Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan (oleh Li Keqiang pada 5 Mac 2014)
2014-03-05 10:57:59 CRI Cetak

Bagi mencapai sasaran pembangunan sosioekonomi pada tahun ini, kerajaan perlu mempertahankan prinsip dan dasar seperti berikut:

Pertama, memperkasakan pembaharuan.

Pembaharuan yang sudah dilihat sebagai dividen yang terbesar, perlu dimulakan dalam bidang yang paling menarik perhatian rakyat dan paling mengekang pembangunan sosioekonomi. Selain itu, pembaharuan perlu dilaksanakan secara terlebih dahulu dalam sektor-sektor yang mendapat persefahaman awam. Dengan demikian, pasaran dapat memainkan peranan kunci dalam penagihan sumber tenaga sedangkan kerajaan pun dapat memainkan peranan yang lebih baik. Perlu juga kami menghapuskan halangan yang menjejaskan pasaran daripada berkembang ke arah lebih segar dan berkecapan tinggi, menjana potensi inovasi seluruh masyarakat, memelihara kesama rataan dan keadilan agar seluruh rakyat berkongsi hasil pembaharuan dan pembangunan.

Kedua, memelihara kadar pertumbuhan ekonomi yang rasional.

Kerajaan perlu menyempurnakan rangka dasar makro, mengekalkan pertumbuhan yang stabil, menyediakan peluang kerja dan mengawal inflasi. Selain itu, kerajaan akan terus mengamalkan dasar kewangan yang positif dan dasar monetari yang stabil. Jumlah defisit dijangka mencatat RMB 1.35 trilion pada tahun ini, iaitu menambah RMB 150 berbanding dengan tahun yang lalu. Jumlah defisit dan bon negara bertambah mengikut peningkatan keseluruhan perekonomian. Kadar defisit dikekalkan pada 2.1% memperlihatkan dasar kewangan yang berterusan. Kadar peningkatan mata wang M2 mencatat kira-kira 13% pada tahun ini. Di samping menjamin pertumbuhan yang stabil, kerajaan perlu meningkatkan peruntukan dalam sektor inovasi, mewujudkan daya saing yang menyeluruh, meningkatkan kedudukan China dalam industri antarabangsa serta mengimbangkan pembangunan antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar. Selain itu, kerajaan perlu menyempurnakan sistem untuk memeriksa dan menilai kerja kerajaan, berusaha untuk menambah pendapatan penduduk, membaiki persekitaran ekologi agar pembangunan sosioekonomi lebih berefisien, adil dan berterusan.

 

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China