Kelima: Membaiki Kaedah Pengawalan Masyarakat, Memelihara Keharmonian dan Kestabilan Masyarakat
Pada tahun yang lalu, negara ini dilanda bencana gempa bumi Lushan di provinsi Sichuan, gempa bumi kaunti Zhang dan kaunti Min di provinsi Gansu, banjir di kawasan aliran Sungai Heilongjiang, Suangai Songhuajiang dan Sungai Nenjiang, bencana kemarau dan suhu tinggi di bahagian selatan serta taufan dahsyat di kawasan pesisir laut. Selain itu, wabak selesema burung yang menjangkiti manusia pula tercetus di beberapa tempat China. Ketika menghadapi bencana dan wabak tersebut, kami telah memanfaatkan sistem kecemasan mencegah dan menyelemat yang mengutamakan tanggungjawab secara berperingkat dan kerjasama secara berganding bahu, dan dapat secara maksimum melindungi keselamatan nyawa dan harta benda rakyat.
Meningkatkan pemantauan dan penyeliaan terhadap keselamatan pekerjaan dan operasi pasaran. Kami telah menyempurnakan mekanisme berkenaan, dan meningkatkan usaha dalam menangani isu melibatkan kejadian keselamatan pekerjaan yang teruk dan menghukum mereka yang bersalah. Oleh itu, kejadian kemalangan yang besar telah berkurangan 16.9%. Di samping itu, badan penyeliaan dan pemantauan sektor makanan dan ubat-ubatan telah disusun semula, kempen untuk pemeriksaan keselamatan makanan dan ubat-ubatan dijalankan secara berturut-turut, pemantauan ketat terhadap kualiti tepung susu bayi dan kanak-kanak pun dilaksanakan mengikut piawaian pengendalian ubat-ubatan.
Tahun yang lalu menyaksikan wajah baharu diplomasi China. Pemimpin negara penggal ini seperti Presiden, Xi Jinping telah menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20, mesyuarat tidak rasmi pemimpin APEC, Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai, pertemuan pemimpin negara anggota BRICS dan sidang-sidang pemimpin negara Asia Timur, di samping melawat ke sebahagian negara yang turut mendatangkan hasil diplomatik yang cemerlang. Diplomasi dengan negara jiran juga telah dibawa berkembang ke tahap yang baru. Diplomasi ekonomi pula mencapai kemajuan yang baru, yang sama juga kerjasama dan interaksi dengan negara negara membangun. Hubungan dengan beberapa negara gergasi berkembang stabil. Selain itu, China terus memainkan peranan negara besar yang bertanggungjawab dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa, serta isu hangat yang menjadi pertumpuan bersama. Pada waktu yang sama, China sama sekali tidak berganjak daripada melindungi kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim tanah air. Pengaruh negara ini di mata dunia terus meningkat.