Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan (oleh Li Keqiang pada 5 Mac 2014)
2014-03-05 10:57:59 CRI Cetak

Kelima: Menggalakkan Ubanisasi Model Baharu yang Mengutamakan Kepentingan Rakyat

Pada masa akan datang, kerajaan akan membantu kira-kira 100 juta petani pindah ke bandar, membaik pulih kawasan melarat dan kawasan kediaman di bandar yang persekitarannya kurang maju seumpama di desa bagi kira-kira 100 juta orang, mewujudkan urbanisasi bagi kira-kira 100 juta petani kawasan tengah dan barat di sekitar kawasan kediaman mereka.

Menggalakkan proses petani migran memperoleh status penduduk bandar. Pekerja migran dan keluarganya yang berkemampuan, berkeinginan bekerja atau menjalankan perniagaan dalam jangka masa yang panjang di bandar dan pekan diizinkan mendapat status penduduk bandar. Menggalakkan perkhidmatan awam disediakan kepada semua penduduk yang tinggal di pekan dan bandar supaya pekerja migran yang pindah ke bandar dapat berkongsi kemodenan dan tamadun bandar bersama dengan penduduk bandar.

Memperhebat sokongan terhadap urbanisasi jenis baharu di kawasan tengah dan barat. Meningkatkan perkembangan industri agar pekerja migran mendapat peluang kerja di kawasan yang dekat di samping mempercepat pembinaan infrastruktur termasuk pengangkutan, pengairan, sumber tenaga dan kemudahan asas bandar.

Meningkatkan inovasi dan pembinaan mekanisme terhadap kaedah pengurusan urbanisasi. Antaranya, perlu mempercepat pembinaan semula terhadap kawasan melarat. Meningkatkan keefisienan tanah yang digunakan dalam proses urbanisasi, mengembangkan pengangkutan awam terlebih dahulu dan memelihara tapak kebudayaan dan sejarah serta destinasi pemandangan alam semula jadi.

 

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China