Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan (oleh Li Keqiang pada 5 Mac 2014)
2014-03-05 10:57:59 CRI Cetak

BAHAGIAN III: KEUTAMAAN KERJA TAHUN 2014

Kerja kerajaan pada tahun ini patut dilaksanakan, dengan pembaharuan sebagai enjin, transformasi sebagai arah, dan meningkatkan taraf hidup rakyat sebagai sasaran utama.

Pertama: Mendorong Pembaharuan dalam Sektor-sektor Utama Mencapai Kemajuan Baharu

Pembaharuan mekanisme ekonomi merupakan titik berat. Kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan menurut keadaan yang berbeza-beza, berusaha untuk mencapai kejayaan hakikat dan menawarkan lebih banyak dividen pembaharuan.

Selain itu, kerajaan perlu memperkasakan pembaharuan sistem pentadbiran. Meningkatkan kecekapan dalam pentadbiran merupakan cabaran bagi kerajaan. Kerajaan pusat akan membatalkan lebih 200 prosedur pengesahan atau menyerahkan kuasa pengesahannya kepada kerajaan daerah pada tahun ini. Selain itu, kerajaan akan memperkasakan pembaharuan terhadap sistem pengesahan pelaburan, membatalkan atau mengurangkan prosedur pengesahan yang bersifat persiapan, memberikan hak kepada syarikat untuk melabur secara bebas serta terus memudahkan pelaburan dan pengelolaan. Menyusun semula kategori pengesahan bukan pentadbiran, menyelesaikan pembaharuan terhadap badan kerajaan peringkat provinsi, bandar dan kaunti, meneruskan pembaharuan terhadap institusi kerajaan serta mengadakan pembaharuan terhadap sistem pendaftaran industri dan perdagangan di seluruh negara. Langkah-langkah tersebut dipercayai akan mengekalkan kesegaran dalam pasaran.

Kerajaan perlu mempopularkan pengesahan sekali gus, mewujudkan penyeliaan pasaran yang bersatu, meningkatkan pembinaan sistem kredibiliti masyarakat dan mendorong badan kerajaan berkongsi maklumat. Selain itu, kerajaan akan menubuhkan sistem senarai hitam terhadap syarikat yang membelakangi peraturan pasaran dan mencabul hak pengguna.

Pembaharuan dalam sisem kewangan dan cukai merupakan tugas yang penting bagi kerajaan. Kerajaan perlu menubuhkan mekanisme belanjawan yang standard, terbuka dan telus. Belanjawan kerajaan pelbagai peringkat perlu telus bagi masyarakat. Kerajaan akan memperkasakan pembaharuan terhadap sistem kutipan cukai, mengubah "cukai pengelolaan" kepada "cukai nilai tambahan". Pembaharuan itu perlu diperluaskan dalam sektor kereta api, pos dan telekomunikasi. Kerajaan akan mendorong pembaharuan terhadap cukai penggunaan dan cukai sumber tenaga serta mengadakan perundangan tentang cukai hartanah dan cukai perlindungan alam sekitar. Keutamaan dalam kutipan cukai yang diberikan kepada perusahaan mini dan kecil akan diperluaskan lingkungannya agar meringankan beban syarikat berkenaan.

Kerajaan akan meningkatkan pembaharuan terhadap sistem kewangan, mendorong peningkatan kebergantungan kadar faedah dengan pasaran serta memberikan hak yang lebih besar bagi badan kewangan untuk menetapkan kadar faedah. Kerajaan perlu mengekalkan kadar tukaran RMB pada tahap yang rasional dan seimbang, memperluas volatiliti kadar pertukaran RMB, mendorong pertukaran projek yang bermodal RMB, mendorong secara beransur-ansur sektor swasta menubuhkan badan kewangan seperti bank berskala sederhana dan kecil, menggalakkan sektor swasta melabur dan membeli saham badan kewangan dan badan perkhidmatan pengantara pengumpulan dana. Selain itu, China akan menubuhkan sistem insurans bagi simpanan, menyempurnakan mekanisme menangani risiko badan kewangan dan juga melaksanakan pembaharuan terhadap badan kewangan yang berfungsi sebagai penggubal dasar.

Kerajaan perlu meningkatkan kedinamikan ekonomi dalam perusahaan milik negara dan swasta, menyempurnakan struktur ekonomi milik negara, mempercepat perkembangan ekonomi milik campuran, menubuhkan dan melengkapi sistem korporat moden serta struktur pemilik syarikat di sisi undang-undang. Kerajaan akan menetapkan kaedah bagi sektor swasta untuk menyertai projek pelaburan syarikat milik kerajaan pusat. Memperkenalkan projek pelaburan kepada model swasta dalam sektor kewangan, minyak, eletrik, kereta api, telekom, peneronaan sumber, dan kebajian awam. Kerajaan akan mengadakan pembaharuan terhadap mekanisme pelaburan dan pengumpulan dana bagi kereta api, membebaskan perkhidmatan bersifat bersaing dalam bidang telekomunikasi, tenaga elektrik, petroleum dan gas asli. Langkah-langkah tersebut membolehkan sektor swasta memainkan peranan yang lebih penting. Selain itu, China akan menyempurnakan sistem perlindungan hak intelektual.

 

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China