian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Australia.
• Presiden Xi: Usaha Cari MH370 akan Diteruskan 2014-04-12
Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott di Beijing semalam. Xi dalam pertemuan itu merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Australia yang menghulurkan bantuan kepada China dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang, sambil menambah bahawa China akan meneruskan usaha pencarian tersebut.
• Tempoh Pencarian Kotak Hitam MH370 Semakin Kritikal 2014-04-11
Tempoh pencarian kotak hitam pesawat MH370 semakin kritikal namun pasukan pencari China akan meneruskan operasi berkenaan dengan bersungguh-sungguh. Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata demikian dalam sidang media di Beijing semalam.
• Pencarian China Liputi 485,000 Km Persegi 2014-04-09
Menurut Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat Maritim China, setakat pukul 12.00 tengah hari semalam, pencarian oleh sembilan buah kapal China di selatan Lautan Hindi meliputi kira-kira 485 ribu kilometer persegi
• Kapal Austrlia Kesan Dua Isyarat Baharu 2014-04-09
• Operasi Mencari MH370 Capai Kemajuan 2014-04-08

Operasi mencari pesawat MH370 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mencapai kemajuan yang memberangsangkan. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata demikian dalam taklimat media di Kuala Lumpur semalam.

• AS Bakal Hantar Pengesan Sonar 2014-04-08
Peralatan sonar milik tentera laut Amerika Syarikat (AS) bakal digunakan untuk membantu mengenal pasti isyarat yang dipercayai daripada kotak hitam pesawat MH370.
• Lima Kapal Periksa Isyarat Getaran 2014-04-07
• Kapal Australia Kesan Isyarat Akustik 2014-04-07
Kapal tentera laut Australia mengesan isyarat akustik yang konsisten dengan isyarat yang dipancarkan dari kotak hitam sebuah pesawat.
• MCA Berdoa untuk MH370 2014-04-07
Persatuan Cina Malaysia (MCA), Persekutuan Persatuan-persatuan Cina Malaysia (Huazong) dan kumpulan penganut agama Buddha negara itu mengadakan acara berdoa bersama untuk pesawat MH370, di Wisma MCA pagi semalam.
• Objek Disyaki Milik Pesawat MH370 Ditemui Lagi 2014-04-06
Tentera udara China mengesan lagi objek yang disyaki milik pesawat MH370 di kawasan perairan selatan Lautan Hindi. Armada China yang terdiri daripada kapal "Jinggangshan", "Kunlunshan", "Haikou" dan "Qiandaohu" terus melaksanakan operasi mencari di lokasi berkenaan.
• Beberapa Ahli Keluarga Mangsa MH370 Kembali ke China 2014-04-04
Berikutan usaha pencarian MH370 tidak mencapai kemajuan, beberapa ahli keluarga mangsa telah kembali ke China dari Malaysia. Sembilan orang dijadualkan berlepas hari ini. Kini, masih terdapat 19 orang ahli keluarga mangsa China berada di Kuala Lumpur.
• China Tingkatkan Penyelerasan Udara dan Laut Dalam Operasi SAR 2014-04-04
Pengarah Pusat Mencari dan Menyelamat(SAR) Maritim China, He Jianzhong menyatakan, pihaknya mengarahkan kapal China merapatkan komunikasi dengan Australia dan meningkatkan penyelarasan udara dengan laut.
• Najib Berjanji Teruskan Operasi SAR MH370 2014-04-04
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce di Perth semalam, bagi meninjau lebih dekat operasi mencari pesawat Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lepas. Beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Australia dan para petugas dari tujuh buah negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370, serta berikrar akan meneruskan pencarian pesawat yang hilang itu. Selepas rundingan, Najib dan rakan sejawatnya dari Australia, Tony Abbott di Perth bersama-sama mengadakan sidang akhbar.
• Duta Besar China Rakam Ucapan Terima Kasih Atas Usaha Malaysia 2014-04-03
Huang Huikang memaklumkan operasi mencari oleh China, keadaan lawatan Timbalan Menteri Luar Malaysia Datuk Hamzah Zainudin ke China, sidang taklimat teknikal pihak Malaysia untuk keluarga penumpang China selain merakamkan ucapan terima kasih atas usaha Malaysia setakat ini.
• Najib dan PM Australia Tinjau Operasi SAR MH370 di Perth 2014-04-03
Utusan melaporkan, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce di Perth hari ini, bagi meninjau lebih dekat operasi mencari pesawat Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lepas.
• China Terus Tingkatkan Pencarian MH370 2014-04-03
Operasi mencari yang dilaksanakan oleh pesawat China semalam gagal menemui sebarang objek yang berkaitan dengan pesawat MH370.
• Sidang Taklimat KL: Operasi Mencari Diteruskan 2014-04-03
Kementerian Pengangkutan Malaysia malam semalam mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Malaysia telah mengadakan mesyuarat tertutup selama lebih dua jam dengan keluarga penumpang China di Kuala Lumpur. Keluarga penumpang yang berada di Beijing turut mengikuti siaran langsung mesyuarat tersebut.
• PM China dan Australia Mahu Operasi Mencari Ditingkatkan 2014-04-02
• China, Australia Tingkatkan SAR 2014-04-01
China dan Australia meningkatkan usaha mencari dan menyelamat (SAR) di laut dan udara baru-baru ini. Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menyatakan semalam, tiada batas waktu ditetapkan sehingga pesawat MH370 ditemui.
• Tony Abbott: Operasi Mencari Tiada Batas Waktu 2014-03-31
Operasi mencari pesawat MH370 tiada batas waktu. Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Australia, Tony Abbott ketika meninjau Pangkalan Tentera Udara Pearce di Perth pagi tadi. Kini terdapat 550 orang staf dari China, Australia, New Zealand, AS, Malaysia, Jepun dan Republik Korea ditempatkan di pangkalan tersebut.
1 2 3 4 5 6
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China