Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan (oleh Li Keqiang pada 5 Mac 2014)
2014-03-05 10:57:59 CRI Cetak

Keenam: Trasformasi dan Penaiktarafan Strukutr Ekonomi Berdasarkan Inovasi

Inovasi merupakan tenaga penggerak transformasi struktur ekonomi. Inovasi perlu diutamakan dalam pembangunan negara, sains dan teknologi perlu digabungkan dengan pembangunan sosioekonomi untuk mendorong industri China meningkat ke peringkat tinggi di dunia.

Mempercepat pembaharuan sistem sains dan teknologi. Menegaskan peranan utama perusahaan dalam inovasi teknologi, menggalakkan perusahaan menubuhkan badan penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan utama dalam pembentukan kesatuan inovasi yang melibatkan pengeluaran, pembelajaran dan penyelidikan. Dalam hal itu, kerajaan akan menambah peruntukan ke dalam penyelidikan asas, teknologi canggih, teknologi kewajiban awam social dan teknologi penting di samping menyempurnakan wahana perkhidmatan sains dan teknologi awam dan mekanisme pelaksanaan projek sains dan teknologi yang penting. Selain itu, meningkatkan perlindungan dan penggunaan hak harta intelek dan melaksanakan pelan pembangunan modal insan.

Penyusunan semula struktur industri perlu bersandarkan kepada pembaharuan. Kerajaan akan terlebih dahulu mengembangkan industry perkhidmatan bersifat pengeluaran, mendorong perkembangan projek perintis dan projek contoh pembaharuan dalam sektor perkhidmatan, menggalakkan pembangunan kreatif kebudayaan dan rekaan perkhidmatan serta industri berkenaan, mempercepat pembangunan sektor perkhidmatan termasuk insurans, perniagaan, sains dan teknologi. Mengamalkan prinsip mengekalkan yang unggul dan menyisihkan yang lemah terhadap syarikat melalui persaingan pasaran, menggalakkan penggabungan dan penyusunan semula syarikat, melaksanakan dengan tegas piawaian berhubung perlindungan alam sekiar, penggunaan sumber tenaga dan teknologi untuk mengawal syarikat yang jumlah pengeluarannya terlampau banyak. Menurut tuntutan tersebut, kerajaan akan menyisihkan syarikat-syarikat yang perkembangan kesemuanya memerlukan besi dan keluli sebanyak 27 juta tan, simen sebanyak 42 jutan tan, kaca plat sebanyak 35 juta TEU (unit bersamaan dua puluh kaki) untuk memastikan matlamat tugas penyisihan dalam Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun ke-12 diselesaikan dengan setahun lebih awal.

 

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China