Wakil-wakil sekalian,
Pembangunan dalam bidang pertahanan negara dan pasukan tentera mencapai kemajuan. Semua anggota tentera dan pasukan polis bersenjata memperlihatkan imej dan taraf perjuangan yang baharu pada tahun lepas. Pada tahun ini, pembangunan pemodenan angkatan tentera akan diperkasakan untuk menghadapi situasi yang baharu, daya pencegahan dan pertempuran pasukan tentera akan dikuatkan seiring dengan peningkatkan teknologi maklumat. Kerajaan berkomited menjayakan tugas-tugas termasuk operasi menyelamat bencana, antikeganasan dan misi pengaman, perlindungan pelayaran, penanganan insiden yang tidak dijangka, serta menyertai dengan aktif dan menyokong pembangunan ekonomi negara.
Wakil-wakil sekalian,
Kerajaan akan dengan teguh tak berganjak melaksanakan panduan "Satu negara dua sistem", menguatkuasakan undang-undang asas, memelihara kemakmuran dan kestabilan di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan Wilayah Pentadbiran Khas Makau pada jangka masa yang panjang. Kerajaan menyokong Ketua Eksekutif Hong Kong dan Ketua Eksekutif Makau serta kerajaan kedua-dua wilayah itu mentadbir urus menurut undang-undang, meningkatkan pembangunan ekonomi, memperbaiki secara berkesan kehidupan penduduk tempatan, mendorong proses demokrasi menurut undang-undang dan memelihara keharmonian masyarakat. Selain itu, kerajaan juga akan terus memperkasakan kerjasama antara tanah besar dengan Hong Kong dan Makau, dan meningkatkan daya saing Hong Kong dan Makau.
Kerajaan akan melaksanakan panduan utama berhubung isu Taiwan, mengekalkan "Konsensus 1992" dan kerangka Satu China, meningkatkan rasa saling mempercayai politik antara Tanah Besar dengan Taiwan, mendorong pengabungan ekonomi, interaksi dan kerjasama, melaksanakan perbincangan dan rundingan, memelihara hubungan sanak saudara kedua-dua pihak untuk memberi sumbangan bagi pembangunan tanah air yang indah dan merealisasikan penyatuan negara secara damai.