Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan (oleh Li Keqiang pada 5 Mac 2014)
2014-03-05 10:57:59 CRI Cetak

Para perwakilan,

Tidak mudahlah kita mencapai hasil pada tahun lalu. Saya bagi pihak Dewan Negara mengucapkan terima kasih kepada rakyat berbilang kaum di seluruh negara, pelbagai parti yang bersuara secara demokratik, persatuan dan tokoh-tokoh dari pelbagai lapisan masyarakat, saudara setanah air di daerah pentadbiran khas Hong Kong, Makau, saudara setanah air di Taiwan dan di seberang laut. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negara asing, pertubuhan antarabangsa dan rakan asing yang memberi perhatian dan sokongan kepada China sepanjang pembangunan modenisasi.

Kami jelas menyedari bahawa, kami masih akan menghadapi ranjau dan duri sepanjang jalan perkembangan, misalnya asas pertumbuhan ekonomi masih kurang kukuh dan daya pendorong peningkatan ekonomi domestik masih perlu diintensifkan, masih wujud sebahagian risiko dalam bidang kewangan dan monetari seperti pembekalan jauh lebih besar daripada permintaan dalam beberapa sektor sehingga sukar dilaksanakan kawalan makro. Selain itu, peningkatan penghasilan pertanian dan pendapatan kaum tani masih menghadapi cabaran yang besar. Masalah pencemaran udara, air dan tanah masih belum ditangani di seseteangah kawasan China. Tugas menjimat sumber tenaga dan mengurangkan pelepasan tetap berat. Pertentangan yang bersifat struktur dalam sektor pekerjaan masih teruk. Terdapat banyak lagi masalah yang mencetuskan ketidak puasan hati rakyat. Masalah-masalah tersebut termasuk tempat tinggal, keselamatan bahan makanan dan ubat-ubatan, perubatan, saraan warga emas, pendidikan, penagihan pendapatan negara, tindakan kerajaan ambil tanah individu, dan keselamatan awam. Kemalangan keselamatan pekerjaan masih berlaku dengan kadang-kala. Sistem kredibiliti sosial masih kurang sempurna. Masalah rasuah kerap kali berlaku. Fenomena kecuaian di kalangan penjawat awam masih wujud. Ketika menghadapi masalah-masalah tersebut, kerajaan dikehendaki mencari punca daripada diri sendiri terlebih dahulu dan mencari kaedah yang tepat untuk mengatasinya. Apa yang diharapkan oleh rakyat merupakan sasaran yang kami perlu perjuangkan. Kami perlu juga meningkatkan kesedaran "Siapkan payung sebelum hujan", bersemangat gigih memikul tanggungjawab dengan sama sekali tidak melupakan tugas masing-masing, dan meningkatkan kecekapan dalam menangani masalah yang berkaitan dengan hidup rakyat, demi tidak mengecewakan rakyat.

 

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China