Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan (oleh Li Keqiang pada 5 Mac 2014)
2014-03-05 10:57:59 CRI Cetak

Kedua: Membaharui Garis Panduan dan Kaedah Kawalan Makro, Menjamin Pertumbuhan Ekonomi yang Rasional

Pada separuh pertama tahun yang lalu, perdagangan eksport berkurangan dengan ketara yang menyebabkan ekonomi terus merosot. Pendapatan kewangan kerajaan pusat turut mengalami pertumbuhan negatif yang jarang berlaku pada 2-3 dekad yang lalu, manakala kadar faedah semalaman antara bank tiba-tiba melambung sehingga terdapat suara tentang ekonomi China berkemungkinan "menjunam" tersebar di arena antarabangsa. Menghadapi situasi seumpama ini, kami kekal melaksanakan dasar kewangan yang positif dan dasar monetari yang stabil. Sementara itu, kami tidak mengambil langkah yang bersifat perangsang bagi jangka pendek, tidak meluaskan defisit, tidak mengeluarkan mata wang secara melampau, sebaliknya menambah pengeluaran secara berkesan, merangsang permintaan pengguna yang berpotensi, bertenang menghadapi volatiliti pasaran yang berlaku untuk sementara waktu dan menjamin pertumbuhan ekonomi berada dalam lingkungan yang rasional. Semua langkah tersebut terbukti telah berkesan menstabilkan pasaran, dan menjadikan pertumbuhan ekonomi kekal stabil malahan mulai membaikpulih. Deifisit kewangan pada tahun yang lalu terkawal seperti yang dijadualkan dalam belanjawan. Bekalan mata wang M2 telah meningkat 13.6% yang selaras dengan permintaan tindakan kawalan.

 

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China