Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan (oleh Li Keqiang pada 5 Mac 2014)
2014-03-05 10:57:59 CRI Cetak

Keempat: Bersungguh-sungguh Menjamin dan Membaiki Hidup Rakyat, Menjamin Kesamarataan dan Keadilan Masyarakat

Menjamin kehidupan asas rakyat. Kami telah melaksanakan rancangan membantu siswa-siswi cari kerja yang memang dapat berfungsi membantu kebanyakan lulusan universiti mendapat peluang kerja. Selain itu, kami telah meningkatkan perkhidmatan pekerjaan dan latihan vokasional untuk golongan pekerja migran dari kawasan luar bandar, manakala di kawasan bandar, kami juga memberikan bantuan kepada mereka yang dalam kesukaran mendapat peluang kerja. Kami mendorong pembentukan sistem insurans saraan warga emas dan bantuan sosial. Piawaian wang jaminan untuk mereka yang berpendapatan rendah di kawasan bandar dan di luar bandar masing-masing dinaik 13.1% dan 17.7%. Wang pencen asas untuk pesara dari sektor korporat telah meningkat 10%. Projek perumahan mesra rakyat yang baharu telah mencapai 6.6 juta, antaranya 5.4 juta telah siap dibina. Kira-kira sepuluh juta keluarga miskin telah berpindah ke rumah baharu.

Mendorong perkembangan dan inovasi pendidikan. Kami telah memulakan projek bantuan pelajar miskin dalam sektor pendidikan, melaksanakan rancangan pembaikpulihan sekolah di kawasan luar bandar yang tertinggal perkembangan pendidikan wajibnya. Di samping itu, kempen peningkatan khasiat pelajar telah membawa manfaat kepada 32 juta orang pelajar. Selain itu, guru kambung yang bertugas di kawasan mundur dapat diberi subsidi hidup. Jumlah pelajar yang berasal dari kampung-kumpung di kawasan mundur yang mampu sambungkan pembelajaran di institut pendidikan tinggi telah meningkat 8.5%.

Menintensifkan pembaharuan sistem kesihatan dan perubatan. Sistem Jaminan Perubatan Asas dijayakan merangkumi setiap warganegara. Piawaian subsidi kewangan insurans perubatan asas bagi penduduk kawasan bandar dan luar bandar ditingkatkan ke RMB 280 perkapita. Sistem Ubat-ubatan Asas merangkumi lebih 80% rumah rawat di kawasan luar bandar. Di sebanyak 28 buah provinsi telah dilaksanakan ujian insurans perubatan penyakit teruk.

Mendorong perkembangan sektor kebudayaan dan industri kebudayaan dengan sihat. Terdapat semakin banyak kemudahan budaya kebajikan telah dibuka kepada awam secara percuma. Selain itu, kami telah meningkatkan pembaharuan sistem kebudayaan, memperkukuh pembinaan pasaran budaya sehingga nilai tambahan industri budaya meningkat lebih 15%. Selain itu, sistem perkhidmatan sukan untuk penduduk awam semakin disempurnakan.

 

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China