Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan (oleh Li Keqiang pada 5 Mac 2014)
2014-03-05 10:57:59 CRI Cetak

Wakil-wakil sekalian,

Pembaharuan dan pembangunan kerajaan perlu diintensifkan bagi menjayakan semua kerja kerajaan. Kerajaan pelbagai peringkat perlu secara bersungguh-sungguh menunaikan tanggungjawab yang diberikan Perlembagaan dan undang-undang, mempercepat langkah untuk membentuk kerajaan yang memerintah berdasarkan undang-undang, kerajaan inovasi, dan kerajaan bersih, cekap dan dapat dipercayai, agar menyediakan perkhidmatan yang baik dan cekap kepada rakyat.

Kerajaan perlu berkomited meneruskan panduan asas berhubung mentadbir negara di sisi undang-undang, melakukan inovasi terhadap konsep dan corak pentadbiran negara, meningkatkan pembangunan pasukan anggota awam, meningkatkan secara menyeluruh tahap profesional anggota awam. Semua anggota awam perlu mengutamakan kepentingan rakyat, jujur dalam perkhidmatan, bekerja dengan rajin untuk menyediakan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

Kerajaan pelbagai peringkat mesti mengekalkan prinsip penjimatan dan menentang pembaziran. Meningkatkan penyeliaan dalam pentadbiran, membetulkan langgam kerja yang pincang dan tidak sihat, dan memperhebat tugas audit dan meningkatkan pengumuman hasil audit kepada rakyat. Mendorong pembangunan sistem antirasuah dan menjalankan pentadbiran bersih dan cerkap, menjatuhkan hukuman terhadap mereka yang terlibat dalam kes rasuah.

Kerajaan pelbagai peringkat perlu menerima penyeliaan Kongres Rakyat seperingkat dan jawatankuasa tetapnya, menerima penyeliaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, menerima pendapat wakil Kongres Rakyat, parti-parti demokratik, tokoh-tokoh bukan ahli parti dan pertubuhan kalangan rakyat. Selain itu, kerajaan pelbagai peringkat perlu meningkatkan ketulenan tadbir urus politik, memperbaiki sistem jurucakap penerangan, memberi reaksi terhadapt isu yang menjadi perhatian masyarakat dengan tepat pada waktunya.

 

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China