Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan (oleh Li Keqiang pada 5 Mac 2014)
2014-03-05 10:57:59 CRI Cetak

Para perwakilan,

Sekarang, saya mewakili Dewan Negara menyampaikan laporan kerja kerajaan. Para perwakilan diminta membahaskannya. Para anggota Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) diminta memberi cadangan masing-masing.

BAHAGIAN I: KERJA-KERJA KERAJAAN TAHUN 2013

Tahun yang lalu merupakan tahun pertama bagi perkhidmatan kerajaan penggal ini. Ketika menghadapi situasi ekonomi global yang sukar pulih, tekanan yang semakin meningkat ekoran pertumbuhan ekonomi domestik yang menjadi perlahan, bencana alam kerap kali berlaku dan perselisihan yang bermacam-macam terus muncul. Di bawah pimpinan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang diketuai Xi Jinping, rakyat yang berbilang kaum di seluruh negara ini telah bersemangat gigih menghadapi cabaran-cabaran tersebut, mengekalkan perjuangan bagi mengatasi kesukaran yang dihadapi dan berjaya merealisasikan sasaran utama pembangunan sosioekonomi yang dijangkakan tahun lalu. Selain itu, pencapaian yang cemerlang yang memang mengagumkan tercapai dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka serta pembinaan modenisasi yang bercirikan sosialis.

——Pertumbuhan ekonomi berjalan dengan stabil. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencapai RMB 56.9 trilion, meningkat 7.7% berbanding tahun sebelumnya. Kenaikan harga pengguna dikekalkan pada 2.6%. Kadar pengangguran yang didaftarkan di kawasan bandar mencatat 4.1%, manakala, mereka yang mendapat pekerjaan yang baharu pula berjumlah 13.10 juta orang yang merupakan rekod baharu setakat ini. Selain itu, jumlah import dan eksport melebihi USD 4 trilion, iaitu tahap yang baharu.

——Pendapatan penduduk dan keberkesanan ekonomi terus meningkat. Pendapatan perkapita di kawasan bandar telah meningkat 7%, manakala pendapatan bersih perkapita di kawasan luar bandar pula meningkat 9.3%. Jumlah orang miskin di kawasan luar bandar telah berkurang 16.5 juta orang yang menyebabkan jurang perbezaan pendapatan penduduk di kawasan bandar dengan penduduk di luar bandar terus mengecil. Selain itu, keuntungan perusahaan industri telah meningkat 12.2%, dan pendapatan kewangan meningkat 10.1%.

——Pengubahsuaian struktur mencapai hasil yang positif. Jumlah penghasilan bijirin telah melebihi 600 bilion kilogram, iaitu terus meningkat untuk 10 tahun berturut-turut. Nisbah nilai tambahan industri perkhidmatan dalam KDNK meningkat kepada 46.1% yang buat kali pertama mendahului industri kedua. Sementara itu, nisbah nilai keseluruhan pengeluaran kawasan tengah dan barat dalam KDNK terus meningkat sedangkan penyelarasan pembangunan antara kawasan pun ikut meningkat. Selain itu, jumlah penggunaan tenaga elektrik meningkat 7.5%, manakala jumlah pengangkutan kargo pula meningkat 9.9%. Indeks jumlah barangan utama kelihatan seimbang dengan peningkatan ekonomi.

——Pelbagai sektor berkembang makmur. China telah mencapai kemajuan yang baharu dalam bidang pendidikan, sains dan teknologi, kebudayaan dan kesihatan. Kapal angkasa lepas "Shenzhou 10" telah dilancarkan dan dijayakan beroperasi di angkasa lepas. Alat peninjau bulan Chang'e 3 pula dijayakan mendarat dan beroperasi di permukaan bulan. Kapal selam "Jiaolong" beberapa kali mencatat rekod baru mengenai tapak yang diselamnya di dasar laut. Semua ini telah membuktikan bahawa rakyat China berkemampuan untuk merealisasikan matlamat pembinaan negara yang berdaya inovasi.

 

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China