Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan (oleh Li Keqiang pada 5 Mac 2014)
2014-03-05 10:57:59 CRI Cetak

Kedua: Meningkatkan Dasar Pintu Terbuka ke Tahap yang Lebih Tinggi

Kerajaan perlu membina mekanisme baru bagi ekonomi yang terbuka dan mengintensifkan pelaksanaan dasar pintu terbuka pusingan baharu. Selain itu, kerajaan perlu mendorong pembaharuan dan penyusunan semula struktur dalaman serta memupuk daya saing antarabangsa baharu.

China akan terus memperkasakan keterbukaan menyeluruh secara inisiatif, terus mengambil kira kecekapan dalam menggunakan modal asing, mengintensifkan keterbukaan dalam sektor perkhidmatan, mewujudkan kesama rataan untuk syarikat dalam dan luar negeri, membina iklim perniagan dan adil agar China terus menjadi destinasi pertama bagi pelaburan asing. Selain itu, kerajaan akan terus bersungguh-sungguh membina dan mengendali Zon Perdagangan Bebas Shanghai agar projek makmal itu dapat dicontohi dan dipopularkan di kawasan yang lain.

Kerajaan akan menaik taraf eksport dan mewujudkan keseimbangan perdagangan. Jumlah import dan eksport diunjur meningkat kira-kira 7.5% pada tahun ini. Kerajaan akan mengekalkan dan menyempurnakan dasar eksport, mengadakan pembaharuan bagi memudahkan prosedur di kastam, dan memperluas percubaan e-dagang transnasional.

China akan meningkatkan daya saingnya ketika melabur di negara asing, mengadakan pembaharuan terhadap cara pengendalian pelaburan di luar negara, melengkapi jaminan perkhidmatan dalam bidang kewangan, undang-undang dan konsulat, menjaga displin pelaburan untuk syarikat China yang melabur di luar negara. Selain itu, kerajaan akan meningkatkan pembinaan Jalur Ekonomi Jalan Sutera, Jalan Sutera Laut Abad ke-21, Koridor Ekonomi China-India-Myanmar dan Koridor Ekonomi China-Pakistan. Selain itu, China akan membina beberapa projek yang besar, mempercepat pembinaan kesaling hubungan serta memperluas ruang kerjasama ekonomi dan teknologi antarabangsa.

China akan menyelaras kerjasama terbuka bilateral, pelbagai hala dan serantau, mengintensifkan perjanjian perdagangan perkhidmatan, perjanjian pembelian kerajaan, rundingan mengenai perjanjian teknologi maklumat serta mempercepat rundingan tentang perlindungan alam sekitar dan e-dagang. China akan melibatkan diri dalam pembinaan zon perdagangan bebas dengan positif dan bermutu tinggi, mendorong rundingan mengenai perjanjian pelaburan dengan AS dan Eropah Tengah, rundingan mengenai kawasan perdagangan bebas dengan Republik Korea, Australia dan Jawatankuasa Kerjasama Teluk. China mempertahankan mendorong perdagangan dan pelaburan yang lebih bebas dan mudah, mewujudkan saling menguntungkan antara pelbagai negara bagi membawa situasi pintu terbuka, pembaharuan dan pembangunan yang cerah.

 

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China