Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan (oleh Li Keqiang pada 5 Mac 2014)
2014-03-05 10:57:59 CRI Cetak

Ketujuh: Meningkatkan Pembangunan Sosial termasuk Pendidikan, Kesihatan dan Kebudayaan

Menggalakkan perkembangan pendidikan dengan terlebih dahulu dan secara adil. Terus meningkatkan sumber pendidikan kepada kawasan tengah dan barat serta desa di samping menggalakkan perkembangan pendidikan kewajiban yang seimbang. Kerajaan akan memperbaiki syarat dan kemudahan sekolah di kawasan miskin, selain memastikan jumlah pelajar dari desa miskin yang meneruskan pelajaran di institusi pengajian tinggi utama meningkat lebih 10% supaya lebih ramai pelajar di desa berpelung menerima pendidikan peringkat tinggi. Meningkatkan latihan terhadap guru di kawasan terpencir dan miskin, supaya lebih ramai pelajar menerima pendidikan baik, serentak itu memperbaiki keadaan kekurangan zat makanan bagi kanak-kanak di kawasan miskin. Mengembangkan pendidikan prasekolah dan melaksanakan rancangan pendidikan khas. Menambah peruntukan kerajaan pusat ke dalam pendidikan di samping meningkatkan keefisienan dan penyeliaan terhadap peruntukan tersebut.

Memperkasakan pembaharuan perubatan. Memperkukuh insurans perubatan asas, menyelaraskan sistem insurans perubatan asas penduduk bandar dan luar bandar. Menyempurnakan mekanisme pengumpulan dana bagi insurans perubatan asas yang ditanggung oleh kerajaan, majikan dan indivitu, meningkatkan subsidi kewangan perubahan asas penduduk kepada RMB 320 per kapita. Memperomosikan insurans penyakit teruk kepada penduduk di seluruh negara. Meningkatkan bantuan perubatan dan rawatan kecemasan di bandar dan luar bandar. Pembaharuan terhadap hospital milik negara peringkat kaunti dilaksanakan di 1,000 buah kaunti yang merangkumi 500 juta orang di desa. Selain itu, terus memperincikan pembaharuan terhadap hospital milik negara di bandar.

Dalam bidang kebudayaan, menggalakkan standardisasi dan kesaksamaan perkhidmatan budaya awam yang asas, membangunkan kebudayaan dan kesenian, sektor media dan penerbitan, radio, TV dan filem serta arkib, ilmu falsafah dan sains sosial, menggalakkan rakyat membaca buku. Meningkatkan taraf pembangunan industri kebudayaan, membina dan menyeragamkan pasaran kebudayaan. Mewarisi dan menyemarakkan budaya tradisional yang cemerlang dan mementingkan kerja pemeliharaan artifak.

Menggalakkan inovasi tadbir urus sosial. Pelbagai pihak mentadbir urus sosial di sisi undang-undang supaya pertubuhan di kalangan masyarakat memainkan peranan yang lebih baik dalam perkhidmatan awam dan tadbir urus sosial. Memperhebat pengawalan kecemasan, meningkatakan keupayaan dalam bidang keselamatan awam, mencegah, menyelamat dan mengurangkan bencana, meneliti tugas dalam bidang gempa bumi, meteorology, pengukuran dan pemetaan. Selain itu, menawarkan pendidikan berhubung undang-undang, menambah bantuan undang-undang, meningkatkan kawalan keselamatan sosial, memerangi dengan tegas kegiatan keganasan, memelihara keselamatan negara supaya order sosial yang baik terbentuk dan rakyat bersama-sama membangunkan negara yang aman dan damai.

 

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China